Bercuti Ke Kelantan dengan Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd

Assalamualaikum & Hello.
Siapa dekat sini yang tengah merancang nak bercuti ke Kelantan? Meh baca dulu entry ni sampai habis, memang berbaloi baloi. Nani ni tak pernah jejak lagi negeri Cik Siti Wan Kembang, dalam hati teringin sangat nak pergi. Siapa tak suka kan pergi travel walaupun cuma dalam negara sendiri. Masa 1st EFG Gathering baru ni Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd telah menaja tiga pakej percutian ke Kelantan tapi sayang seribu kali sayang Nani tak bertuah hari tu. Tak apa lah lepas ni kumpul duit banyak sikit kita ke Kalantan pulak. 
Untuk pengetahuan semua, Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd merupakan salah satu agensi percutian khusus untuk mereka yang ingin makan angin di Kelantan. So buat yang nak ke sana tapi masih tak tahu nak rujuk agensi percutian yang mana, boleh gunakan khidmat daripada mereka. Dijamin mereka akan kongsikan daripada A sampai Z tentang pakej dan tempat tempat menarik di Kelantan. 
Voucher yang diidam idamkan dah selamat jadi milik orang. Hahaha! Selamat bercuti ke Kelantan buat tiga orang yang bertuah tersebut. Nanti Nani nak ke Kelantan nak gunakan khidmat Xcell Travel & Tours Sdn Bhd ni jugak lah sebab macam - macam pakej yang mereka sediakan. Antaranya :
  • Kelantan Islamic Heritage Tour 
  • Kelantan Historical Tour 
  • Kelantan Buddhist Tample Visit 
  • 3D2N Kelantan Buddhist Tample City Tour 
  • 3D2N Kelantan Historical Tour 
  • 3D2N Kelantan Islamic Heritage Tour 
Banyak lagi pakej menarik yang disediakan oleh Xcell Travel & Tours Sdn Bhd. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi boleh layari laman web mereka.
Ini lah muka muka bertuah yang dapat tajaan pakej percutian ke Kelantan. Kemain lebarkan senyum masing masing. Syok lah dapat bercuti ke Kelantan, negeri yang kaya dengan pelbagai jenis makanan dan tempat yang menarik untuk dilawati. Macam mana nak dapatkan khidmat Xcell Travel & Tours Sdn Bhd ni, korang boleh terjah laman web atau facebook mereka dan jangan lupa follow instagram Xcell Travel & Tours Sdn Bhd untuk mengetahui update terkini. 

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 

Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum & Hello.
Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman

"Kenapa Sally perlu berikan barangan SimplySiti @ Nature Republic kepada saya..?"
  • Sebab Nani tak pernah ada koleksi barangan SimplySiti @ Nature Republic. Mana tahu produk ni serasi dengan kulit, boleh lah consume kan. Gitu !


Kotak Lensa di 1st EFG Gathering

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh tak habis lagi story tentang gathering baru ni. Kalau boleh semua cerita nak diabdikan dalam blog ini buat kenangan bila dah tua nanti. Ewah ! Paling best masa 1st gathering EFG hari tu ada photobooth Kotak Lensa. Bila ada photobooth ni memang masing - masing sakan lah nak bergambar kan. Kejap kejap kang pergi photobooth. Gambar pulak semua lawa - lawa. Nani dapatlah bawa balik lapan keping gambar yang ambil masa dekat photooth hari tu.
Kotak Lensa
Sekarang ni kan trend bila pergi mana mana event mesti ada photobooth untuk tetamu yang hadir. Memang seronok dapat abdikan kenangan macam ni. Ambil gambar terus dapat lepas tu. Kalau guna smart phone nanti nak kena transfer lah itu lah ini lah. Susah kan! Tapi bila ada photobooth ni semuanya jadi senang.
Kotak Lensa
Nampak tak atas meja tu? Macam macam props yang disediakan olek Kotak Lensa ni, macam mana semua orang tak berebut - rebut nak bergambar. Hahaha !
Kotak Lensa
Sweet aje PCL dengan MamaD ni. Hihi. 
Bukan setakat boleh posing dan bergambar aje tapi gambar kita pun akan dipaparkan nanti. Haaa memang syok lah kan boleh tengok balik gambar kita tu menjadi ke tidak. Kalau tak menjadi boleh ulang bergambar lagi dekat photobooth. Hahaha! 
Kotak Lensa
Tengoklah kak Linda dengan kak Yanie ni kemain lagi posing dengan segala props yang ada. Kak Linda siap terpejam pejam lagi mata tu. Hahaha.
Kotak Lensa
Kemain besar spek mata kami. Hahaha ! Ini pertama kali tau Nani ambil gambar banyak gila dekat photobooth. Selalu pergi photobooth orang kahwin jangan berangan nak ambik gambar banyak banyak. Ada yang tak puas hati kang. Hikhik.
Kotak Lensa
Siapakah di sebalik topeng ini? Jeng Jeng Jeng :P
Kotak Lensa
Semua senyum tayang gigi ni. Maklumalah teruja nak "selfie" dengan kamera besar masing - masing
Kotak Lensa
Amboi mommy Irra dengan rambut afro tak nak kalah. 
Korang kalau nak buat majlis bertunang, majlis nikah, sambut hari jadi dan nak ada photobboth memang Nani sarankan korang guna khidmat Kotak Lensa. Memang dijamin puas hati sebab gambar diorang semua berkualiti sangat. Dua jam Kotak Lensa di majlis kami memang tak puas. Hihi. Rasa nak dan nak lagi haaa. Apa pun terima kasih Kotak Lensa untuk gambar yang cantik dan berkualiti.

Istimewa untuk semua pembaca blog ni, siapa yang nak gunakan khidmat Kotak Lensa korang boleh gunakan kod EFGKBBA dan dapatkan diskaun sebanyak RM 200. Wow ke tidak ni? Kod tersebut boleh digunakan sepanjang tahun ni tau. So jangan lepaskan peluang yang ada ni. Untuk nak tahu lebih lanjut tentang Kotak Lensa korang boleh klik link dekat bawah ni.

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page