Ekspo Buku PWTC

Assalamualaikum & Hello.
Ahad minggu lepas awal pagi lagi dah ke PWTC gara gara nak memborong novel di Ekspo Buku. Lepas subuh tu memang tak sambung tidur dah, terus bersiap siap nak pergi. Hahaha ! Lain macam betul semangat dia bila nak pergi ekspo buku ni. Nani pergi nak cari buku ESC, tulisan budak tomato tapi tak jumpa pula. Nampaknya kena cari dekat MPH atau Kinokuniya lepas ni.

Dulu memang Nani ni kira kaki novel lah sampai sanggup keluarkan duit setiap bulan nak beli novel & jadikan koleksi. Tapi lama lama makin kurang dan kurang. Sekarang ni pun kalau membaca dalam masa dua bulan tu sebuah novel je. Kadang kadang tak ada langsung. Huhuhu. 
Ekspo Buku PWTC
Mula mula niat nak pergi hari Jumaat tapi sebab mak cik Nani yang dalam pantang nak novel limited edition Hani Fazuha (novel tu cuma keluar hari Ahad) terpaksa lah pergi hari Ahad. Gitu.
Ekspo Buku PWTC
Haaa penuh tangan memborong buku fixie, novel yang orang kirim lagi. Ewah ! Padahal tu ada novel yang kawan Nani punya sekali bukan Nani sorang aje. Amboi kaya betulkan nak beli banyak banyak.


Ekspo Buku PWTC
First time jumpa Mira Filzah ni, cantik sangaaaaaat dia. Masa ni ada Wan Sharmila dengan sorang lagi pelakon dalam Tuan Anas Mikael tapi Nani tak ingat nama dia. Hahaha ! 
Ekspo Buku PWTC
Kebetulan masa ke PWTC tu, Bonde dengan anaknya, Atin ada pergi sekali, dapatlah jumpa, sebelum ni jumpa dekat alam maya je. Ewah ! Ekspo buku kali ni tak besar mana pada Nani, nak berjalan pun tak ada lah kena bersesak sesak. Siap boleh pusing banyak kali dekat rak buku tu haaa. Hahaha !





Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday

Kenduri Dominos

Assalamualaikum & Hello.
Dua malam lepas Nani dengan classmates buat discussion untuk projek section yang nak kena siapakan. Dah namanya discussion mesti nak ada kudap kudapan masa berbincang. Eheh! Ada kawan Nani yang sorang tu dapat kupon Dominos beli tiga, percuma tiga. Apa lagi, kumpul duit sikit sorang order pizza delivery tiga kotak + tiga kotak pizza percuma = makan sampai pengsan. Haaaa, memang kenyang sampai pagi terus makan Dominos malam tu.
Dominos
Tiga kotak large, tiga kotak regular. Sorang makan dalam empat slices.
Dominos
Nani petang tu dah pergi pasar malam, malam pula makan Dominos lagi memang kenyang sungguh lah. Sekali sekala buat bornding time macam ni hah memang seronok.
Dominos
Gegaran kekenyangan. Hahaha !
Lagi empat kotak pizza tak sempat nak ambil gambar sebab masing masing dah lapar, petang tu tak makan. (Nani je yang gatal sangat kaki nak pergi pasar malam walaupun dah tahu nak makan pizza) Hahaha ! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page