Balik Kampung | Macam Macam Ada

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni sempena cuti Hari Pertabalan Agong, kita balik kampung semalaman. Macam biasa, bila balik kampung ni memang antara benda yang paling nikmat. Masa ni lah kau nak request macam macam makanan. Tapi kalau tak request oun, tetap jugak terhidang macam macam kan. Gitu lah kalau sekali sekala balik kampung. Paling best sekali bila sekarang ni tengah musim buah, sebut aje nak buah apa semua ada. Belakang rumah wan Nani ni ada pokok manggis tau, boleh lah petik aje dekat pokok lepas tu terus makan. Memang betul betul fresh okay! Nani balik hari tu sebab wan ajak tolong dia buat nasi ayam. Nani yang pernah sekali dua aje masak nasi ayam ni, memang ingat ingat lupa lah. Hahah! Kejap kejap kang WhatsApp ibu tanya resepi macam mana. Kahkah! Sebenarnya nasi ayam ni antara menu yang paling cepat nak buat, tapi kalau dah tak ingat resepi tu memang lama lah baru nak siap. Tapi nasib baik menjadi jugak nasi ayam hari tu dengan bantuan tangan tangan lain sama. Fuhh berpeluh jugak lah kita dekat dapur buat nasi ayam untuk makan ramai. Hahah! 
 Ini lah dia rupa nasi ayam homemade yang Nani hari tu. Bertambah tambah lah semua orang makan nasi. Hahaha! Nasi tu nenek Nani yang masak, sebab untuk makan ramai kan. Nani tak pandai nak sukat air kalau masak banyak ni, takut kang terkeras sangat atau lembik sangat. Hahah! Lain lain tu semua buat sendiri. Cuma sambal tu tak berapa pedas padahal banyak jugak dah kisarkan lada haritu. Nasi ayam kali ni tak ada tomato sebab selalunya semua orang pandang aje tomato tu. Hahah! So, daripada membazir baik tak payah beli terus. 
 First time perap ayam sampai dua ekor. Nervous jugaklah buat sebab takut tak sedap. Hahah! Ayam ni Nani rebus dulu dalam air yang ada tumisan bawang, kiub ayam & kunyit serbuk sikit. Bila ayam tu dah masak angkat toskan air tu. Air rebusan ayam tu jangan buang pulak okay, tu kita guna untuk masak nasi nanti. Lepas dah toskan ayam tu, perap lah dekat halia yang dah ditumbuk lumat, kicap pekat, sos tiram dengan madu sikit. Nani letak madu nak bagi ayam nampak berkilat & ada rasa manis manis sikit. Garam tak letak dah sebab kicap tu dah sedia masin. Lepas tu goreng sampai lah garing. Sedap tau sebab rangup dekat luar, lembut dekat dalam. 
 Ini pulak kuih tepung bungkus. Sedaaap kuih ni, buat dia guna tepung pulut lepas tu dalam tu ada inti kelapa yang dah dimasak dengan gula melaka. Nenek Nani cakap ni kuih orang zaman dulu dulu. Hahah! Kuih kuih tradisional ni jangan lah tanya resepinya macam mana, memang tak tahu. Tahu makan aje. Hari tu tengok nenek Nani buat nampak macam senang, tapi kalau dah tak biasa buat tu, memang tak ada 'istilah' senang lah. Nanti lah bila bila kita balik menuntut ilmu buat kuih kuih tradisional ni pulak. 
 Buah manggis fresh baru petik dari pokok belakang rumah. Petang tu habis nenek Nani kerah suruh pergi belakang rumah kutip buah manggis. Mula nak makan dekat area pokok tu aje tapi sebab banyak sangat nyamuk, tak jadi nak makan situ. Hahaha! Dapatlah sebakul kecil buah manggis buat makan petang tu. Sedap woo dapat makan buah manggis yang manis manis ni. Nikmat! 
Nasi kerabu ni pulak beli dekat pasar pagi. Nasi kerabu daging & nasi kerabu ayam ni dekat kampung baru RM 3 sebungkus. Murah dia tak boleh bawa bincang! Hahah! Nasi banyak, setiap suapan pun ada daging sekali. Punya lah tak berkira kan mak cik mak cik dekat sini menjual. Dah lah sedap pulak tu. Kalau dekat bandar, tak jumpa dah macam ni. Kalau tiga ringgit tu ibaratnya nasi kerabu lauk ikan masin aje lah yang dapatnya. Memang tak akan jumpa nasi kerabu lauk sedap sedap macam ni hah. Agaknya kalau RM50 dekat kampung ni, seminggu pun boleh tahan sebab makanan semua murah sangat. Hahaha! Dikesempatan yang ada ni, Nani nak ucapkan Salam Aidiladha untuk semua yang singgah ke blog Nani. Korang balik kampung mana & bila tu? 

4 comments:

  1. Hai. Sedapnya nasi kerabu tu. Dah lama tak makan. Tetiba teringin pula hehe 🀭

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Nani..rajin dah anak dara ni masak ha...seronok kan sesekali balik berkumpul kat kampung walau sekejap je cuti

    ReplyDelete
  3. lapar tgk menu2 tu smua..dugaan tgh puasa..kuih tepung bungkus tu fav

    ReplyDelete
  4. klu balik kampung mmg xleh bawak bincang banyak dia punya makanan..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page