Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni meriah sikit lah menu kita sebab balik Pahang. Kalau duduk sini, hari hari lah hadap nasi bungkus tu hah sampai naik jemu dah kadang kadang. Hahah! Bila balik Pahang ni, menu yang wajib ada mesti lah gulai tempoyak ikan patin. Nikmat betul rasa dapat makan gulai tempoyak. Kah! Nasib baik lah Kuala Lumpur - Jerantut ni tiga jam aje perjalanan, boleh lah balik selalu bila rasa rindu dengan air tangan ibu sendiri. Kebetulan pulak baru ni abah Nani ada meeting dekat Cameron Highlands, so kita balik lah teman ibu dekat rumah sambil sambil tu dapat lah jugak rasa strawberry & jagung fresh all the way from Cameron Highlands. Hahah! Elok betul timing balik Pahang kali ni hah. Sebelum balik Pahang kemain lagi plan nak masak macam macam dekat rumah, tapi bila dah sampai kelaut semua. Balik weekend ni memang tak sempat mana lah nak masak itu ini, nanti lah tunggu cuti Raya esok kita masak lah puas puas dekat rumah. Advanced betul ni dia punya fikir, dah smapai Raya! Amboi Nani! 
Macam biasa, bila gulai ikan patin tempoyak ni mesti lah ibu yang masak. Seminggu sebelum balik Pahang lagi, dah WhatsApp ibu siap siap nak makan gulai ikan patin tempoyak. Kemain lagi dia punya request tu kan. Hahah! Sayur dalam peti ais semua dah tak ada, yang tinggal cendawan aje. Mula mula ingat nak buat sayur tumis aje cendawan tetiba last minute tukar, buat goreng tepung. Sedap okay, cendawan celup tepung makan panas panas. Rangup! 
Nani hari tu first time guna tepung jenama bestari, sedap jugak rupanya. Sebelum ni guna jenama lain, tak pernah try pun jenama besatri tu. Lepas dah viral dekat Twitter rasanya baru terdetik nak beli. Hahah! Pengaruh Twitter ssangat! Tapi memang sedap & lepas ni nak stick dengan jenama bestari ni lah. Cendawan goreng ni paling senang nak buat atas muka bumi ni. Kalau guna tepung jenama bestari tu lagi lah senang, tak payah tambah garam apa semua dah. Nani haritu gaulkan cendawan tu dengan telur lepas tu celup dalam tepung & goreng sampai garing. Siapp! 
Hari Jumaat hari tu, sampai sampai aje rumah gigih buat karipap inti kentang. Resepi Nani dah pernah share dulu, korang boleh check dekat sidebar blog okay! Tengok dekat dapur ada tiga biji ubi kentang, terus lah buat sebab teringin sangat nak makan. Tak nak beli sebab selalunya tak sedap lepas tu angin aje yang banyak. Hahahah! So, kita buatlah sendiri dalam 20 biji macam tu, masukkan dalam peti ais. Bila bila nak makan atau pun lapar time tengah malam, boleh lah goreng aje. Senang kerja kita. Cuma yang 'leceh' sikit bila buat karipap ni time nak nipiskan tepung tu, mashaAlllah penat dia. Hahah! Tapi dah nak makan tu, buat aje lah kan. Heheh. Sekarang dah kira pro lah buat karipap ni. Eh? 😜


10 comments:

  1. tepung bestari mmg femes tp akak pn t pernh guna..slalu juga tgk kwn2 guna

    ReplyDelete
  2. First time dengar karipap inti kacang.. menarik ni

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok patin masak tempoyak tu. Aish bila lah nk dpt makan lagi.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, tepung jenama Bestari ni berhantu betul ya. My sisters and my mum tak habis-habis cakap pasal tepung Bestari ni.

    ReplyDelete
  5. patin msk tempoyak tu alahai sedapnya nani...

    mcm akak yg dh tua ni pun klu nk blaik kg mesti bgtau mak dulu nk mkn apa... ehehhe permintaan mcm2 kdg tuh

    karipap inti kcg tu kcg panjang ye nani? kira rajin la ni bt karipap lg dia

    ReplyDelete
  6. mak aihh terliurnya patin tempoyak tu.. pekat nau kuahnyaaa T_T

    ReplyDelete
  7. memang berbaloi beli tepung bistari tu nani! Bila dah selalu pakai beli pack yang besar terus, memang puas hati nak pulak kalau hot & spicy.

    https://www.farhanajafri.com/

    ReplyDelete
  8. busyra pernah cuba sekali makan ikan patin. itupun kwn dengan org pahang masa uitm dulu. lembut je isinya.. sedap!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page