Firstime Buat Lasagna

Assalamualaikum & Hello.

Ni cerita minggu lepas lepas rasanya, nampak tak betapa dah lamanya sampai diri sendiri pun dah lupa bila. Kah ! Maklumlah busy sangat sampai tak sempat nak buat entri pasal lasagna ni. Masa blogwalking pun dah tak banyak sekarang. So saaad jadi insan bernama inani hazwani ni. Ok dah lari topik. Hahaha. Alkisahnyaa aku beli instant lasagna ni awal bulan satu rasanya tapi baru dua tiga minggu lepas aku buat. Ye memang dah lama, aku tahu tu tapi selagi tak expired boleh je masak. 

So sebelum masak tu puas lah aku godek godek cari resipi dekat blog blog orang berpengalaman. Gitu. Bukan apa, kang kalau aku buat tetiba tak menjadi, dah tak memasal membazir masa, membazir peluh yang keluar & yang paling membazir, DUIT ! Mahal kot barang nak buat lasagna ni. Di zaman kegawatan ekonomi untuk orang yang macam aku ni, semua benda berkira T_T Kena cari teman hidup ni baru ekonomi stabil. Kah !

Lepas aku berhempas pulas dekat sejam buat lasagna akhirnyaaa menjadi jugak. Tapi gambar yang aku dah potong lasagna tu lupa nak ambik. Masa tu aku cuak sangat takut tak menjadi lasagna tu. Eheh ! Macam lah nak bagi mak mertua rasa sampai nak cuak bagai. Hahahah. Bukan apa, kalau benda yang pertama kali ni buat then menjadi baru lah rasa bersemangat untuk masak kali kedua, ketiga dan seterusnyaa. Cewah ! 

p/s : Mintak maaf untuk semua yang singgah blog Nani tapi Nani tak pegi blog awak balik. Busy sangat uruskan hal peribadi. Nanti saya free saya singgah blog awak semua. Ihiksss :D

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.

Pernah rasa ?

Review Aku Penghibur l Dia Jejaka Berkaca Mata

Assalamualaikum & Hello.

Aku penghibur? Apa yang nak dihiburkan? Macam mana nak menghiburkan? Ya , itulah persoalan jika kita lihat sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat domain ini, tanggapan pertama kita ialah sebuah weh yang berasaskan hiburan . Tapi hiburan apa yang cuba disampaikan?

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata - kata Datuk Aznil Haji Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik." Disebalim kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya, ia adalah dari doa seorang emak dan keluarga yng tiada henti, sokongan dari kawan - kawan realiti dan maya serta pembaca di blog. Achik juga seorang yang 'low profile.'

Pemilik yang mesra disapa achik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaiman kata pepatah cina, "jika mahu kuda yang laju berlari berilah makan rumput yang berkualiti." Achik berpendapat. untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punya semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Achik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea - idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup bergunabagai kata - kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati, tetapi blogge beginilah yang patuh dijadikan role model, dah lah comel , boleh juga  bawa bergurau da tegas pada masanya !
Achik pernah menang Award tau. Nak tahu award apa kenalah terjah blog Achik

Jika tiba - tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa, cubalah terjah ke blog akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat. Nani paling ingat entri Achik Usah Biarkan Hatimu Diskaiti Berkali Kali.  Apa yang menarik dalam entri tu? Korang kenalah pergi sendiri baca dekat blog Achik nanti tak saspen lah kalau Nani cerita dekat sini. Ihiksss :D

Dalam entri tu Achik ada cakap jodoh tu rahsi Allah. Serahkan hati padanya, yakin dengannya dan minta dia jagakan kita. Maka dekatkan diri kita denganNya, jaga hubungan kita dengan Allah dan pasti Dia berikan yang terbaik untuk kita. Setuju dengan apa yang Achik cakap ni. Walau jodoh itu ia mendekat tapi kita menolak atau sebaliknya, bila mana Allah kata Kun Faya Kun siapa kita untuk menolak tadirNya? Nak tahu banyak lagi pasal Achik ni laju laju terjah blog beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page