Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang ni memang jarang jarang jumpa tempat yang ada buat tradisi rewang bila kenduri kahwin atau pun majlis tertentu. Zaman sekarang memang selalu nya orang akan ambil pakerj katering. Kan? Tapi kalau dekat kampung still lagi ada aktiviti merewang ni dan memang meriah sangat waktu tu. Rumah nenek Nani pulak dekat felda, lagi lah ramai jiran yang datang tolong. Empat hari sebelum kenduri pun dah terasa meriah, sebab dia orang dah start datang hantar barang barang yang dia orang nak sedekah & tolong kemas apa yang patut. Kita orang yang tuan rumah ni pulak sampai tak ada kerja nak buat untuk memasak tu semua. Cuma settle kan bahagian goodies bag, bunga telur macam tu aje. Seronok dapat tengok suasana macam tu, sampai kan semua jiran nenek Nani tu pun Nani panggil 'nenek' jugak. Hahahah! Iya lah, nak panggil mak cik macam tak kena pulak. So gasak lah semua ku panggil nenek 😆 Sebelum majlis memang dah bahagi tugas siap siap, memang smooth aje semua.
Nasi manis ni buat dua hari sebelum kenduri. First time seumur hidup tengok orang buat nasi manis. Daaan baru ku tahu jugak nasi manis ni ada banyak nama. Kalau belah utara, orang panggil pulut kacau kan, ada jugak sesetengah orang yang panggil wajik. Nani duduk sekejap aje dekat kawah ni pun dah tak tahan dengan asap + panas, tapi nenek tu semua steady je weh. Omg! Nani duduk kejap, tolong kacau sekali lepas tu ambil gambar & masuk rumah. Heheh. Lagi pun ramai time tu yang tolong kacau, so kita undur diri.
Saja nak ulang tayang gambar gulai keladi hari tu. Ni pun nenek nenek tu yang masak. Senang cerita, memang semua makanan sepanjang nak kenduri dan hari kenduri semua nya air tangan jiran jiran nenek Nani. Dah lah laju gila dia orang masak. Kejap kang tengok lauk ni dah siap, lepas tu nanti eh dah hidang atas meja. Fuhh! Bila banyak tenaga kerj, memang kejap aje kan jadi.
Sehari sebelum kenduri paaaling sibuk sebab hari tu lah dia orang datang tolong potong bawang, sediakan bahan bahan untuk kenduri esoknya. So kita orang satu family masak laksa dengan cucur udang. Kuah laksa ni malam tu lagi dah masak sebab sedap sikit bila kuah ni masak awal. Nenek Nani cakap tak ramai yang datang sekali ramai. Habis licin 10 bungkus laksa hari tu.
Hari tu dapat lah jugak makan durian seulas sorang. Hahah! Kali ni durian dekat kampung Nani tak berapa menjadi sangat. Ini pun durian dekat rumah mak cik Nani. Dapat lah makan sikit sorang. Nak beli mahal sangat, sampai sekilo RM 15. Itu pun buah belum tentu elok. Apa pun memang kenduri kali ni, paling terasa penat dia tapi tetap lah seronok. Heheh. Maklumlah dah lama tak kenduri besar, ini pulak adik bongsu ibu Nani so tetamu tu mesti lah ramai jugak kan. Nani dah seminggu habis kenduri, baru rasa normal balik. Kah! Nasib baik ada jiran jiran nenek Nani yang tolong. Seronok bila kenduri dekat kampung ni sebab ada rewang lah. Korang amalkan lagi tradisi rewang ni?