Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rasanya tak terlambat lagi untuk Nani ucapkan selamat tahun baru. So, setakat ni macam mana korang punya tahun 2020? Masih okay atau dah ada benda benda yang tak best jadi? Heheh. Nani baru hari ni ada mood nak update blog (padahal azam baru nak rajin kan diri update blog, hah macam mana eh tu). Tak apa, kita slow slow back on track. Gituh! Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi benda benda yang tak best yang jadi, harap harap memang tak ada lah. Actually hari ni nak share dengan korang pasal Basque Burnt Cheese Cake. Semestinya bukan yang Nani buat ye. Hahah! Dulu pernah tau Nani buat cheese cake yang japanese tu tak silap, tapi tak menjadi. Sedih betul rasa; dah lah bahan bahan nak buat tu boleh tahan juga harganya. Konon tengok dekat Youtube, nampak senang betul dia buat. Tapi bila sendiri yang try buat, kelaut habis. Jadi macam puding okay cheese cake yang Nani buat tu. Jangan tanya kenapa jadi puding dan bukannya kek, Nani sendiri pun tak tahu. Hahaha! Tak tahu lah step mana yang salah dan sejak dari tu, memang tak pernah dah buat sendiri cheese cake, kalau rasa teringin nak makan memang beli aje.
Sebenarnya memang dah lama sangat nak try basque burnt cheesecake ni, tapi Nani tak pernah jumpa yang orang jual per slice. Kalau tengok dekat Facebook atau pun Instagram, kebanyakkan nya jual satu kek yang besar tu dan harga pun memang boleh tahan kalau satu kek tu. Nani ni duduk sorang aje, siapa pulak nak makan kalau beli banyak banyak. Hahah! Kebetulan hari tu ada kawan call cakap nak bagi barang. Ingatkan apa, rupanya basque burnt cheesecake. Eh macam macam tahu tahu aje apa yang orang nak makan.
Baru suapan pertama pun dah terasa nikmatnya cheesecake ni. Sedaap kemain okay! Nama pun burnt cheesecake memang atas tu ada rasa pahit pahit sikit tapi sumpah sedap. Lupa pulak nak tanya dia beli dekat mana hari tu. Cuma cheesecake ni bila makan banyak, dia jadi macam muak sikit. Hari tu dua tiga kali jugaklah repeat makan cheesecake ni nak bagi habis satu slice. Makan pun sikit sikit aje sebab takut cepat habis. Hahaha dasar Nani! Nani rasa dekat Secret Recipe tak ada burnt cheesecake ni, kalau korang teringin nak rasa, boleh cari dekat Instagram atau pun Facebook. Memang ramai sangat dah orang yang jual cake ni, cumanya nak jumpa yang jual per slice tu susah sikit. Macam teringin juga nak try buat sendiri, tapi takut kejadian yang sama dulu jadi balik. Hahah! Tak apa lah, daripada membazir buat kek tapi tak menjadi, baik beli aje lah. Dah sah sah orang yang jual tu buat lagi sedap. Korang dah pernah try ke makan basque burnt cheesecake ni?