Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni meriah sikit lah menu kita sebab
balik Pahang. Kalau duduk sini, hari hari lah hadap nasi bungkus tu hah sampai
naik jemu dah kadang kadang. Hahah! Bila balik Pahang ni, menu yang wajib ada
mesti lah gulai tempoyak ikan patin. Nikmat betul rasa dapat makan gulai
tempoyak. Kah! Nasib baik lah Kuala Lumpur - Jerantut ni tiga jam aje
perjalanan, boleh lah balik selalu bila rasa rindu dengan air tangan ibu
sendiri. Kebetulan pulak baru ni abah Nani ada meeting dekat Cameron Highlands,
so kita balik lah teman ibu dekat rumah sambil sambil tu dapat lah jugak rasa
strawberry & jagung fresh all the way from Cameron Highlands. Hahah! Elok
betul timing balik Pahang kali ni hah. Sebelum balik Pahang kemain lagi plan
nak masak macam macam dekat rumah, tapi bila dah sampai kelaut semua. Balik
weekend ni memang tak sempat mana lah nak masak itu ini, nanti lah tunggu cuti
Raya esok kita masak lah puas puas dekat rumah. Advanced betul ni dia punya
fikir, dah smapai Raya! Amboi Nani!
Macam
biasa, bila gulai ikan patin tempoyak ni mesti lah ibu yang masak. Seminggu
sebelum balik Pahang lagi, dah WhatsApp ibu siap siap nak makan gulai ikan
patin tempoyak. Kemain lagi dia punya request tu kan. Hahah! Sayur dalam peti
ais semua dah tak ada, yang tinggal cendawan aje. Mula mula ingat nak buat
sayur tumis aje cendawan tetiba last minute tukar, buat goreng tepung. Sedap
okay, cendawan celup tepung makan panas panas. Rangup!
Nani
hari tu first time guna tepung jenama bestari, sedap jugak rupanya. Sebelum ni
guna jenama lain, tak pernah try pun jenama besatri tu. Lepas dah viral dekat
Twitter rasanya baru terdetik nak beli. Hahah! Pengaruh Twitter ssangat! Tapi
memang sedap & lepas ni nak stick dengan jenama bestari ni lah. Cendawan
goreng ni paling senang nak buat atas muka bumi ni. Kalau guna tepung jenama
bestari tu lagi lah senang, tak payah tambah garam apa semua dah. Nani haritu
gaulkan cendawan tu dengan telur lepas tu celup dalam tepung & goreng
sampai garing. Siapp!
Hari Jumaat hari tu, sampai sampai aje rumah gigih buat
karipap inti kentang. Resepi Nani dah pernah share dulu, korang boleh check
dekat sidebar blog okay! Tengok dekat dapur ada tiga biji ubi kentang, terus
lah buat sebab teringin sangat nak makan. Tak nak beli sebab selalunya tak
sedap lepas tu angin aje yang banyak. Hahahah! So, kita buatlah sendiri dalam
20 biji macam tu, masukkan dalam peti ais. Bila bila nak makan atau pun lapar
time tengah malam, boleh lah goreng aje. Senang kerja kita. Cuma yang 'leceh'
sikit bila buat karipap ni time nak nipiskan tepung tu, mashaAlllah penat dia.
Hahah! Tapi dah nak makan tu, buat aje lah kan. Heheh. Sekarang dah kira pro
lah buat karipap ni. Eh? 😜
tepung bestari mmg femes tp akak pn t pernh guna..slalu juga tgk kwn2 guna
ReplyDeleteamboi rajinnya dia msk..:)
ReplyDeleteFirst time dengar karipap inti kacang.. menarik ni
ReplyDeleteTerliur tengok patin masak tempoyak tu. Aish bila lah nk dpt makan lagi.
ReplyDeleteYa Allah, tepung jenama Bestari ni berhantu betul ya. My sisters and my mum tak habis-habis cakap pasal tepung Bestari ni.
ReplyDeletepatin msk tempoyak tu alahai sedapnya nani...
ReplyDeletemcm akak yg dh tua ni pun klu nk blaik kg mesti bgtau mak dulu nk mkn apa... ehehhe permintaan mcm2 kdg tuh
karipap inti kcg tu kcg panjang ye nani? kira rajin la ni bt karipap lg dia
mak aihh terliurnya patin tempoyak tu.. pekat nau kuahnyaaa T_T
ReplyDeletememang berbaloi beli tepung bistari tu nani! Bila dah selalu pakai beli pack yang besar terus, memang puas hati nak pulak kalau hot & spicy.
ReplyDeletehttps://www.farhanajafri.com/
Sedapppnya
ReplyDeletebusyra pernah cuba sekali makan ikan patin. itupun kwn dengan org pahang masa uitm dulu. lembut je isinya.. sedap!
ReplyDelete