Syawal 1439H

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat Hari Raya! Dah banyak ke jemputan open house yang korang dapat? Nani setakat ni tak ada lagi dapat invitation. Hahaha! Selalu dah hujung hujung Syawal nanti baru lah banyak jemputan sampai tak terpergi semua. Hari ni baru ada kerajinan nak menulis pasal Syawal baru ni. Nak lah jugak abadikan dalam blog ni, boleh baca semula bila dah tua nanti. Hahaha! Macam biasa, setiap tahun Nani akan beraya dekat Pahang. Masih belum berhijrah ke negeri lain lagi setakat ni. Eh? Ehem. Macam biasa setiap tahun wajib buat lemang dengan rendang kalau dekat rumah ni. Nampak macam rumit and susah kan nak buat lemang ni tapi kalau dah biasa, sekejap aje dah boleh siap. Cuma nak bakar lemang tu aje yang ambil masa lama sikit. Sebab dekat rumah ni abah soranga aje  lelaki, memang abah aje lah yang membakar lemangnya. Hahaha! Nani setakat masukkan beras pulut dalam buluh tu boleh lah, lebih lebih tak pandai jugak. Eheh. Memang setiap kali Raya pertama, tak ada menu lain dekat rumah ni selain daripada lemang. Lagi pun hari Raya pertama tak pernah ada dekat rumah pun, beraya rumah saudara mara apa semua. Gitu. Start Raya kedua hah memang penuh lah tetamu dekat rumah. 

 Raya kali ni sampai dua kali buat lemang. Sehari sebelum Raya dah buat dalam empat kilo, lepas tu Raya ke berepa entah hari tu kita orang buat lagi sekali sebab masing - masing tak puas makan lemang. Hahah! Rasa macam gigih sangat sampai dua kali buat lemang. 
 Lemang makan dengan sambal sardin dengan kari kambing memang ngam sangat. Ini lemang yang kali kedua kita orang buat. Pagi Raya macam biasa lah makan dengan rendang ayam & daging. Tahun ni ibu Nani rajin terlebih sikit, tu yang buat sampai dua jenis rendang terus. Tapi itu lah, apa entah masalah aku tahun ni sampai terlupa nak ambil gambar. Hahah! Mungkin terlebih excited nak Raya. Eh? 
 Malek's Clan. 
Adik beradik abah Nani ada sembilan orang semua sekali & dalam gambar ni baru ada enam family aje. Nani pun dah ada ramai anak buah belah abah ni. Family besar, nak kenduri pun senang sebab ada banyak tenaga kerja. Hahah! Kalau semua berkumpul rasanya tak muat rumah ni. 
Baju Raya kedua, pakai songket asli. Rasa macam suka pulak pakai songket sekarang tapi itu lah nak beli banyak banyak mahal wuu. Nangis kita tengok harga kain, belum masuk upah menjahit lagi. Heheh. Anyway, Nani rasa tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya untuk korang semua. Minta maaf banyak banyak kalau ada komen Nani yang mungkin mengguris hati atau pun ada apa apa soalan yang korang tanya tapi Nani tak reply. Semoga lebaran kali ni dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita antara satu sama lain. Kosong kosong okay! Korang pulak Raya dekat mana tahun ni? Ada tak yang beraya dekat Pahang jugak? 

14 comments:

  1. meriah buat lemang and bakar lemang sdiri...openhouse dh start weeeknd lps tp tkde la byk jemputan mayb sbb rmi lg yg br pulang dr kampung..minggu ni byk juga...selamat hari raya utk nani sefamily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat ramai ramai memang seronok kak Amy. Selamat Hari Raya juga untuk kak Amy & family :)

      Delete
  2. hahaha sama lah, menangis tengok harga songket! Selamat Hari Raya Inani :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi cantik, padanlah dengan harga dia. Hahaha! Sselamat Hari Raya Farhanna :)

      Delete
  3. terbaik dapat bakar lemang, habis cair lemak yang terkumpul. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kita tukang tengok aje, nak tolong bakar rentung gamaknya!

      Delete
  4. Salam Aidilfitri.. alhamdulillah meriah. Mmg seronok dpt berkumpul sekeluarga sempena hhari raya ni. Makan pun best2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya jugak untuk abang & family!

      Delete
  5. Salam AidilFitri! Seronoknya beraya meriah dengan saudara mara, masa ni kita nak catch up (lagi bermakna bila depan2 untuk silaturrahim juga). :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass! Masa ni lah nak borak macam macam kan. Heheh. Salam Aidilfitri jugak!

      Delete
  6. Replies
    1. Sedap! Tambah pulak buat lemang sendiri kan. Heheh :)

      Delete
  7. Kak ana raya KL je dah bertahun2. Kawin pun dengan org KL. Haha. Selalu rebus ketupat tp tahun ni daun x cantik so order lontong je dgn org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnyaa lontong. Nani pun ada jugak menu lontong pagi Raya hari tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page