Cafe 9, A Taste Of Thai

Assalamualaikum & Hello.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Kali ni Nani berpeluang ke Cafe 9 yang terletak di Petaling Jaya untuk merasai sendiri masakan Thai yang memang 100% pure. Dah lah memang penggemar masakan Thai, memang laju aje la nak pergi. Ewah ! Memang macam - macam ada dekat sini. Nak tahu apa yang menarik di Cafe 9 jom tengok dekat bawah ni.
Cafe 9, A Taste Of Thai
kredit to Kak Farah 
Cafe 9 ni sememangnya HALAL, nampak tu dekat depan kedai dah ada tulis. Suasana kedai pun best sesuai sangat kalau nak bawa family ke kawan ke lepak dekat sini.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Haaa ada sepuluh menu atas meja, itu pun dah tak berapa nak muat. Tangan tangan tu yang dah tak sabar nak rasa masakan Thai. Hahaha !
Cafe 9, A Taste Of Thai
Prawn Cakes (RM 18.90)
Antara menu yang korang wajib cuba bila berkunjung ke Cafe 9 ni. Memang sedap, udang yang digunakan pun segar. Mula mula kitorang ingat donat kot sebab bentuk macam tu. Hahaha ! 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Stir Fry Clams (RM16.00)
Lala ni dimasak dengan Thai Curry Style. Rasa lala ni macam berempah sikit, sedap. Tambah pulak dah lama tak makan lala. Memang berkali kali lah ambil.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Fried Glass Noodle With Prawn & Chicken (RM14.00)
Nani suka juga yang ni sebab udang, ayam yang digunakan fresh. Sesuai untuk sesiapa yang tengah nak jaga badan tu kan. Menu sihat ni sebab ada protein, sayur sayuran. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Stuffed Chicken Wings (RM19.00)
Terbayang bayang lah pulak kesedapan ayam ni sebab lain daripada yang lain. Walaupun masa ni ayam dah sejuk tapi still lagi rangup. Bila makan memang bunyi lah krup krap krup krap dia tu. Dalam ayam ni pulak ada sayur dan dimakan dengan tiga jenis sos. Ada lime & cili, blackpaper dan salted egg. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Fried Chicken Salad (RM 16.00)
Menu ni Nani pertama kali jugak Nani rasa. Yang ditabur bahagian atas tu bukan serbuk lada putih/ lada sulah ye tapi bijan. Haaa memang lain daripada yang lain. Sedap rasa ayam ni bila makan dengan nasi panas panas. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
 Penang Curry Beef (RM21.90)
Kambing yang dimasak sempurna dicampur pulak dengan kacang panjang. Suka dia punya kuah sebab rasa macam kuah percik yang berempah. Daging pun lembut sangat, tak liat langsung. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Tom Yam Seafood
R (RM25.90)
L (RM45.90)
Tomyam ni memang sedap dan terbaik. Walaupun pedas tapi tetap tambah berkali kali. Hahaha. Puas hati dapat makan tomyam yang sedap macam ni. Memang berbaloi sangat rasa. Isi dalam tom yam pun banyak. Satu periuk kecil ni boleh makan dalam empat ke lima orang. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Omelette (RM10.90)
Kalau dah ada tom yam mesti lah kena ada telur dadarnya sekali kan, baru lah ngam orang kata. Hihi.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Sweet & Sour Fish (RM20.00)
Memang cukup rasa masam, manisnya. Ikan tu pun isi dia lembut sangat. Sedap ! Walaupun nampak macam ada lada tu tapi tak adalah pedas mana pun. Sesuai untuk semua peringkat umur untuk makan. 
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Money Bag (RM12.90)
Nani pertama kali rasa ni, dalam tu ada isi ayam. Cicah pulak dengan sos memang terbaik ! Nani rasa dia macam lebih kurang wantan tapi yang versi dekat Cafe 9 ni lebih sedap.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Thai Beef Noodle (RM 15.00)
Siapa dekat sini suka makan dekat Boat Noodle lepas ni boleh try pulak yang dekat Cafe 9. Sedap dan portion sangat besar. Lagi puas hati bila makan dalam portion besar macam ni. Thai Beef Noodle ni menggunakan 50 resepi khas dari Thailand. Bukan itu sahaja, mee yang digunakan tu pun dari Thailand. Korang memang wajib cuba bila berkunjung ke Cafe 9 ni.
Cafe 9, A Taste Of Thai
Geng kaki makan. Hahaha !
Untuk pengetahun korang Cafe 9 ini beroperasi setiap hari KECUALI pada hari Selasa. Haaa weekend ni kalau tak tahu nak lepak mana boleh ke Cafe 9, Petaling Jaya. Mereka beroperasi bermula dari pukul 11 pagi sehinga 10 malam. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh hubungi Cafe 9 di talian  0379322899 atau pun boleh tengok Facebook Cafe 9  Boleh Waze alamat dekat bawah ni untuk lebih senang.

27, Jalan 17/45 Seksyen 17,
Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Bussiness Hours: Mon - Sun (11am - 10pm) 
Tuesday CLOSED







Jimat Dengan CouponBelanja !

Assalamualaikum & Hello.
Siapa dekat sini suka beli barang online wajib baca entry ni sampai titik akhir. Hahaha ! Nani pun termasuk lah dalam golongan yang suka beli barang online ni, iya lah senang dan mudah kan. Bila bila masa dan di mana sahaja boleh buat pembelian secara online. Tengah dalam jammed pun boleh lagi kalau nak beli barang online. Klik klik dah tunggu barang sampai depan rumah. Haih memang zaman serba teknologi ni macam macam benda boleh memudahkan kita. Beli barang secara online ni bukan je boleh jimat masa dan tenaga tapi boleh jimat duit juga. Tak percaya? Jom baca lagi dekat bawah.

CouponBelanja
Selalu nya kalau kita beli barang secara online mesti dapat kupon atau offer secara percuma. Sekarang ni ada cara lagi mudah untuk dapatkan kupon atau offer di CouponBelanja. CouponBelanja ni boleh digunakan di kebanyakan kedai online. Haaa apa yang lagi best memang boleh jimat berganda ganda dengan CouponBelanja. Best ke tidak ni?
CouponBelanja
Haaa nampak tak kotak search dekat bahagian atas tu? Kalau korang ke website CouponBelanja boleah tulis aje dekat situ produk apa yang korang cari. Senang kan? 
CouponBelanja
Dekat CouponBelanja juga korang akan dapat tahu offer yang paling terkini. Mudah sangat tak payah dah tercari cari nanti. Apa yang korang perlu buat cuma klik shaja pada kupon yang korang nak tu, Dekat CouponBelanja ni jugak ada Popular Coupon macam Lazada, Zalora. Ini juga merupakan salah satu alternatif untuk memudahkan kita bila nak berbelanja. Klik sahaja pada kupon tersebut dan secara automatiknya korang akan dibawa terus ke web tersebut. 
CouponBelanja
Nampak tak macam macam CouponBelanja ada. Apa tunggu lagi cecepat terjah webiste CouponBelanja, memang dijamin korang boleh berjimat sangat sangat. Zaman ekonomi tak menentu ni nak shopping pun kena pandai juga bajet. Tak gitu? Hehehe. CouponBelanja juga ada sediakan satu ruang untuk offer yang special. So nanti tak adalah kita terlepas pandang kan bila ada tawaran menarik dan hebat. Nani pun kalau nampak ada tawaran menarik tu mesti rasa juga nak beli satu dua barang. Hahaha. 

CouponBelanja
Macam mana nak guna kupon tu pulak? Haaa senang sangat caranya. Mula mula sekali pilih lah barang apa yang nak beli. Dah siap pilih klik ADD TO BAG. Nanti bila dah puas cuci mata, korang klik dekat CHECKOUT dan klik SHOPPING BAG. Nanti di bahagian kanan ada PROMO CODE masukkan. Kemudian pergi ke CouponBelanja Luxola. Dekat situ korang boleh tengok kupon yang boleh digunakan di Luxola. Gunakan kod daripada Coupon Belanja dan korang akan dapat tengok harga yang lebih murah.
Dekat CouponBelanja ni korang boleh juga tengok produk berdasarkan kategori barang tersebut. So senang lah untuk pilih dan buat perbandingan hargamana yang lebih murah, lebih berkualiti. Buka itu sahaja kita juga boleh tengok produk keluaran mana yang tengah buat promosi. Senang sangat haa, tak payah lah korang nak pergi tengok dekat website lain - lain. Dengan CouponBelanja semua nya jadi mudah dan cepat. Takkan tak nak kot shopping online dengan mudah. 
Dah siap. Boleh lah goyang kaki dekat rumah tunggu barang sampai. Haaaa senang kan. Apa tunggu lagi, jom lah kita shopping dengan CouponBelanja. Memang jimat sangat ! 


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih

Assalamualaikum & Hello.
Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
Giveway January Cash RM500 by Emas Putih
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page