Resepi Potato Fritters Mudah

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Potato Fritters Mudah 


Dah lama rasanya tak buat entri Masak Masak bersama Inani Hazwani ni kan. Hahaha ! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah yang boleh dicuba untuk ibu/ emak/mommy/mama yang tak tahu nak masak apa tu. Ewah ! 

Bahan - Bahan 

  • Telur
  • Tepung Gandum
  • Ubi Kentang
  • Lada Hitam
  • Daun Sup *jika perlu
  • Air
  • Garam 

Cara - Cara

Resepi Potato Fritters Mudah
1) Ubi kentang disagat nipis dan dipotong panjang macam dalam gambar dekat atas.
Resepi Potato Fritters Mudah
2) Satukan semua bahan dalam satu bekas dan masukkan air. Kalau ada nak tambah bawang dengan cili potong pun boleh juga. 
Resepi Potato Fritters Mudah
3) Bila adunan dah sebati, panaskan minyak dan goreng sampai kekuning kuningan. 
Resepi Potato Fritters Mudah
5) Siap untuk dimakan. Nani makan dengan cili sos aje. Kalau ada sambal tumis ikan bilis pun sedap juga nak cicah. Ni kira cekodok kentang lah, senang kan? Selamat Mencuba. 


Wordless Wednesday : Spaghetti

Assalamualaikum & Hello.

Spaghetti Sedap

Spaghetti Sedap

p/s : Rindunya nak memasak dekat rumah !


Trend Fesyen Skirt Kembang

Assalamualaikum & Hello.

Siapa dekat sini suka pakai skirt kembang juga, kita geng ! Sepp sikit dari jauh. Hahaha ! Zaman sekarang memang dah jadi trend orang pakai skirt kembang pergi ke mana mana. Nani suka pakai skirt kembang sebab senang dan mudah. Tak sampai sepuluh minit dah siap pun. Cantik kan skirt kembang yang model dalam gambar tu pakai, rasa nak tambah koleksi skirt kembang lagi.

Koleksi Skirt Kembang
Nampak lebih sopan dengan menggayakan skirt kembang seperti ini.

Koleksi Skirt Kembang

Skirt kembang macam ni sesuai dipakai dengan blouse, t – shirt dan baju labuh. Memang nampak lebih anggun, sopan dan tentunya bergaya bila memakai skirt kembang seperti ini. Skirt kembang merupakan antara koleksi pakaian yang paling digemari oleh golongan wanita masa kini terutamanya para remaja. 
Koleksi Skirt Kembang
Memang menjadi kewajipan untuk setiap wanita memiliki sekurang kurangnya sehelai skirt kembang untuk dijadikan sebagai koleksi. Di samping itu, pelbagai warna menarik yang membuatkan setiap wanita ingin memiliki skirt kembang seperti ini. Warna hitam tentunya menjadi pilihan setiap wanita kerana sesuai dipadankan dengan semua warna.
          Koleksi Skirt KembangKoleksi Skirt Kembang
Hari demi hari, skirt kembang ini semakin mendapat tempat di hati golongan wanita. Kini, ditambah pula dengan lilitan riben di pinggang menampakkan si pemakai bertambah elegan dan bergaya. Tunggu apa lagi, jom jadikan skirt kembang sebagai koleksi wajib anda !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page