Boat Noodle

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni memang berjalan habis, langsung tak melekat dekat bilik. Jumaat petang keluar pergi Boat Noodle sebab kawan nak belanja. Laju aje setuju nak keluar makan bila dengar dia nak belanja. Hahaha. Cuba kalau kena bayar sendiri mesti 50 - 50 je nak pergi tu kan Nani. 
Memula ingat nak masuk Nando's tapi sebab Nando's macam mahal sikit terus tukar makan dekat sini. Masa sampai tu memang full house sangat sampai kena tunggu dekat luar kedai T_T
Fresh Thai Coconut ( RM 6. 90 )
Sebab dah lama teringin nak minum air kelapa tu pasal order jugal walaupun sebenarnya dekat Boat Noodle ni femes dengan green tea. Nyaman tekak dapat minum air kelapa. 
Satu mangkuk kecil ni RM 1. 90 + boleh pilih nak kuah apa sama ada Ayutthaya atau Pathumthani.
Total hari tu Nani order sembilan mangkuk. Pheww :P
Kra Pow Chicken Rice ( RM 11.90 )
Kali ni makan Nani rasa Kra Pow Chicken Rice ni so so aje rasa dia. Tak sedap sangat macam dulu. Ayam dia tu pun manis masa Nani makan.
Yum Woon Sen ( RM 13. 00 )
Ni agak pedas lah bagi sesiapa yang tak berapa sangat dengan makanan pedas. Kawan Nani yang dari Sabah tu makan sampai dua tiga kali minum air nak hilang kan pedas. Tapi Nani yang memang kuat pedas ni, tekak memang boleh terima lagi lah.
Thai Popeye's Tempura ( RM 6. 90 )
Memang sedap sangat yang ni sebab rangup. Memang highly reccomend untuk korang yang nak makan dekat Boat Noodle.
Sangkaya Steamed Bread ( RM 6. 90 )
Pencuci mulut lepas dah siap makan. Hahaha. Nani suka kaya dia tu sebab tak manis sangat. Makan pulak dengan roti memang pehh. Sedap !
Korang kalau tak tahu nak makan dekat makan boleh lah try makan dekat Boat Noodle ni. Banyak cawangan yang diorang ada, terjah lah mana yang paling dekat okay ! 












Salam Jumaat !

Assalamualaikum & Hello.
Hahahah. Nani memang pesen kalau buat kerja yang duduk, kena ada makanan nak mengunyah. Kalau tidak, boleh lena masa buat kerja tu. Siapa yang macam tu, kita geng. Hikhok :P
p/s : Malam tadi dapat undangan walimah lagi. Barakallah. 

Aiskrim Goreng Perisa Durian

Assalamualaikum & Hello.
Masa awal awal keluar iklan dekat tv pasal aiskrim ni memang terus set dalam kepala nak jugak beli & rasa. Tapi masa tu pergi pasaraya tengok tak dek pulak. Huhuhu. Sebab aiskrim ni limited edition kan tu yang nak sangat rasa. Eheh ! 
Balik Raya baru ni tetiba pagi tu ibu cakap dia ada belikan aiskrim perisa durian yang nani nak tu. Pehh terus buka peti ais goreng. Pada nani sedap lah jugak rasa dia tapi nani lebih suka yang coklat. Hihi. Sesekali mencuba aiskrim perisa durian kan. Korang kalau tak rasa lagi, boleh la cari dekat mana mana pasaraya berhampiran. Kalau tak dek jual, korang ambik aje lah roti letak durian dalam tu then goreng. Hahaha. Sekarang kan musim durian :P

p/s : Teringin nak makan cekodok cicah sambal sardin yag ibu masak. Sobs Sobs T_T



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page