Marrybrown Tawarkan Promosi Jimat Jumaat

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat tegar ayam goreng dekat sini? Haa hari ni Nani ada satu benda best nak kongsikan dengan korang tau. Nak tahu apa yang best sangat tu, kena lah baca entry Nani ni sampai habis, yang pasti ia nya sangat berbaloi. Untuk Nani yang memang peminat ayam goreng ni, memang rasa seronok betul lah bila dapat tahu yang sekarang ni Marrybrown Menawarkan Promosi Jimat Jumaat. Nani pun baru juga tahu sebenarnya tentang promosi ni sebab kebetulan hari Jumaat lepas, Nani jalan jalan dekat Citta Mall & ternampak pula Promo Jimat Jumaat dekat outlet Marrybrown sana. Memang tak fikir banyak kali dah, terus aje kita lunch dekat situ. Marrybrown ni antara salah satu tempat fav Nani juga & selalunya Nani akan order Nasi Marrybrown bila makan dekat sini. Sedap sangat okay, sambal yang secukup rasa, ayam goreng rangup fuhh memang puas hatilah bila makan. Tapi kalau asyik makan menu yang sama pun bosan juga kan, so hari tu Nani order Promo Jimat  Jumaat ni pula. 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Tengoklah muka tu kemain bahagia lagi bila nampak ayam goreng depan mata. Hahah! Untuk setiap pembelian Promo Jimat Jumaat ni, kita akan dapat lima ketul ayam goreng dan lima ketul nugget ayam dari harga RM 19.90. Fuhh memang berbaloi sangat kan, dah lah portion banyak. Boleh ajak kawan kawan tak pun family makan sama sama dekat Marrybrown nanti. Tapi promo ni hanya valid pada hari Jumaat sahaja tau, kalau korang pergi Marrybrown selain dari hari Jumaat memang tak akan dapatlah promo ni. Ingat tau, Jumaat sahaja! 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Satu yang Nani suka dengan Marrybrown ni, ayam goreng dekat sini semuanya besar besar dan rangup sangat. Puas hati betul bila dapat ayam yang macam ni, makan seketul pun dah kenyang okay! Macam biasa, kita boleh pilih sama ada nak ayam flavour spicy atau pun original. Fav Nani mestilah yang spicy. Fuhh memang sedap, makan pula time panas panas tu memang tak pandang kiri kanan dah. Hahah!
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Tengoklah tu, besar besar kan ayam goreng Marrybrown. Oh ye, untuk Promo Jimat Jumaat ni ia tak didatangkan sekali dengan air tau so korang kena add on lain untuk air dan promo ni hanya valid untuk dine in sahaja. So lepas ni boleh lah ajak family & kawan kawan ke Marrybrown yang terdekat. Korang boleh dapatkan Promo Jimat Jumaat di mana mana outlet Marrybrown kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang.
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Macam yang Nani cakap tadi, Promosi Jimat Jumaat ni hanya sah pada hari Jumaat bermula dari 20/9 sehingga 01/11 sahaja dan sementara stok masih ada. Jangan terlepas pula tau tarikh tarikh ni, nanti kang menyesal tak sudah. Heheh. Bila dah penat sangat menghadap macam macam kerja selama lima hari, apa salahnya kan kalau hari Jumaat tu kita reward diri sendiri dengan makan sedap sedap dekat Marrybrown. 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
 Promo Jimat Jumaat di Marrybrown (RM 21.20 termasuk 6% SST). 
Promo Jimat Jumaat di Marrybrown
Walaupun korang nampak ada dua set atas meja tu tapi haipp satu lagi tu kawan Nani punya okay! Lima ketul tu memang banyak, tak mampu lah kita nak habis kan sorang diri. Kenyang sangat dah, next time kalau nak order Promo Jimat Jumaat ni kena ajak ramai ramai baru syok. Korang pun jangan lupa tau singgah mana mana cawangan Marrybrown untuk dapatkan Promo Jimat Jumaat ni. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang promosi di Marrybrown, korang boleh rujuk link di bawah ni okay. Selamat mencuba! 



12 comments:

  1. Wah cepat-cepat siapa yang teringin nak makan marrybrown, sekarang la masanya xD

    ReplyDelete
  2. Jumaat ni kena serbu Marrybrown nii

    ReplyDelete
  3. Suka gila nasi lemak diaa cuma sambal tu sikit sangat :(

    ReplyDelete
  4. terliur tengok ayam gorengnya tu, nampak ranggup sangat

    ReplyDelete
  5. Tak boleh jadi nie.. Jumaat nie kena try juga nie

    ReplyDelete
  6. sedapnya tengok ayam dia besar2. tapi sini mcm susah nak cari

    ReplyDelete
  7. amboi tak nak lanjer kak ana ke Nani :)

    ReplyDelete
  8. Siapa je tak happy kalau dapat ayam banyak macam tu, dah la besar rangup pulak tu dengan harga murah! Memang berbaloi ayam lain macam ni

    ReplyDelete
  9. Berbaloi dapt bli time promosi jimat jumaat nie kan..next friday kite nak trjah marrybrown la..

    ReplyDelete
  10. dekat kelantan paling dekat dengan mek 80km marrybrown ni. di kuala krai. sedap pulak tengok nani menjamu selera dengan marrybrown ni.

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan ayam goreng MB ni. sedap juga! boleh rebut promo ni haa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page