Thank You !

Assalamualaikum & Hello.
Ingat lagi giveaway yang Siti & Kak Sal buat tu? Nani antara salah seorang pemenangnya. Yeayyy ! Sabtu lepas ibu hantar gambar ni bagi tahu barang dah sampai. Nani memang jenis kalau hadiah menang giveaway semua, terus pos ke Pahang. Kalau pos ke Selangor ni nanti susah pulak nak bawa balik. Maklumlah driver bas kan yang hantar Nani balik. Hahaha !
Dapatlah tambah koleksi ole - ole dari luar negara. Australia pulak tu haaa. Hihi. Tak dapat jejak Australia, dapat ole- ole pun jadi lah kan. Terima kasih daun keladi, lain kali buat lah giveaway lagi. Ehhh. Hahahah ! Jom terjah blog SitiYangMenaip & Kak SalbiahM yang ohsem ni :)

Berehat Seketika

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dengan esok dapat "cuti rehat" gara - gara kaki terseliuh Sabtu lepas. Ingatkan jatuh biasa aje, tak sangka pulak teruk jadinya. Nani ni pun selamba berjalan ke Masjid Jamek lepas tu untuk program kelab. Dah sampai sana baru rasa kaki makin sakit dan bengkak. Nak solat pun tak mampu nak duduk antara dua sujud. Sakit sangat sangat sampai abah dengan ibu telefon pun nangis- nangis mengadu. Memang spesis kalau tengah sakit hati jadi macam tisu. Nak pula yang tersayang nun jauh di Pahang.
Harap - harap cepatlah kaki ni sembuh. Nak bergerak ke mana mana pun susah, semua bergantung pada orang lain. Mohon doakan yang baik-baik untuk diri ini. 

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

Assalamualaikum & Hello.

Chcodina Giveaway by Mastura Aziz

TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page