Assalamualaikum & Hello.
Di zaman yang serba canggih dengan kemudahan teknologi ni, boleh dikatakan setiap hari kita terima mesej mesej yang viral tanpa kita tahu tentang kesahihannya. Kadang - kadang Nani rasa lambakan mesej viral yang macam ni buat kita memberikan pandangan dan perspektif negatif terhadap sesuatu perkara kan. Cuba bayangkan bila seseorang buat mesej yang palsu dan mesej itu disebarkan dengan sebegitu pantas maka semua menerima mesej yang salah. Nani tengok sekarang macam macam isu yang tak sahih disebarkan oleh segelintir masyarakat kita. Contohnya bila ada viral mesej tentang kehidupan keluarga yang miskin pasti ada yang menunding jari mengatakan pihak zakat tidak melakukan kerja mereka sedangkan keluarga tersebut sememangnya menerima bantuan selama ini. Lebih menyedihkan lagi mereka langsung tidak meminta maaf walaupun secara jelas mereka yang bersalah kerana menuduh pihak zakat tidak melakukan kerja dengan betul. Agak agak korang apa faktor menyebabkan benda benda macam ni terjadi?
Pada pandangan peribadi Nani, perkara macam ni terjadi sebab kurangnya konsep tabayyun yang kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Tahu tak tabayyun tu apa? Tabayyun maksudnya kita selidik dan kaji terlebih dahulu secara mendalam setiap mesej atau perkara yang kita terima sebelum kita sebarkan kepada orang lain. Secara mudahnya, tabayyun ialah proses pemeriksaan sesebuah berita atau pengkhabaran sebelum disebarkan. Bila kita amalkan konsep tabayyun ini baru lah kita dapat kurangkan masalah fitnah dan penyebaran berita yang palsu dalam kalangan masyarakat kita. Macam contoh yang Nani kongsikan dekat atas tadi tu, boleh katakan terlalu banyak perkara seperti itu berlaku terutama di media sosial sampaikan ada yang bergaduh sebab masing - masing menunding jari menuduh silap orang lain.
Sebenarnya dekat negara kita ini, setiap negeri akan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal hal yang melibatkan pengurusan dan agihan zakat. Di Pahang, kita mempunyai Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) yang akan menguruskan hal hal berkaitan zakat ini. Di Kelantan pula kita ada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan negeri negeri lain juga mempunyai pusat zakat mereka sendiri. Bagi pusat pungutan zakat Wilayah Persektuan pula semua kutipan zakat dilakukan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP manakala agihan zakat akan dilakukan oleh pihak Baitulmal MAIWP. MAIWP ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan.
Memandangkan zaman yang serba moden ini, terdapat banyak medium yang kita boleh gunakan untuk membayar zakat. Antaranya kita boleh membuat potongan gaji secara automatik untuk membayar zakat, zakat online dan sebagainya. Sekarang ini juga terdapat kalkulator zakat yang membolehkan kita mengira sendiri jumlah zakat yang perlu dibayar. Melalui kemudahan seperti ini sememangnya dapat memudahkan kita untuk membayar zakat dan tidak ada lagi alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.
Melalui laman sesawang pusat pungutan zakat MAIWP, semua pusat pungutan zakat yang wujud pada hari ini sememangnya membantu masyarakat untuk lebih cakna dan bertanggungjawab untuk menunaikan zakat. Selain itu, pusat pungutan zakat juga dapat memudahkan kita untuk menunaikan zakat, meningkatkan pungutan zakat serta memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer. Pusat pungutan zakat juga memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat.
PPZ - MAIWP merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bertujuan untuk mengutip segala jenis zakat harta. Zakat harta yang menjadi tumpuan PPZ- MAIWP ialah zakat emas, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan sebagainya. PPZ - MAIWP ini juga menjadi contoh organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan teknologi komputer 16 tahun lalu. Untuk korang ketahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang PPZ - MAIWP, korang boleh layari dan klik link di bawah. Memang semua maklumat berkaitan dengan zakat korang boleh dapatkan di sana.
Website : www.zakat.com.my
Facebook : www.facebook.com/myzakat/
Youtube : Youtube.com/ppztv
Hashtag : #ppzmaiwp #zakatonline #zakatwilayah