Al Quran Al Mumayyaz Pilihan Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah baru ni rezeki Nani dapat senaskah Al Quran Al Mumayyaz semasa menghadiri 1st Gathering EFG. Kebetulan pulak Al Quran yang Nani guna sekarang dah ada bahagian bahagian yang terkoyak. Dah lama sangat guna Al Quran tu sejak dari tingkatan empat kalau tak silap. Tengah bercadang nak beli satu Al - Quran baru, rezeki dapat senaskah Al Quran daripada The Violet Sofia.
Al Quran Al Mumayyaz
Majlis 1st Gathering EFG pagi itu dimulakan dengan bacaan Yaasin menggunakan Al Quran Al Mumayyaz. Al Quran Al Mumayyaz ini tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil, memang sesuai dan mudah untuk dibawa ke mana - mana.

Kelebihan Al Quran Al Mumayyaz :
  • Mempunyai terjemahan setiap ayat
  • Mengandungi panduan hukum tajwid dan cara bacaannya
  • Mempunyai asbabun nuzul surah
  • Mengandungi etika membaca Al Quran
  • Tajwid berwarna
Al Quran Al Mumayyaz
Al Quran Al Mumayyaz ini didatangkan dengan pelbagai warna, boleh lah pilih mana yang berkenan di hati. Apa pun Al Quran ini sememangnya sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Lebih lebih lagi untuk anak anak yang baru sahaja belajar membaca Al Quran. Ilmu dan panduan yang tajwid yang terkandung dalam Al Quran Al Mumayyaz ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan juga kita sendiri untuk memperbaiki lagi bacaan. 
Al Quran Al Mumayyaz
Buat yang ingin membeli Al Quran Al Mumayyaz daripada The Violet Sofia ini, boleh terus ke Facebook atau Instagram mereka. Nak lagi mudah, klik sahaja link di bawah ini. Jom jadikan Al Quran sebagai teman yang paling dekat dengan kita. 
The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Rezeki

Assalamualaikum & Hello.
Dalam berkira - kira nak makan apa untuk malam baru ni tetiba kawan Nani bagi sebungkus nasi lemak paru. Aih kalau orang dah bagi takkan nak tolak pulak kan. Rezeki namanya, dah tak payah fikir nak makan apa dah. Alhamdulillah :) Nani selalu mengalami masalah tak tahu nak makan apa ni. Hahaha ! Kadang tu dah sampai restoran, list menu dah depan mata pun masih tak tahu nak makan apa. Teruk betul perangai. 
Senang hati dapat makan nasi lemak paru ni. Sedap ! Terima Erra bagi nasi lemak ni. Semoga dimurahkan rezeki selalu. 
Zoom sikit dengan gambar paru yang banyak sangat tu. Hihi. Alhamdulillah rezeki makan malam baru ni. Kadang kadang kita tak sedar rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja dari segi wang tetapi dalam bentuk kesihatan, makanan dan banyak lagi. Semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki dan bersyukur dengan setiap rezeki yang kita dapat. Have a nice day !

Belajar Masak Nasi Kerabu !

Assalamualaikum & Hello.
Kali ni hujung minggu macam produktif sikit, tak ada lah kerjanya melepak dalam bilik tengok movie aje sepanjang masa. Eheh! Pagi Sabtu baru ni kawan Nani ajak join program masak nasi kerabu. Kebetulah hari tu tak ada apa - apa Nani buat on je lah. Lagi pun roommate semua tak dek dekat bilik. So nya baiklah join program tu kan, dapat jugak tambah skill memasak dekat dapur. Nani memang suka makan nasi kerabu ni tapi memang tak pernah buat lah. Kira Sabtu baru ni memang first time belajar buat nasi kerabu secara live. 
Mula - mula Nani bayangkan program ni macam rancangan memasak dekat tv tu. Hahaha ! Betul ok, memang tak tipu. Nani ingatkan semua bahan bahan dah sedia, lepas tu kita cuma pergi dan tengok aje cara penyediaan nasi kerabu tu macam mana. Rupanya sangkaan Nani tu jauh tersasar oih. Pagi tu baru lah nak merewang kupas bawang, siang ikan segala bagai. Hahaha! Memang awal - awal tolak bab siap ikan. Eh. I is ambil port kupas halia dengan kunyit hidup sampai kuning tangan haaa. Best ok merewang macam tu, terasa macam dekat kampung nak buat kenduri pulak. 
Kemain aku pakai lelawa(blouse lagi okay) sebab ingatkan pergi nak salin resepi aje. Rupanya kena buat kerja sekali. Hahaha. Sabo je lah ~
Sebelum tu, mohon korang jangan bayangkan yang Nani akan share resepi nasi kerabu tu dekat sini ok. Baru lagi belajar, skill pun so - so jadi nan hado resepi. Ini kira cerita pengalaman aje macam mana masak nasi kerabu baru ni. Hehehe. Nani rasa lah tak ada susah mana pun nak buat nasi kerabu ni tapi bahan bahan yang digunakan tu boleh tahan jugaklah banyaknya. Bila pos gambar nasi kerabu yang dah siap dalam group family kemain masing masing tak sabar nak tunggu kepulangan hamba. Semua nak suruh masakkan nasi kerabu. Gulp !
Nasi Kerabu
Ada yang terliur ke? Aumm !
Rindu sangat ok nak makan dalam talam macam ni. Dah lama sangat tinggal, bila dapat makan dalam talam macam ni semula rasa terimbau balik memori dulu. Hahaha! Satu talam lima orang tapi talam ni empat orang aje. Aih kenyang gila lepas makan ni, rasa senak perut. 
Nasi Kerabu
Nak jugak ambik gambor macam ni. Hahaha !
Mahunya tak kenyang, portion banyak gila kan. Ada ayam goreng, telur masin, keropok lagi. Peh nikmat sangat. Rasa macam ada dekat Kelantan dah masa ni, Ewah !
Aiskrim Sumi Viral
Aiskrim sumi viral. Hekhek.
Aiskrim ni tak keras tapi tetap sedap bila makan. Plus yang ni Nani rasa tak muak. Memang sedap lah. Hari tu masa balik Pahang, yang Dina buat muak sebab manis leting. Nak habiskan sebatang pun rasa macam mak aih seksa. Apa pun memang enjoy habis masa program masak nasi kerabu ni. 
Saya dah pandai masak nasi kerabu ni, jangan lupa bagitau mak awak. Hahahah !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page