Jipangi di Mid Valley

Assalamualaikum & Hello.
Keluar untuk siapkan projek asalnya alih alih banyak pergi makan ada lah. Hahaha ! Sampai Mid Valley terus masuk Texas Chicken sebab kawan Nani dah lapar. Walau pun masa tu Nani tengah kenyang lagi tapi takkan nak tengok aje orang lain makan kan. Order lah jugak nugget yang ada tiga empat ketul tu. Texas Chicken ni lagi murah daripada KFC, kalau nak jimat boleh lah makan situ. 
Jipangi di Mid Valley
Dah lama mengidam nak makan Jipangi ni hah, akhirnya dapat jugak. Sebelum ni Nani tak jumpa dekat mana tempat jual aiskrim ni hah. Baru ni baru jumpa. Hahaha ! Harga asal RM9 tapi sebab Nani student dapat lah RM5 aje ni.

Nak cari aiskrim Jipangi ni senang aje, depan Maybank. Kalau nak pergi The Gardens memang akan lalu dulu tempat jual Jipangi ni. Selamat Mencuba ! 


Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Penyet Express Daily di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello.

Lepas pergi Ekspo Buku di PWTC baru ni, Nani masuk Sunway Putra Mall untuk luch dekat situ. Pertama kali sebenarnya masuk situ sampai kena tanya guard dekat mana food court dia. Hahaha. Malas nak cari pun iya jugak, sebab dah lapar sangat masa tu. Jalan mudah tanya guard. Nani suka tengok deko food court dekat Sunway Putra Mall ni, cantik sangat tapi tak sempat nak ambil gambar. Hahaha. Pergi sendiri tengok, memang lawa. Tempat makan pun banyak sangat, pilih lah nak makan dekat mana. Gitu.
Sebab teringat nasi ayam penyet yang Nani pernah makan dekat Cameron Highlands dulu so lunch hari tu ke Penyet Express Daily.
Penyet Express Daily di Sunway Putra Mall
Dekat KL Sentral pun ada juga cawangan Penyet Express ni hah.
Penyet Express Daily di Sunway Putra Mall
Ayam Penyet Simple Set (RM 12.20)
Sedap juga lah makan dekat sini, sambal dia memang pedas. Lagi satu apa yang best dekat sini, sambal boleh tambah bila habis. Tekak Nani yang orang kampung ni memang tak boleh lah kalau tak pedas. Ayam pun rangup, senang cerita memang reccomended makan sini. 
Penyet Express Daily di Sunway Putra Mall
Total makan baru ni.
Empal ayam penyet tu kalau tak silap Nani daging. Nampak kan dia punya lapar sampai kawan sendiri makan apa pun tak perasan. Hahaha ! Banyak pilihan dekat sini, ada Udang Penyet, Bawal Penyet, Empal Penyet, Ayam Penyet, Keli Penyet. Jangan lupa singgah mana mana cawangan Penyet Express, dijamin puas hati. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page