Domino's Pizza

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Berjalan ke mana weekend baru ni? Heheh. Nani baru dapat rasa 'nikmat' berehat yang betul time weekend. Hahah! Asyik ada program aje bila weekend sampai rasa dah tak ada 'me time.' Puas hati baru ni dapat mengemas bilik, buang segala jenis habuk yang ada. Tenang aje mata tengok bila bilik dah bersih & kemas gila ni. Lepas tu semalam kita reward diri sendiri makan Domino's. Guna khidmat delivery jugak yang senang, punya lah malas nak keluar. Hahah! Lagipun, alang alang sekarang ni Domino's tengah buat promo, wajiblah grab kan. Tak silap Nani promo dia orang sampai hujung bulan ni aje. Korang boleh check it out dekat Twitter okay untuk kod promo tu sebab Nani tengok dekat website tak ada pun. Tak tahu lah kot Nani yang tak perasan kan. Heheh. Jimat banyak jugaklah bila ada promo ni. Ini pun tahu sebab ternampak ada orang share dekat Twitter. Ingat nak beli jugak ayam Haseyo yang buy 1 free1 tu tapi dah tak valid pulak code dia. Sobs. 
Nani guna promo kod FTi18 semalam, so dapatlah tiga keping regular pizza ni dengan satu chicken crunchies tu. Makan empat orang boleh lah beli banyak banyak macam ni kan. Heheh. Ada jugak promo yang buy 1 free 1 pizza sekarang. Yang ni ternampak dekat website dia orang masa nak order semalam. Nanti korang try lah check it out okay! Nani pun tak ingat sangat sebab banyak snagat promo dia orang bagi. Untung betul rasa. Hiks :)
Adaa on Ayam Haseyo ni (RM 13.70) sebekas. Ada dalam lapan ketul ayam bahagian wings untuk satu bekas ni. Sedap rupanya, Nani baru semalam try. Tapi ayam tu dia orang tak goreng lah, rasanya dia orang just grill aje ayam ni. Sedappp, sos tu pun pedas kemain. Next time boleh lah order lagi tapi harga dia boleh tahan jugak lah. Hahahah! Menyesal rasa sebab terlepas yang promo buy 1 free 1 tu. 
Ini lah chicken crunchies yang Nani cakap tadi. Ada dua flavour, original dengan tomyam. Nani pilih yang tomyam, so dia macam masam masam sikit. Dalam bekas kecil tu sos cheesy dengan mayonis kot, tak sure apa exact name untuk sos tu. Hahaha! Nani jarang order side menu dekat Domino's ni, memang selalunya order pizza tu aje lah. Untuk ayam ni dah termasuk sekali dengan tiga keping pizza tadi so Nani tak sure kalau nak beli ayam ni aje berapa ringgit satu bekas. Korang boleh try check it out nanti dekat website dia orang okay and jangan lupa grab promo dia orang sekarang ni. Memang boleh buat pizza party lah dengan kawan kawan cerita dia. Heheh. 

Krunchy Choco Melts

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat coklat dekat sini? Haa kita geng. Hiks. Nani kalau dengan coklat tak kira lah coklat apa pun, memang tak boleh berpisah. Hahah! Kemain sangat kan analogi tu. Tapi memang betul pun, dekat meja kerja memang sentiasa ada stock coklat. Asal stress aje, makan coklat. Hahah! Baru ni tiba tiba tekak mengada nak makan chocolate jar tu. Bila dah teringin tangan pun laju aje cari siapa yang ada jual. Heheh. Sudahnya Nani pun order lah yang Krunchy Choco Melts ni hah. Nak beli yang biasa aje, tapi tinggal yang ada topping aje pulak. Beli lah mana yang ada, jadi lah buat lepas teringin tu kan. Actually dah banyak choco jar macam ni Nani dah pernah try. Paling sedap sekali yang crunchy apa entah nama dia, ada jual dekat dalam tesco IOI Mall. Sorry Nani lupa nama Instagram dia orang, yang tu serious sedap weh, coklat banyak sampai melimpah ruah. Puas hati beli. Sekejap aje makan lepas tu sedar sedar balang dah kosong. Eheh. 
Krunchy Choco Melts ni pulak macam mana? Sedap ke tidak? Pada Nani not bad jugaklah, cuma coklat dekat bahagian atas tu tak banyak sangat. Mungkin Nani kot yang tak gaul dulu bagi rata haritu sebelum makan so coklat tu banyak dekat bahagian bawah, bahagian atas tu rasa sangat. Tapi okay aje, masih sedap untuk dimakan. Heheh. Ini pun antara choco jar yang senang jugakah untuk makan sebab tak payah susah susah nak rendam dalam air panas dulu ke apa. Lepas beli boleh terus ngap!
Kalau tak silap Nani ada banyak jugak topping untuk choco jar ni. Nani haritu beli yang topping Milo Nuggets tu. Harga RM 10 sebalang ni, tapi bukan balang yang tinggi tu lah. Ini balang biasa tu aje. Kalau makan sorang memang cukup aje okay sebalang ni. Hahah! Ada jugak almond sikit dia orang letak as topping. Pada Nani berbaloi lah dia orang jual harga macam ni. 
Untuk peminat coklat macam Nani ni, memang Nani cakap sedap lah choco jar ni. Tapi lagi berganda ganda sedap kalau dia orang letak coklat tu lebih sikit. Hahaha! Demand kemain kan. Korang pun kalau rasa teringin nak beli, boleh lah search Instagram dia orang. Agent pun banyak jugak dia orang ni lagi lagi kalah sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor. Okay dah lepas dah mengidam nak makan choco jar ni. Hahaha! Korang dah pernah try ke choco jar macam ni? Jenama apa yang paling korang suka? Share lah dekat bawah, mana tahu nanti boleh Nani try pulak choco jar yang korang suggest kan. Hiks :)

Richiamo Coffee

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni kawan Nani ajak minum minum dekat Richiamo Coffee milik Raja Ilya ni. Nak sambut birthday orang pun iye jugak. Rasanya baru kali kedua kot Nani datang sini, so blur blur aje tengok dia orang punya menu. Hahaah! Hari tu masa first time datang, memang tak order apa apa pun, kali ni saja lah nak try order menu dia orang. Nak jugak tahu kan apa yang paling menarik dekat Richiamo Coffee ni. Kalau tak silap Nani ada banyak jugak cawangan Richiamo Coffee ni dekat area Kuala Lumpur dengan Selangor tapi Nani tak sure ada dekat mana lagi. Heheh. Nanti korang boleh tanya Mr. Google okay! Nani pergi ni dekat cawangan dia orang yang dalam UIA aje. Dari awal dia orang buka, memang boleh kira berapa kali aje lepak sini. Hahah! Kalau jenis yang banyak duit boleh lah nak duduk minum dekat sini selalu. So, apa yang menariknya dekat Richiamo Coffee ni?
Memandangkan ini pun baru kali kedua Nani datang sini, so kita main redah aje lah order apa yang nampak macam sedap & berbaloi. Heheh. Sebenarnya Nani dah tak ingat nama air yang Nani order ni apa benda, resit pulak dah campak entah ke mana mana entah. Hahaha! For sure, air yang Nani order tu (depan) rasa macam cookies oreo yang diblend sekali dengan susu. Not bad lah rasa dia tapi tak ada lah sedap sangat sangat. Gitu. Satu lagi air tu pada Nani pahit sangat pulak. Mungkin sebab Nani bukan jenis peminat kopi, so tekak tak berapa nak boleh terima sangat. Harga around RM 8.90 macam tu kalau tak silap. 
Kek ni paling sedaaap! Harga standard cafe lah, around sembilan ringgit macam tu. Rasa macam makan kek nutella pun ada jugak. Serious recommended untuk korang try ni. Nani memang suka kek yang ada almond macam ni, so yass berbaloi lah beli. Kita orang hari tu sepotong ni kongsi empat orang okay. Jimat! Hahahaha!
Terserlah kegembiraan tu bila dah kenyang. Hahah! Okay lah kalau sekali sekala nak duduk sini chill chill sambil berborak. Selalu sangat pun tak boleh jugak lah, mahu koyak purse lepas tu sebab duit habis. Hahaha! Tempat selesaa, luas, memang patut pun harga makanan boleh tahan jugak. Tapi standard cafe lah kan, mana mana pun memang macam tu lah harganya, nan hado lah yang murah murah. Nak repeat lagi ke tak? Nakkk! Tapi nak beli kek tu aje sebab sedap sampai terbayang bayang sampai sekarang. Hahaa! 

Resepi Ayam Goreng Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani pernah cakap nak share pasal Resepi Ayam Goreng Korea kan baru hari ni sempat nak kongsi dengan korang. Ingat dah share hari tu, rupanya bila scroll published entry, belum  share lagi. Hahah! Sorry sangat! Tapi yang Nani buat ni versi derhaka sikit lah sebab tak guna cili paste yang korea tu, Nani guna cili kering kisar yang biasa tu aje. Nani masak ni hari tu time balik Pahang, dekat sana memang susah sikit lah nak jumpa cili paste yang Korea tu. Sally kata kena guna Ghochujang (rasanya betul dah ejaan dia macam ni. hahah) baru lah rasa macam ala ala Korea sikit. Iye lah kalau nak rasa yang betul betul authentic ayam goreng Korea kena pergi sana lah. Hahaha!  Nani punya resepi ni simple aje, hari ni pun korang boleh buat terus kalau ada ayam. Heheh. Nani suka guna bahagian kepak ayam bila buat ayam goreng Korea ni, tapi ikut korang lah okay! Boleh check it out dekat bawah ni resepinya! Nani pun hari tu first time buat, so try and error aje lah time memasak tu, tak ada sukatan sangat pun bahan bahannya. Semua main agak agak aje, nasib baik menjadi jugak sampai orang dekat rumah tu suruh buat lagi. Amboi!
Bahan - Bahan:
- Ayam (bahagian kepak atau pun mana mana bahagian yang korang suka)
- Tepung ayam atau pun tepung gandum ikut lah apa yang korang ada. 
- Cili kering yang dah dikisar.
- Serbuk cili.
- Cili sos.
- Kicap pekat dan kicap cair.
- Madu.
- Bijan.
Cara - Cara: 
1) Mula mula korang gaulkan ayam tu dengan tepung, Nani guna tepung ayam goreng Adabi tu sebab senang tak payah dah nak tambah garam ke apa. Lepas gaul dengan tepung goreng ayam sampai garing.
2) Sementara nak tunggu ayam tu garing, panaskan minyak dan tumiskan cili kisar tadi. Nani memang tak guna bawang tau untuk resepi yang ni.
3) Kemudian, korang ambil serbuk cili, cili sos, kicap pekat, kicap cair gaulkan dalam satu bekas dan tambah air sedikit,
4) Bila cili kering tadi dah garing, korang masukkan semua bahan bahan yang dekat step ketiga tadi. Kacau bagi sebati semua bahan bahan tu.
5) Lepas tu boleh masukkan pulak madu, agak agak lah ye jangan banyak sangat pulak. Ikut kesesuaian ayam korang banyak mana. Selalunya bila dah masuk madu, sos tu akan jadi pekat sikit so tambah lah air sikit tapi janganlah sampai berkuah pulak. Hahahah!
6) Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi ke dalam sos tu, kacau rata dan tabur bijan. Siapp! 
Memang simple sangat resepi Nani ni, kalau korang jenis yang memasak memang semua bahan bahan ni ada aje kot dekat rumah kecuali bijan tu lah. Heheh. Oh ye, kalau korang nak bagi ayam tu crunchy, bila sos tu dah masak sejukkan dulu tau then baru masukkan ayam. So bila korang makan tu dia still rangup lagi ayam tu. Boleh lah try buat nanti okay, kalau malas pergi aje lah makan dekat mana mana outlet makanan Korea. Hahaha! Selamat mencuba! 


GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM
klik SINI laju laju untuk join. 
Giveaway sampai 31 Oktober ni aje tau, jangan lupa join. Mana tahu korang salah seorang pemenang yang dicari kan. Hiks! 

Tauhu Bergedil Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuh bulan Oktober ni baru sempat update dua entry aje, rasa nak hempuk diri sendiri pun ada jugak. Hahah! Sekarang ni dah masuk fasa kerja bertimbun macam tak ada hari esok lepas tu bila ada free time memang nak rehat sungguh sungguh, buka laptop pun malas. Semalam konon nak menulis entry dekat blog, tapi pergi keluar cuci mata pulak dekat Melawati Mall, sudahnya hilang kisah nak menulis. Heheh. Baru ni teringin sangat nak makan tauhu bergedil tapi nak buat sendiri rasa malas kemain, makanya jalan yang paling mudah, kita beli aje lah. Sedap ke tidak kau tawakkal aje lah bila makan tu kan. Hahah! Kebetulan hari tu ada siapa entah share dekat Instagram orang yang jual tauhu bergedil ni, terus lah laju laju contact dengan akak tu. Rezeki betul sebab akak tu memang buat delivery dekat area Nani ni hah. Sekarang ni dah ramai jugak orang yang menjual tauhu bergedil ni, cuma sedap dengan tidak aje kita tak tahu. Kalau dekat dekat pasar malam tu sampai tiga empat orang jual benda ni tapi tu lah 'presentation' tak berapa ceria sangat. Nani ni kalau nak beli apa apa lagi lagi kalau makanan memang memilih sikit. Iye lah, esok esok kalau sakit satu hal pulak. 
 So, kita pun beli lah tauhu bergedil dengan kak Suhana ni. Masa sampai tu ada lagi rasa panas panas tauhu ni, time tu jugak rasa nak makan terus. Hahaha! Sedap okay, kena pulak dengan sambal kicap tu, memang layan sangat. Sambal tu tak ada lah berapi mana pun, just nice gitu. Kira memang ngam lah makan dengan tauhu bergedil tu. Nani puas hati jugaklah order dengan akak ni sebab inti dekat dalam tu banyak, bukannya jenis yang 'asal ada' inti, dah settle. Kalau ada yang jual jenis macam tu memang serious pada Nani tak ikhlas betul meniaga. Macam isu yang karipap oksigen tu lah. Haha! Baik tak payah menjual lah kalau macam tu kan gayanya. 
Hari tu Nani order yang medium box, ada 15pcs tauhu dalam sekotak ni. Harga RM 20 tak termasuk delivery. Macam biasa lah, charge delivery depends pada runner pulak nak letak berapa. Macam Nani hari tu, runner tu charge RM 10 untuk penghantaran so total RM 30 semua sekali. Pada Nani okay lah tu harga nya kan, banyak pun iye jugak, memang makan lah kau sampai kenyang dekat situ. Hahah! Kalau nak jimat boleh lah ajak kawan kawan order sama, sebab kadang tu harga delivery pun boleh tahan jugak lagi lagi kalau tempat kita tu agak jauh. So, untuk korang yang tinggal sekitar Gombak, Selayang, Wangsa Maju hah boleh lah kalau nak order tauhu bergedil dengan akak ni. Memang puas hati sangat sangat. Contact number ada dekat dalam gambar tu okay, jangan lupa try! 

Lepak McDonald's Taman Melati

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni baru ada masa update blog sendiri, nak menangis rasa sebab busy sangat sejak dua tiga minggu lepas. Sorry tau mana yang singgah sini tapi Nani belum reply lagi, weekend ni kita jejak blog awak semula okay! Kisahnya hari tu dah lama tak keluar jalan jalan sudahnya ajak kawan pergi makan mekdi. Punya lah nak keluar sangat, lepak mekdi pun jadi lah kan. Asyik terperap aje menghadap kerja yang tak pernah habis tu memang tak jadi jugak. Mula ingat nak window shopping dekat mana mana mall tapi tu lah malas pulak nak bersesak dengan manusia. Hahah! Keluar makan pun boleh jadi terapi hilangkan stress okay! Alang alang dekat McDonald's sekarang ada a few menu baru kan, boleh lah try. Heheh. Macam biasa bila malas nak pergi yang jauh jauh, McDonald's Taman Melati ni lah yang jadi pilihan. So, apa menu baru yang Nani try hari tu? Nahh boleh tengok dekat bawah ni okay! Mana lah tahu korang pulak nak try lepas ni kan. 
 Nani kalau pergi Mcd ni memang selalunya order dua benda aje, sama ada ayam goreng tak pun double cheeseburger. Tapi selalunya order ayam goreng ni lah. Hahaha! Cuma baru ni Nani add on coleslaw Mcd yang baru tu. Saja lah nak rasa & nak bandingkan coleslaw mana lagi sedap, KFC ke Mcd. Hahaha! Ikutkan boleh aje switch fries tu dengan coleslaw tapi sejenis tamak kan, dua dua nak so kita add on lah coleslaw. Ha makan lah sampai kenyang dekat situ. 
 Coleslaw ni Nani ambil yang medium hari tu dalam RM 2.75 macam tu kot, banyak jugaklah sebekas ni cuma sayur tu dia orang potong kasar sikit. Tapi sedap aje rasa dia, pada Nani lebih kurang aje macam KFC punya cuma KFC tu lagi halus coleslaw dia orang. Untuk peminat coleslaw macam Nani ni, memang rasa sedap aje tekak ni hah. Hahaha! Makan pulak dengan ayam goreng Mcd yang rangup pedas tu, memang ngam sangat okayy! 
 Dah kenyang makan, order pulak McFlurry Dinosaur ni hah. Konon mula mula nak beli aisrkim dalam cone tu aje, sekali sampai kaunter order benda lain. Hahaha! Sedap ke tidakk? Pada Nani biasa biasa aje, sama macam McFlurry Oreo tu cuma yang ni dia gantikan dengan serbuk milo & apa entah yang bulat bulat tu. Hahaha! Nani ambil yang biasa aje, ada lagi satu yang McFlurry Dinosaur Party kot nama dia, tu dalam sembilan ringgit lebih. Fuhhh! Mungkin yang mahal tu lagi sedap kot. Hahah! 
Muka muka bahagia lepas dah makan macam macam dekat Mcdonald's. Hahaha! Dari lepas asar sampai dekat pukul lapan duduk situ, makan sambil borak memang lama lah cerita dia. Tapi seronok jugaklah sebab relax sikit kan kepala tu. Oh ye, semalam pun Mcd ada keluarkan menu baru lagi kan.  Hahah! Korang ada dah ke yang try Salted Caramel McFlurry tu? Nampak sedap sangat okay! Nani memang sejenis yang 'hantu' segala jenis aiskrim ni, jarang lah kalau tak cuba. Cuma tu lah, takkan sampai setiap minggu pulak kan nak jejak Mcdonal's. Amboi sangat! Hahaha! Kalau korang dah try nanti, boleh lah share dengan Nani rasa dia macam mana, paling penting sedap ke tidakk. 

Hcube Education Menyediakan Khidmat Home Tuition Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sekejap aje masa berlalu, dah masuk bulan Oktober pun hari ni. Bila dah semakin ke penghujung tahun ni maksudnya tak lama lagi akan berakhir lah sesi persekolahan untuk tahun 2018 ni. Tapi sebelum nak berseronok dengan cuti sekolah tu, mesti lah anak akan akan menghadapi peperiksaan akhir tahun dulu. Selalunya bila anak anak nak exam, mak ayah pun risau jugak. Nani ingat lagi dulu, bila masuk aje musim exam tu hah memang dengar lah abah dengan ibu 'bising' suruh baca buku lagi lagi kalau subjek tu kita tak berapa pandai sangat. Nani tak nafikan zaman sekarang lagi mencabar bagi parents untuk didik anak anak sebab anak anak banyak terdedah dengan gadget so ada masanya perhatian dia orang lebih kepada gadget semua tu daripada nak belajar. Ada jugak sesetengah anak anak yang jenis yang tak berapa boleh catch up bila belajar dengan keadaan kelas yang ramai. Betul tak? Pada Nani sendiri, salah satu cara yang paling terbaik untuk kita tolong anak anak lagi fokus adalah dengan cara home tuition. Korang pernah dengar tak tentang Hcube Education?
Hcube Education
Hcube Education ni merupakan agensi yang menyediakan tutor dan guru yang berkualiti untuk para ibu bapa yang memerlukan pengajar atau cikgu datang ke rumah. Pada Nani, serius lagi berbaloi bila ambil home tuition macam ni sebab nya lagi mudah, selesa dan yang penting selamat. Tak payah dah susah susah mak ayah nak pergi hantar atau ambil anak anak dekat pusat tuisyen. Paling best sekali, Hcube Education ni bukan aje ada guru dan tutor untuk subjek akademik aje tau, tapi untuk mengajar Al Quran pun ada jugak. 
Hcube Education
 Dulu dulu masa zaman Nani sekolah, jarang boleh jumpa agensi yang menyediakan khidmat guru atau tutor macam ni tapi sekarang senang sangat dah sebab adanya Hcube Education. Dalam masa yang sama, kita boleh tengok sendiri anak anak kita belajar depan mata sendiri. Bukan tak percaya dengan anak anak ni, cuma faham faham lah kan kadang tu bila dah jumpa dengan kawan, ada aje benda yang nak main, nak berborak, sudahnya tak belajar pun. So bila depan mata sendiri ni, senang kita nak monitor dia orang. Nani pun dulu kalau ada aje abah dekat rumah, memang automatik buka buku nak belajar sebab takut abah marah. Hahaha! 
Hcube Education
 Pada pandangan Nani yang bagusnya bila home tuition ni, anak anak lagi mudah nak tanya apa apa soalan yang dia orang tak faham. Biasalah, kadang kadang bila ramai sangat dalam satu kelas tu, dia orang jadi malu nak bertanya. Home tuition ni sangat sangat membantu sebab cikgu akan fokus dekat seorang aje setiap masa. Jadinya lagi senang untuk anak anak faham dan cikgu pun akan ajar ikut kemampuan anak anak kita. Macam yang kita tahu, kalau dalam kelas selalunya akan ada lebih kurang 25 - 30 orang pelajar, kadang kadang cikgu tak sempat nak tanya setiapa sorang sama ada dia orang faham ke tidak, so home tuition ni lagi convenient lah bagi Nani. 
Hcube Education
Antara feedback parents yang dah pernah menggunakan tutor daripada Hcube Education ni. Mostly cakap prestasi anak anak dia orang dah semakin meningkat jadi lebih baik. Setiap mak ayah mesti ada letak harapan yang tinggi kan untuk anak anak berjaya dan sanggup buat apa aje untuk bantu anak anak termasuklah dapatkan guru yang terbaik. Korang pun boleh jugak dapatkan khidmat guru atau tutor daripada Hcube Education ni untuk bantu anak anak jadi lebih cemerlang. Oh ye, buat masa sekarang ni Hcube Education ni cuma ada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan jugak Pulau Pinang. Secara peribadi, memang Nani recommend untuk korang guna Hcube Education ni. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh klik link website dekat bawah ni okay! 💙

Hair Mist Keluaran Astraea Beauty Mampu Merawat & Mengatasi Masalah Rambut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Bila cakap pasal penjagaan diri ni, bukannya muka aje yang kita nak kena jaga tapi dari hujung rambut sampai lah ke hujung kaki. Selalunya ramai orang yang anggap rambut tu tak penting sangat, asal shampoo aje, okay dah settle. Pada Nani, sekurang kurangnya untuk rambut kena pakai shampoo, conditioner dan jugak serum baru lah rambut tu sihat. Cuma yang jadi masalah bila nak cari produk yang sesuai untuk kita pakai. Susah wak nak cari produk yang betul betul okay lagi lagi kalau jenis rambut yang cepat kusut bila kering. Satu lagi, kita kan bertudung so kadang kadang tu bila rambut still lagi basah & dah nak kena bersiap untuk keluar memang rambut akan cepat berbau dan kepam. Korang pun mesti ada masalah yang sama jugak kan? So hari ni Nani nak share dengan korang satu serum yang Nani sendiri dah try pakai. Berkesan okayy! Nani baru guna dalam dua minggu macam tu, nampaklah perubahan tu. Still ada lagi rambut kusut tapi tak lah macam dulu dah, memang jatuh cinta lah dengan serum keluaran Astraea Beauty ni hah. Korang pun seriously wajib try sebab memang best sangat! Tak macam serum yang Nani dah pernah try sebelum ni. 
Kelebihan Hair Mist by Astraea Beauty:
💙Mengurangkan dan merawat masalah rambut bercabang
💚Mengurangkan masalah kulit kepala dan rambut kering
💗Mengurangkan masalah rambut kusut dan kasar 
💛Mengurangkan masalah rambut berbau dan kepam
💜 Mengatasi masalah kulit kepala gatal
Bila Nani cakap best, maksudnya memang betul betul best dan berhasil bila pakai tu. Memang recommended untuk korang pun try jugak. Bukan senang nak jumpa produk yang best dengan harga mampu milik. Ingredients yang digunakan pun semua ada kelebihan tersendiri. Korang boleh check it out dekat bawah ni okay!
Witch Hazel
Merawat masalah rambut kering
Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala
Castor Oil
Mengatasi kulit kepala kering
Mengatasi kurap pada kulit kepala
Menghitamkan, menyuburkan dan menebalkan rambut
Membuat rambut lebih berkilau
Almond Oil 
Memelihara kesihatan kulit kepala
Mencegah rambut gugur
Memperbaiki kerosakan rambut
Membersihkan kulit kepala
Memberi kilau pada rambut
Pro Vitamin B5
Melembapkan rambut
Merawat rambut rosak
Menjadikan rambut lebih sihat
Coconut Oil
Menyihatkan kulit kepala
Merawat masalah kelemumur
Merawat masalah rambut bercabang

Ini pulak antara feedback yang dah pernah try guna hair mist ni. See, macam yang Nani cakap tadi lah, rambut pun akan jadi wangi aje bila pakai. Oh ye produk ni bukan aje untuk wanita aje tau, lelaki pun sesuai jugak untuk pakai. Boleh lah ajak suami, tunang, abang, adik semua beli and try produk ni nanti. Hiks :)

Harga : RM 25 sebotol
Harga promo : RM 15 sebotol (sehingga 30 September)
Untuk korang yang ada masalah rambut tu, boleh lah try pulak guna hair serum ni okay! Daripada beli produk yang harganya boleh tahan mahal tu, baik korang guna produk ni. Memang berkesan dan sesuai sangat dengan Nani. Belum cuba belum tahu kan, so baik korang beli sekarang sementara dia orang tengah buat promotion ni. Ajak sekali kawan kawan beli okay! Nak guna hair mist ni pun senang sangat, spray aje dekat rambut lepas dah siap mandi. Memang dah jatuh cinta betul lah dengan hair mist keluaran Astraea Beauty ni hah, korang pun confirm akan jatuh cinta jugak lepas dah try nanti. Tunggu apa lagi tu, cecepat dapatkan hair mist ni tau! Untuk pembelian korang boleh dm dia orang melalui Twitter & Instagram. Nak lagi mudah, klik aje link dekat bawah ni okay!

Resepi Inti Karipap Kentang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Fuhh lama betul hilang dari 'radar' hari ni baru ada masa sikit nak duduk menghadap blog sendiri. Ingat weekend hari tu dapat lah jugak taip satu dua entry, sekali demam dengan pakej selsema pulak. Memang tak jadi apa lah bila tak sihat ni kan, satu kerja pun tak jalan. Mungkin sebab cuaca yang tak berapa nak menentu ni, tu yang mudah sangat sakit. Nak update blog time weekdays lagi lah tak sempat. Berganda ganda kerja nak buat sampai rasa 'me time' pun tak ada. Hahah! Baru ni time tak sihat tu lah baru dapat rasa nikmat berehat yang betul. Tidur cukup, makan aje tak berapa nak cukup sebab selera hilang. Hari ni baru rasa dah recover sepenuhnya. Alhamdulillah! Badan pun ada limit dia jugak kan, pnce bila dah penat sangat tapi push jugak buat kerja itu ini, tu lah yang buat kita jatuh sakit. Korang pun jaga diri elok elok, make sure dapat rehat yang secukupnya. Wah siap buat pesanan penaja lagi kan hari ni. Hahah! Okay lah hari ni Nani nak share Resepi Inti Karipap Kentang yang dah lama gila duduk dalam draft entry ni. Hahah! Bulan lepas buat karipap, baru ni ada masa nak share resepi. Phew! Korang boleh lah simpan resepi simple ni siap siap okay!
Ini lah rupa inti karipap kentang yang Nani buat hari tu. First time jugak try buat inti kentang ni, berdebar jugaklah kita ni hah sebab takut tak jadi. Hahaha! Boleh check it out bahan bahan dekat bawah ni okay! 
Bahan - Bahan:
Bawang besar (potong dadu)
Ubi Kentang (potong dadu)
Cili Kisar (ikut suka nak letak banyak mana)
Serbuk Kari (tiga sudu makan)
Serbuk Cili (tiga sudu makan)
Daun Sup (optional) 
Cara - Caranya:
1) Panaskan minyak masak, lepas tu tumiskan bawang besar tadi sehingga layu. Nani hari tu lebihkan sikit bawang ni sebab bau dia wangi. Tapi depends pada selera korang lah, kalau tak suka bawang boleh kurangkan. 
2) Bila bawang dah layu, boleh masukkan cili kisar tadi. Tumis sampai garing sikit. Selalu dalam lima ke 10 minit macam tu cili dah garing sebab kita letak sikit aje kan. Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Nani suka bancuh dengan air siap siap sebelum masuk dalam kuali. Ada sesetengah orang dia letak aje, tak bancuh dengan air. Ikut suka masing masing okay!
3) Kemudian masukkan ubi kentang dan tambah air. Masaklah sampai kentang tu lembut. Selagi kentang tak lembut, tambah air tau! Jangan lupa masukkan garam jugak.
4) Last sekali taburkan daun sup. Kalau tak nak pun tak apa. 
Siappp! Ini lah hasil karipap inti ubi kentang yang Nani buat hari tu. Karipap ni sedap buat banyak banyak lepas tu frozen kan dia. Time nak makan, goreng aje kan senang! Korang boleh lah try buat jugak karipap ni, serius berbaloi betul bila buat sendiri. Oh ye, karipap ni nampak sama aje saiz dia sebab Nani guna acuan hari tu. Tak pandai jugak nak kelim karipap sendiri. Hahahah! Hari tu ada jugaklah try buat kelim tu sendiri, tapi tak menjadi weh. Makin buruk ada lah Nani tengok. So kalau korang pun jenis 'keras tangan' macam Nani, beli aje acuan karipap tu okay! Selamat mencuba! 

Best Bouquets And Great Flower Arrangements From A Better Florist Malaysia

Assalamualaikum & Hello.
Hi everyone! Hi everyone! One of the most common items people usually gift are flowers, therefore, it’s no wonder there’s a florist on every corner. And every one of us has a favourite florist, that they love more than the other one, and it’s all for one simple reason. Either they have more beautiful flowers, more options, gifts in their offering as well, or a crazy fast delivery. But, if you like all of these, and you’ve dreamed of finding a florist that has it all, then you have to take a look into A Better Florist. A Better Florist is the best Malaysian flower delivery and they are so different from other florists, it’s no wonder they have made a lot of top lists online. 
Whether as a Singapore flower delivery or an UAE flower delivery, ABF knows exactly how to cater to their customers in all fields. Up until A Better Florist, I never realised how all of these things matter and impact your shopping experience. A Better Florist took every single part of their service and kicked it up a notch, so that you have a florist that has it all. 
Firstly, you’ll notice that their flowers are exquisite. Although they do not have so many options, I actually don’t mind it. It makes shopping so much easier, especially if you’re indecisive like me. Everything is easy to find on their website, which is what I also love. I am the kind of person that loves online shopping above all, and when a brand has a great, fast, and simple website, I’m all about it. 
The flowers are always fresh and perky, which is also fantastic. It also helps that they have a flower delivery that comes to you on the same day, so your flowers are just as fresh and alive as they are at the store on that day. They are actually quite famous for their flower delivery, given that it’s free and it’s super fast. 
Whether it’s their KL florist, the Ipoh florist and Penang florist, or even the JB florist, they have gift options as well, such as some of the best hampers and fruit baskets in Malaysia. Although this isn’t exactly unique for a flower delivery to offer gifts, I think A Better Florist just does it better. I’ve seen a lot of people rave about their baby hampers, but I personally haven’t ordered it yet as I haven’t had the opportunity. However, it does look beautiful. 
The bottom line is, whether it’s their UAE florist, or their HK florist that has amazing HK flowers, A Better Florist is a real breath of fresh air when it comes to flower shopping. It changes the entire experience for you, and you’re finally introduced to something new and different, and it’s more than obvious. I highly recommend A Better Florist. 

San Francisco Coffee di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat kembali berkerja hari ni. Heheh. Dah habis dah 'long weekend' selama dua minggu berturut turut. Heheh. Seronok betul tengok orang lain pergi bercuti sana sini, Nani pun berjalan jugaklah tapi jalan jalan mall. Hahah! Punya lah ramai orang, rasa rimas pun ada nak cuci mata. Public holiday kan, semua tempat penuh, lagi lagi restoran dalam mall tu hah. Moral of the story, time public holiday tak payah lah berangan nak masuk mall, baik lah duduk berehat dekat rumah sampai naik bosan. Hahaha! Actually hari ni nak share dengan korang pasal San Francisco Coffee ni hah. Nani baru first time try air dekat sini, sedap jugak rupanya. Kalau tak menang giveaway Sally hari tu, rasanya sampai ke sudah lah aku tak tahu kesedapan air dekat SF Coffee ni hah. Hahaha! Thank you Sally pilih kita sebagai pemenang hari tu. Hiks :)  Lepas dah try SF Coffee ni rasa macam nak minum hari hari pun ada. Sedap sangat okay! Korang pun memang patut try! 
Hari tu Nani redeem voucher yang buy one free one, dapatlah dua cup ni hah. Minum lah sampai kenyang. Hahaha! Nani pilih Extreme Mocha & Extreme Latte hari tu and dua dua sedap. Latte dia tu memang boleh buat orang ketagih. Hahah! Nani hari tu pergi cawangan dekat Melawati Mall, rasanya banyak jugak dah oulet dia orang sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor ni. 
Harga untuk Extreme Mocha & Extreme Latte ni RM 16.50 untuk yang regular size. Ala ala Starbucks jugak lah ni, tapi lepas dah try SF Coffee ni, Nani lagi suka dia orang punya. Next time boleh lah datang minum sini lagi, tapi bukan tengah tengah bulan lah yang pasti. Hahahah! Banyak jugak menu lain yang ada dekat sini termasuklah heavy meal. Hari tu sebab baru lepas makan dekat Chicken Plus so tak order lah benda lain. Lain kali boleh lah kita try menu menu dekat SF Coffee ni pulak. Korang pernah tak try air dekat San Francisco Coffee ni? 


Aveeno Daily Moisturizing Lotion Dapat Membantu Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Mood bekerja lagi ke tu atau dah sibuk fikir nak jalan jalan mana weekend ni? Heheh. Alang alang dah sebut pasal jalan jalan ni kan, nak tahu jugak, kalau orang kalau keluar jalan jalan atau pun pergi bercuti apa benda barang yang korang tak akan tinggal? Kalau Nani, haruslah skincare & jugak lotion tangan. Dua benda ni wajib bawa sekali dalam beg, tak kira lah jalan jalan shopping mall ke atau pun pergi bercuti. Cuma kalau bab lotion ni Nani memilih sikit orangnya. Hahah! Iye lah, kita yang nak pakai kan, mesti lah memilih. Setiap kali nak beli lotion Nani akan cari lotion yang jenis tak melekit dan cepat serap. Kalau yang jenis melekit ni selalunya lepas pakai tu mesti rasa nak basuh semula sebab tak selesa. Setakat ni cuma ada beberapa jenis lotion aje yang 'serasi' dengan Nani. Cuma itu lah, bila pakai yang sama aje ni bosan jugak kan. So, kali ni Nani try pulak guna lotion keluaran Aveeno ni hah.Actually ni first time Nani nak try lotion keluaran Aveeno, baca feedback orang lain ramai jugak yang cakap best sebab lotion ni menggunakan ramuan semula jadi yang bermutu tinggi. Menarik kan? 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion.
Paling best sekali lotion ni sebab dapat membantu mengatasi masalah kulit kering dalam masa 24 jam. Bukan itu aje tau, kita jugak boleh nampak peningkatan kulit yang ketara dalam tempoh dua minggu. Nani lagi lah suka produk yang bagi kesan cepat macam ni, tambah pulak lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi, confident nak guna kan. Untuk pengetahuan korang jugak, moisturizing lotion Aveeno ni jenis yang tidak berminyak dan bebas pewangi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Nani suka lotion yang jenis picit macam ni sebab senang dan Nani rasa sebotol ni boleh tahan dua bulan macam tu tak pun lebih lagi. Heheh. Pengalaman Nani sendiri bila guna lotion Aveeno ni memang dapat rasa lah kulit jadi lebih lembut, licin dan kelihatan sihat secara semula jadi. Memang puas hati lah guna lotion ni, surely akan repurchase bila dah habis nanti. Nani kalau dah 'jatuh cinta' dengan produk macam ni memang akan beli lagi even kalau harga dia agak pricey. Tak salah pun melabur sikit duit untuk produk yang bagus macam Aveeno ni. Heheh. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Macam yang Nani cakap tadi, moisturizing lotion Aveeno ni menggunakan bahan semula jadi yang bermutu tinggi dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering, rengsa dan gatal. Produk ni jugak selamat untuk kulit bayi tau, memang berbaloi beli sebab satu family boleh guna. Korang boleh tengok dekat bawah ni tiga ramuan unik yang terdapat dalam produk Aveeno untuk memberikan sehinggan 9x kuasa anti oksida. 
💜 Colloidal Oatmeal - Mengekalkan kelembapan. 
💜 Avenanthramides - Melegakan dan meredakan rengsa kulit. 
💜 Minyak Oat - Mengkukuhkan lapisan kelembapan semula jadi. 
Aveeno Daily Moisturizing Lotion
Aveeno Daily Moisturizing Lotion (RM 44.25)
Banyak kan kelebihan moisturizing lotion Aveeno ni, Nani memang recommend lah untuk korang guna jugak. Produk jenama Aveeno ni berasal dari Kanada, jadi susah sikit nak cari kalau dekat kedai atau pasaraya biasa, tapi korang boleh dapatkan di AEON Wellness, Caring Pharmacy, Guardian tak pun Watsons. Heheh. Kulit tangan dan badan pun kena jaga jugak okay, bukan muka aje so kena lah cari produk yang bagus jugak baru lah kulit lembut aje sentiasa. Jangan lupa okay dapatkan Aveeno Daily Moisturizing Lotion ni! Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh check it out laman web Aneeno dan jugak Facebook Aveeno Malaysia dekat bawah ni. Have a great long weekend again peeps! 

Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni sana sini orang share gambar cempedak goreng, memang tengah musim kan. Setiap kali tengok cempedak goreng ni mesti terliur jugak walaupun baru aje lagi makan. Hahah! Cempedak ni memang fav betul, makan hari hari pun boleh. Nani paling suka kalau dapat cempedak yang isi tu banyak dan buah pun besar besar, puas hati sangat goreng. Tapi itu lah setiap kali beli bukan boleh tengok pun dalam tu banyak mana isi nya kan, ikut rezeki lah. Selalunya kalau buah yang kecil & tak banyak mana pun isi nya Nani makan macam gitu aje. Tak berbaloi rasa nak goreng sebab sikit sangat. Hahah! Goreng cempedak sendiri jugak yang rasa puas hati makan, bila beli tu kadang kadang tepung aje yang tebal, mahal pulak tu. Nani pernah share dulu dekat pasar malam area PJ tu seringgit seulas okay cempedak yang dah siap goreng macam ni. Kemain lagi harga, baik lah beli sebiji betul buah cempedak ni lepas tu goreng dekat rumah sendiri, ye tak?
Cempedak Goreng
Ini lah rupa cempedak goreng Nani hari tu. Tengok gambar ni pun rasa nak cari lagi cempedak. Hahaha! Tapi tu lah, mana entah nak beli kalau dekat area KL ni kalau tak pergi pasar. Ibu Nani dia 'bising' bila tengok Nani hidang cempedak sekali dengan penapis minyak tu. Dia kata orang dulu dulu aje buat macam ni. Hahah! Alah, kita terpengaruh tengok orang yang masak dekat Instagram tu selalu buat macam ni bila ambil gambar. Nak jugak buat benda yang sama. Hahahah! 
Cempedak Goreng
Nani punya versi cempedak goreng ni senang sangat nak buat, guna tepung gandum, garam, pewarna kuning sikit dengan air. Campur aje semua sekali, bancuhan tu cair cair aje lepas tu goreng lah dalam minyak panas. Kalau tak nak letak pewarna kuning, guna lah serbuk kunyit tu. Kalau tak nak jugak, tak payah letak. Hahah! Banyak jugak okay versi nak buat cempedak goreng ni hah, ada yang campur tepung jagung lah apa lah, ikut suka masing masing kan. Asal menjadi cempedak goreng tu dan sedap dimakan settle lah. Cempedak goreng ni makan time petang memang layan sangat, sesuai sangat dengan cuaca sekarang yang asyik mendung & hujan tu. Perut pun kejap kejap kang lapar aje kerjanya. Hahah! Korang minat tak cempedak goreng macam ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page