Aiskrim Unicornetto Baru

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk 1 February pun hari ni, rasa macam eh cepatnya dah habis bulan January. Bulan dua ni akan banyak ulang alik KL - Pahang sebab ada kenduri kahwin pak cik Nani. Kawan sekolah pun ada jugak yang nak kahwin bulan ni so tiga minggu berturut turut lah balik Pahang. Paling suka attend kenduri kahwin kawan sekolah ni, bukan apa masa ni lah nak buat catch up session dengan semua orang. Tambah pulak dulu duduk asrama dari form one sampai form five, memang dia punya rapat tu lain macam lah. Hahah! Okay lah back to the topic, korang dah pernah try ke Aiskrim Unicorn yang baru ni? Nani tahu kewujudan aiskrim ni melalui Twitter. Bila scroll aje semua tunjuk gambar aiskrim unicorn. Macam biasa, bila benda benda baru ni, wajib lah kita try kan. Heheh. Haritu aiskrim oreo yang orang viralkan, sekarang unicorn pulak dah. Macam macam jenis aiskrim ada sekarang ni. Dengan cuaca sekarang yang panas terik, memang layan lah makan aiskrim ni kan. So, sedap ke tidak Aiskrim Unicorn ni? 
Pada Nani aiskrim ni biasa biasa aje, cumanya ada macam strawberry punya flavour sikit & cone warna merah. Baca dekat Twitter ramai cakap sedap tapi tu lah Nani tak suka sangat. Hahah! Rasa macam over rated aiskrim ni. Tapi okay aje kalau nak makan, bukan lah teruk sangat rasa aiskrim ni. Cuma Nani rasa lebih kurang aje dengan aiskrim lain. Hiks :) Unik jugaklah bila unicorn pun boleh dijadikan aiskrim. 
Ini lah rupa aiskrim unicorn yang Nani beli tu. Colourful! Kalau korang peminat aiskrim boleh lah try aiskrim unicorn ni pulak. Nani jenis suka try benda benda baru macam ni, tapi kalau tak berapa kena dengan tekak, memang itu first and last lah beli. Hahah! Next time nak try aiskrim yang dekat myNEWS tu pulak. Aiskrim dekat situ pun orang cakap sedap. Tapi tak semua myNEWS lah ada jual, rasanya dekat kiosk yang besar aje ada jual. 
Murah aje Aiskrim Unicorn ni, standard harga aiskrim cornetto yang lain. Heheh. Hari tu Nani beli dekat 7Eleven aiskrim ni, itu pun lepas dah dua kali pergi baru ada jual. Biasa lah bila mula mula keluar memang jadi rebutan lah, semua nak try rasa. Nani ada satu mart tu yang Nani teringin sangat nak pergi dekat Petaling Jaya (Hungry People). Dekat situ ada macam macam jenis aiskrim jual, aiskrim yang susah nak jumpa dekat kedai biasa. Selalu tengok orang makan tapi itu lah, kalau dari Gombak nak pergi PJ semata mata nak beli aiskrim macam gigih sangat kan. Hahah! Tengok lah nanti bila bila ada kerajinan boleh lah pergi. Anyway, happy weekend everyone! Ada yang cuti ke Isnin nanti? Mana tahu ada yang nak terus sambung dengan cuti Chineese New Year. Hiks :)

11 comments:

  1. Warnanya tu yang menarik dan buat tertarik.

    ReplyDelete
  2. ada juga tgk org share eskrem unicorn ni tp tk jmpa lg..nanti la nk try juga tgk rs camne hehe..oh kon die color merah ek...hah yg hungry people tu nk pi juga tp tk pi2 lg sbb ada mcm2 eskrem sedap2 haha

    ReplyDelete
  3. Presentation colorful dah tu. Kak ana kalau cornetto dari dulu suka coklat dengan strawberry dia je nani.

    ReplyDelete
  4. Biasa-biasa je ke rasanya? Tapi ais krim dia cantik. Mungkin sebab tu jadi viral :D

    ReplyDelete
  5. kenapa sha beli haritu 3.00 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  6. Rasa dia biasa ja aiskrim ni cumanya cantik la tu ja haha. Dah lama tak berblogwalking. Haiii! :)

    ReplyDelete
  7. hai nani! wahh dah rasa ice cream unicornetto. nti kena try gak lah hehe

    ReplyDelete
  8. baru makan gak haritu. rasa dia biasa je tpi not bad jugakla, saya suka :p

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi aiskrim ni..mungkin akan cuba beli juga nanti..rasa sekali jadilah kan

    ReplyDelete
  10. wes menarikkkkk. nk beli la kalau jumpa

    ReplyDelete
  11. kite suka.. sebenarnya x suka sngt flavor strobery tapi yang ni okayla.
    not the most delicious one tapi okayla not bad =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page