Assalamualaikum & Hello.
Biskut Raya !
Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas Nani pergi beraya rumah mak cik dekat Subang, masa nak balik tu mak cik siap bekalkan lagi biskut raya untuk Nani. Langkah kanan sangat lah kan pergi beraya lepas tu dapat bawak balik biskut raya lagi. Hahah. Bukan apa, stok biskut raya mak cik Nani tu banyak lagi, dia takut tak habis tu pasal siap tapau untuk Nani. Rezeki jangan ditolak kan, boleh jugak buat kudapam masa menaip entri blog.
Tu diaa dua balang lagi biskut raya Nani dapat. Hikhik. Sekejap aje ni boleh habis kalau makan sambil menaip entri. Sedar sedar balang dah kosong nanti. Hahaha. Mentang mentang biskut raya tu sedap kan. Korang ada lagi biskut raya dekat rumah? 
Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
Assalamualaikum & Hello.
Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
 - Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
 - Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
 - Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
 
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.
Open House Raya !
Assalamualaikum & Hello.
Dekat penghujung syawal ni makin banyak pulak dapat undangan rumah terbuka. Rugi kalau tak pergi kan sebab masa ni lah nak makan sedap sedap. Hahaha. Hujung minggu baru ni memang Nani pergi rumah terbuka aje, keluar pagi malam baru balik. Kemain lagi kan berayanya. Senang cakap, bila hujung minggu ni boleh gantung kuali lah. Kah ! 
Bahagia sangat mukanya tu kan dapat makan macam macam. Hahah :P 
Dah lama sangat craving nak makan cendol, memang sedap sangat !
Ni penutup open house malam tadi, makan spaghetti. Yummeh ! Sebab dah kenyang sangat, Nani pun makan sikit aje. Terima kasih tuan rumah masak yang sedap sedap. Ada sesiapa yang nak buat open house lagi? Boleh lah jemput Nani. Hahaha :P 
Sayaiday & Ayueidris Giveway August 2015
Assalamualaikum & Hello.
Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :
+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.
Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com
Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa
Kehujanan
Assalamualaikum & Hello.
Dah dua tiga hari ni, bila petang aje hujan turun. Minggu lepas masa Nani balik dari KLCC hari sabtu tu hujan turun dengan lebatnya waktu nak lintas jalan. Tskk. Siap boleh perah lagi baju yang Nani pakai. Ahad tu pergi Mid Valley awal awal dah sediakan payung takut hujan turun. Rupanya memang betul firasat Nani, sebab masa balik tu hujan selebat lebatnya. Lagi lebat dari hari Sabtu tu & paling sedih bila payung pun tak berapa nak membantu. Dua hari kehujanan, alhamdulillah tak selsema.
The Warung di Mid Valley
Assalamualaikum & Hello.
Ahad baru ni kawan nani ajak pergi Mid Valley sebab nak beli earphone katanya. Macam tak berbaloi pulak pergi situ semata mata nak beli satu benda je kan. Hahaha. 
Mee Rebus ( RM 10. 90 )
Nani suka sangat mee rebus dekat sini sebab kuah pekat dan portion dia sangat banyak. Memang kenyang sampai ke petang lah. Memula ingat nak makan mee rebus yang dekat MyNasi tapi sebab teringin nak makan rojak buah jugak, tu pasal pergi The Warung.
Rojak Buah Single ( RM 6. 90 )
Kuah rojak dia pun memang marveles. Ada buah mempelam, jambu batu, timun, sengkuang dengan tembikai susu. Makan tak pandang kiri kanan dah. Hahaha ! 
Nasi Lemak Ayam ( RM 12. 90 )
Kemain lagi makan tu kan sampai tak sedar orang ambik gambar. Hahaha. Kitorang tak order air pun sebab masa tu dah beli Chatime lepas tengok wayang. Ihiks ! 
Jalan Jalan KLCC
Assalamualaikum & Hello.
Sabtu minggu lepas kawan Nani ni memang buat movie marathon betul sampai dua movie terus nak tengok. Hahah. Tapi Nani tengok mission impossible aje sebab petang tu ada hal lain, tak dapat lah nak tengok paper town walaupun sebenarnya nak sangat tengok T_T
Tiket wayang entah dekat mana Nani letak hari tu, ni gambar dari Google. Hewhew. Tapi superb gila best mission impossible ni. Nani rasa dari mula mula tengok sampai lah yang kali ni punya memang puas hati & berbaloi lah rasa. Rugi kalau tak tengok uolss :P
Sebelum balik masuk KFC beli makanan untuk dinner siap siap. Malas dah nak fikir masa tu, fast food jugak jadi pilihan. Hahaha ! 
Subscribe to:
Comments (Atom)




























