Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum & Hello
Hai korang! Rasanya tak terlambat lagi untuk Nani ucapkan selamat tahun baru. So, setakat ni macam mana korang punya tahun 2020? Masih okay atau dah ada benda benda yang tak best jadi? Heheh. Nani baru hari ni ada mood nak update blog (padahal azam baru nak rajin kan diri update blog, hah macam mana eh tu). Tak apa, kita slow slow back on track. Gituh! Alhamdulillah setakat ni tak ada lagi benda benda yang tak best yang jadi, harap harap memang tak ada lah. Actually hari ni nak share dengan korang pasal Basque Burnt Cheese Cake. Semestinya bukan yang Nani buat ye. Hahah! Dulu pernah tau Nani buat cheese cake yang japanese tu tak silap, tapi tak menjadi. Sedih betul rasa; dah lah bahan bahan nak buat tu boleh tahan juga harganya. Konon tengok dekat Youtube, nampak senang betul dia buat. Tapi bila sendiri yang try buat, kelaut habis. Jadi macam puding okay cheese cake yang Nani buat tu. Jangan tanya kenapa jadi puding dan bukannya kek, Nani sendiri pun tak tahu. Hahaha! Tak tahu lah step mana yang salah dan sejak dari tu, memang tak pernah dah buat sendiri cheese cake, kalau rasa teringin nak makan memang beli aje. 
Basque Burnt Cheesecake
 Sebenarnya memang dah lama sangat nak try basque burnt cheesecake ni, tapi Nani tak pernah jumpa yang orang jual per slice. Kalau tengok dekat Facebook atau pun Instagram, kebanyakkan nya jual satu kek yang besar tu dan harga pun memang boleh tahan kalau satu kek tu. Nani ni duduk sorang aje, siapa pulak nak makan kalau beli banyak banyak. Hahah!  Kebetulan hari tu ada kawan call cakap nak bagi barang. Ingatkan apa, rupanya basque burnt cheesecake. Eh macam macam tahu tahu aje apa yang orang nak makan. 
Basque Burnt Cheesecake
Baru suapan pertama pun dah terasa nikmatnya cheesecake ni. Sedaap kemain okay! Nama pun burnt cheesecake memang atas tu ada rasa pahit pahit sikit tapi sumpah sedap. Lupa pulak nak tanya dia beli dekat mana hari tu. Cuma cheesecake ni bila makan banyak, dia jadi macam muak sikit. Hari tu dua tiga kali jugaklah repeat makan cheesecake ni nak bagi habis satu slice. Makan pun sikit sikit aje sebab takut cepat habis. Hahaha dasar Nani! Nani rasa dekat Secret Recipe tak ada burnt cheesecake ni, kalau korang teringin nak rasa, boleh cari dekat Instagram atau pun Facebook. Memang ramai sangat dah orang yang jual cake ni, cumanya nak jumpa yang jual per slice tu susah sikit. Macam teringin juga nak try buat sendiri, tapi takut kejadian yang sama dulu jadi balik. Hahah! Tak apa lah, daripada membazir buat kek tapi tak menjadi, baik beli aje lah. Dah sah sah orang yang jual tu buat lagi sedap. Korang dah pernah try ke makan basque burnt cheesecake ni? 

14 comments:

  1. Rezeki tak disangka. Moga murah rezeki kawan Nani tu. Saya pun belum dapat makan lagi. Betul tak jumpa sepotong kek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann susah betul nak jumpa orang yang jual per slice. Selalunya dia orang jual yang one whole cake, siapa nak makan kalau banyak banyak. Hahah!

      Delete
  2. sekarang ni trend kek burn cheesecake kan.. ramai yang share pasal kek ni. nanti saya nak try buat la. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass! Sana sini orang jual burnt cheesecake. Aaaa rajinnya, nanti kalau menjadi boleh lah share resepi. Hiks :)

      Delete
  3. uish.. terliur kite tgk..
    rs nk mkn cheesecake plak.. haha

    ReplyDelete
  4. tengok pun dah tau sedap, aduhai dahla tak pernah try lg burnt cheese cake nih, apa2 kek cheese mesti sedap punya lahai

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. Allahu menggoda nya. kat daerah kami ni belum dijumpai lagi la kek ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Sedaap wakk! Nanti kalau dah ada, try tau!

      Delete
  6. belum pernah rasa tula sbb orang jual sbijik.
    kat area Bangi ni pun memang sbijik. hehe sapa nak tolong makan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah kan Siti. Memang ramai yang jual sebijik, jenuh nak habiskan kalau macam tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page