Bayar Zakat Secara Atas Talian Lebih Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang ni boleh katakan semua benda kita bergantung pada media sosial untuk dapatkan maklumat. Betul ke takk? Macam Nani sendiri, hari hari akan scroll Whatsapp, Twitter, Facebook dan Instagram untuk shopping dan jugak baca isu isu terkini. Sebab Nani kadang kadang tak sempat pun nak beli surat khabar, memang selalunya baca yang online punya aje lah tak pun melalui media sosial. Rasanya tak pernah lagi lah dalam sehari tu Nani tak buka langsung semua media sosial. Hahaha! Punya lah kuat kan pengaruh sosial media sekarang. Sebenarnya tak salah pun nak layan sosial media semua ni sebab ada yang jadikan sosial media sebagai platform untuk mencari rezeki, untuk bersosial dan macam macam lagi lah kan tujuan kita. Cuma kena pandai pandai lah bahagi kan masa dan jangan lah pulak sampai 24 jam pulak menghadap sosial media tu aje kerjanya. Amboi! Tu dah macam melampau sangat kan, macam dah tak ada kerja lain pulak nak buat. Hahah!
Bayar Zakat Secara Atas Talian Lebih Mudah
Seiring dengan zaman teknologi moden ni, PPZ - MAIWP juga telah mewujudkan satu medium komunikasi untuk masyarakat. Bila ada nya medium macam ni, Nani rasa memang sangat sangat membantu kita bila nak tanya soalan berkaitan zakat dan sebagainya. Dalam masa yang sama, PPZ - MAIWP juga menggunakan platform ni untuk mendekati golongan yang menggunakan media sosial. Macam yang Nani cakap tadi, sekarang ni beratus ribu orang dan mungkin jugak lebih lagi jumlah pengguna sosial media. Semua benda dah ada dekat hujung jari kan ni, memang lebih mudah.
Bayar Zakat Secara Atas Talian Lebih Mudah
Untuk pengetahuan korang, kita pun dah boleh bayar zakat secara atas talian tau sekarang. So dah tak ada lagi alasan tak sempat nak bayar zakat ke apa. Bila pihak PPZ - MAIWP dah sediakan segala jenis kemudahan ni, tanggungjawab kita lah pulak sebagai orang Islam untuk membayar zakat. Haa kalau korang belum bayar zakat fitrah bulan Ramadhan ni, boleh lah bayar secara atas talian. Lagi mudah. Hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa, jangan lupa untuk tunaikan tanggungjawab kita. Banyak sebenarnya kelebihan bayar zakat secara online ni. Nak tahu apa dia, jom baca dekat bawah ni.
 7 SEBAB BAYAR ZAKAT ONLINE LEBIH MUDAH

💙Cepat & Pantas
Hanya lebih kurang dua minit diperlukan untuk selesaikan urusan bayaran zakat anda menggunakan FPX atau debit atau kad kredit Islamik.
💙Bayaran Hanya Dihujung Jari
Tidak perlu beratur panjang di kaunter dan ianya hanya memerlukan telefon pintar, tablet, komputer dan sambungan internet untuk melakukan transaksi.
💙24 Jam, 7 Hari Seminggu
Boleh membuat bayaran semua jenis zakat pada bila bila masa dan di mana mana sahaja dengan cepat dan pantas.
💙Kira Zakat Dengan Mudah
Korang boleh jugak kira zakat yang perlu dibayar dengan mudah dan cepat dengan hanya lengkapkan borang yang boleh didapati secara ONLINE yang disediakan.
💙Kalkulator Zakat
Dengan adanya kalkulator di www.zakat.com.my korang boleh buat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui sama ada korang WAJIB berzakat atau tidak.
💙Semakan Bayaran
Boleh membuat semakan bayaran yang lepas.
💙Kemaskini Maklumat
Boleh mengemaskini maklumat peribadi, surat menyurat dengan cepat dan selamat.
Mudah sangat kan. Dua minit aje masa yang korang kena habiskan untuk bayar zakat ni. Menghadap sosial media boleh berjam jam takkan nak bayar zakat selama dua minit pun tak boleh kan. Selain daripada bayar zakat, kita pun dah boleh buat pengiraan zakat dengan lebih mudah. Senang cakap, semua benda yang disediakan ni sangat lah mudah untuk kita. Lepas ni boleh lah bagitau suami, adik beradik semua tentang bayaran zakat secara atas talian ni okay! Jangan lupa tunaikan tanggungjawab kita untuk membayar zakat. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan jugak Facebook dia orang dekat bawah ni okay!
Talian bebas tol : 1 300 88 5757
Laman Web : www.zakat.com.my



4 comments:

  1. woaaah zakat pun da boleh bayar online laa..

    ReplyDelete
  2. zaman teknologi sekarang serba mudah lah kita.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni semua benda mudah. Online je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page