Suasana Di Kampung


hari jumaat hari tu sempatlah aku balik ke kampung sekejap . tiga hari aku duduk sana sebab dah lama sangat tak balik kan. aku rasa tahun ni aku jarang jarang jumpa wan aku sebab sibuk dengan kelas lah itulah inilah. ada je hal nak buat.. tapi tulah sesibuk mana pun kita kena jenguk jugak orang tua tua ni. harta, ilmu boleh dicari tapi kegembiraan dalam keluarga bukan boleh ditukar ganti :)

kamera kabur. hahah. nak iphone 6 tak dek orang nak belanjeee. wuuuuu :p sedih betul rasa hati ni. kempunan nak Iphone 6. hahah :P

wan masak sedap sedap bila tahu anak menantu cucu cicit dia nak balik. wan cakap paling istimewa sambal belancan berapi. hahaha. istimewa sebab wan guna lesung batu. kalau aku tak dek nya nak guna lesunng, blender kan ado?? heheh :P seronok makan nasi ramai ramai ^__^


aku dah lama tak tengok beruk panjat pokok kelapa sebenarnya. hahah.oi dekat rumah aku memang tak jumpa lah beruk, pokok kelapa ni semua. nak santan beli yang dah siap dekat pasar. itulah bezanya kampung dengan bandar kann. aku lebih suka duduk dekat kampung sebab tenang dan damai je rasa. kampung sekarang pun bukan macam kampung dulu2. kenapa? dulu kampung mana ada wifi kan. sekarang kampung aku dah ada wifi. hahha. kelass gituuu. semangat tau anak menantu cucu wan aku nak balik kampung sekarang. ahhaha. :p

walaupun dah ada wifi, bila masa dengan family semua gadjet yang canggih manggih tu tolak ke tepi belaka. bukan senang nak kumpul ramai ramai kann. :) korang suka balik kampung ??





Mood Nak Memasak !


dua tiga hari lepas aku tengok instagram kawan aku dia post gambar tart nutella. pehhh. mengancam gila aku rasa maka dengan itu tekak aku pun menggedik gedik jugak nak makan tart nutella. Erghhh.


sumber : abam google

aku pun secara tak sengaja google lah resipi. senang je rupanya nak buat tart nutella ni. pejam mata pun boleh buat gamaknnya. * ok ni ayat orang bajet pro. kejap lagi boleh lah pergi pasaraya cari bahan nak buat tart nutella. tunggu dan lihat apa hasilnya. weeeeee.

mood nak buat tart nutella sangat membuak buak. harap harap menjadi. ^___^
mana atau boleh buat bisnes dengan makanan ni. hahahah. angan angan kemain lagi. setinggi awan di langit. pehh :p








Segmen : Zaman Persekolahan


klik SINI untuk join ^__^

jom kita mengimbau ke zaman dulu dulu kala. ehehehe :p aku pilih no 16.. aku ni jenis yang habit tiap kali cikgu cakap kena ada pen dan kertas depan mata. sekurang kurangnya kalau cikgu tu cakap point yang penting kita boleh tulis kan. satu lagi aku sokmo ingat pesan cikgu aku masa sekolah dulu. cikgu tu pernah cakap " kalau kamu tak nak mengantuk pastikan ada pen atau pensel dekat tangan kamu." bila fikir fikir balik betul jugak. kalau melangut, dengar je cikgu tu bercakap lama lama boleh jadi yang macam gambar ketiga tu kann. hahah :P fokus itu perlu oihh :) kalau tak macam mana nak berjaya melainkan kau boleh belajar sendiri. dan aku bukanlah yang jenis boleh belajar sendiri. memang kena ada cikgu or kawan yang membantu.kalau tak benda lain yang aku buat. 

bila nak ingat satu satu kenangan dekat sekolah ni memang banyak lah kan. tak terkira. pada aku zaman sekolah adalah zaman yang paling best dan ohsemmm. kalau korang pulak akan pilh no berapa??

jom sama sama join segmen ni :) 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page