Rutin Penjagaan Muka Harian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Iye hari ni nak cerita pasal skincare pula - actually ini antara skincare yang Nani beli dekat website Althea Korea. Dah lama sebenarnya nak share dengan korang tapi asyik 'peram' aje dekat dalam draft. Hahah! Kalau nak tahu, Nani dulu bukan lah sejenis yang akan buat 'skincare routine' ni. Memang sangat malas okay sampai lah terbaca dekat Twitter pasal kepentingan penjagaan muka baru lah tergedik gedik nak buat. Sebenarnya susah juga nak cari produk yang betul betul sesuai dengan kulit muka kita. Banyak kali juga Nani try and error sampai lah jumpa yang betul betul ngam. Setakat ni, Nani memang tak pernah lagi lah ada problem muka breakout teruk sangat. Cuma kadang kadang tu aje lah naik jerawat apa semua, normal okay benda tu. Heheh. Masa awal awal buat skincare routine ni, memang Nani buat yang paaaling basic aje - cleanser, moisturiser dengan sunscreen. Bila dah strong buat yang tiga ni, baru lah Nani beli toner, scrub semua tu. Tapi ada aje masa Nani skip buat bila datang rasa malas tu. Hahaha! Kalau time tu penat sangat, memang kelaut semua skincare routine ni hah. 
Macam yang Nani cakap tadi semua product ni Nani beli melalui website Althea Korea. Ada certain product yang Nani dah pernah share dengan korang dulu macam face mask, sunscreen dengan toner tu. Seriously toner Etude House Soon Jung tu paaaaling best. Dalam banyak banyak toner yang Nani pernah try, yang Etude House punya Nani paling suka. Cumanya produk ni tak ada dekat drug store, kena cari online. Nak senang korang boleh beli dekat Althea Korea tak pun Hermo. Dua ni antara yang famous jual produk skincare dari Korea. 
Next product yang paaaaling best Nani guna - moisturizer Klairs. Kulit Nani jenis yang kering tau, so memang kena cari moisturizer yang bebetul elok. Dulu Nani pernah guna moisturizer Pudding Cream yang ada jual dekat Watsons, best jugak tapi lepas dah try yang Dear Klairs ni terus aje lah stick dengan yang tu. Tak tukar dah dengan yang lain. Hahah! Memang mahal sikit product Klairs ni tapi bukan every month pun beli, kadang kadang dua bulan sekali macam tu. Sumpah best moisturizer yang ni!
Next, eye patch koelf - ini Nani beli sebab baca Mek Onie punya review. Lepas Onie cakap benda ni best kemain, terus add to chart hahah. Biasa lah, kadang kadang memang ada masa yang kita macam tak cukup tidur lah, tak cukup rehat & bawah mata tu mesti nampak gelap. Bila guna ni dapatlah kurangkan sikit gelap bawah mata tu & tak ada lah nampak tak bermaya sangat mata. Hahah! Sejuk aje bila letak dekat bawah mata tu & bau pun sedap. Kalau koarang nak cari eye patch yang ada hydrogel, memang Nani recommend yang ni. 
Last sekali, product Laneige Sleeping Mask ini hah. Actually Nani beli sebab baca review ramai yang cakap product ni best tau. Dulu Nani pernah try guna yang tester tapi tu yang lavender lah, cuma macam tak nampak sangat lah kesannya. Bila ramai yang cakap best, Nani pun beli lah yang size besar ni tapi tetap juga sama tak macam berkesan sangat dekat kulit Nani. Rasa membazir juga lah sebenarnya beli. Hahah! Nasib baik lah tak sampai tahap muka jadi breakout ke apa. Itu yang Nani cakap tadi, kena selalu try and error product skincare ni sebab boleh jadi sesuai dengan kulit orang lain tapi tak sesuai dengan kulit kita. Gittew! Banyak juga lah sebenarnya duit habis beli skincare ni, nasib baik lah bukan beli setiap bulan. Hahah! So, korang punya skincare routine pula macam mana? Ada tak product yang sama dengan Nani yang korang pakai? 

Resepi Sambal Tumis Petai Tempoyak

Assalamualaikum & Hello.  
Hai korang! Hari ni nak share lagi resepi yang jadi fav semua orang. Eh yeke? Suka hati kan buat statement sendiri. Hahah! Walaupun zaman sekarang ni dah macam macam jenis sambal yang orang buat dan jual, sambal yang masak sendiri juga yang paling suka. Nama pun air tangan sendiri kan mana nak sama dengan yang kita beli. Pergi lah tengok dekat Instagram, Facebook memang ramai betul yang buat bisnes jual sambal ni, cuma sedap dengan tidak aje. Nani tak pernah lagi beli sambal tempoyak ni, selalunya beli macam sambal goreng garing tu aje tak pun sambal hitam. Kalau macam sambal tempoyak tetap jugalah nak makan yang buat sendiri. Bukan apa takut kang dapat sambal yang masam sangat pun tak sedap juga. So buat sendiri juga yang paling puas hati. Nak buat sambal tumis petai tempoyak ini simple aje sebenarnya - cuma kena rajin aje. Hahah! Kalau korang teringin nak buat, boleh lah refer resepi dekat bawah ni okay! Bahan yang paling utama mesti lah tempoyak - tak ada tempoyak tak jadi lah buat sambal ni. 
Resepi Sambal Tumis Petai Tempoyak
Bahan bahan lain yang diperlukan untuk buat sambal ni bawang besar atau bawang holland, lada (ikut suka lah nak guna lada apa pun), ikan bilis (optional), tempoyak dalam dua ke tiga sudu besar dan minyak untuk menumis. 
Cara caranya, korang kisarkan sedikit bawang besar, lada dan juga tempoyak tadi kemudian tumis sehingga sambal garing. Kemudian masukkan petai dan ikan bilis. Ikan bilis tu memang tak goreng dulu pun, lepas tu boleh masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali, letak lah bawang holland atau bawang merah yang kita potong bulat. Siapp! 
Resepi Sambal Tumis Petai Tempoyak
Iye macam tu aje caranya nak buat sambal tumis petai tempoyak. Kalau korang tak nak letak ikan bilis, boleh aje ganti kan dengan udang atau sotong. Kadang kadang dekat rumah ni buat sambal tumis ikan bilis tempoyak aje pun boleh makan nasi bertambah tambah. Nampak aje simple lauk ni tapi sedap okay! Hahah! Petai tu banyak sebab dekat Pahang petai murah kemain, seikat tu dalam RM 10 aje. Memang buat sendiri lagi berbaloi, kalau beli mahunya sebotol sambal ni pergi dia RM 25. Siapa yang tak pernah try buat tu, boleh lah follow resepi ni okay. InshaAllah sedap kalau ikut step by step. Sambal ni lagi pedas lagi sedap makan. Selamat mencuba korang! 

Pengalaman ke Taman Air Darul Makmur Jerantut

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Asyik cerita pasal makanan aje kan dalam entry entry yang lepas, so hari ini Nani nak kongsi kan salah satu tarikan terbaru yang terdapat di daerah Jerantut, Pahang. Sejujurnya kalau tanya Nani apa yang menariknya Jerantut ni, Nani sendiri pun tak tahu nak explain macam mana. Hahah! Kalau korang sejenis yang suka kan 'nature' boleh lah datang ke sini - lebih specific lagi ke Taman Negara. Tapi hari ni bukan nak cerita pasal Taman Negara, tapi kita nak cerita pasal Taman Air Darul Makmur.  Tak silap Nani taman air ini baru aje buka dalam bulan Disember hari tu tapi baru semalam sempat jejakkan kaki ke sana. Iye memang suka pergi time weekdays baru lah tak ramai orang. Plus, tempat tempat macam ni antara tempat yang menjadi tarikan untuk budak budak kan. Awal awal ni boleh lah pergi sebab sampai sekarang dia orang masih mengekalkan harga promosi untuk dewasa dan kanak kanak. Hm, apa yang menariknya tentang Taman Air Darul Makmur ni? 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
Kaunter Tiket ke Taman Air Darul Makmur Jerantut. 
 Taman Air Darul Makmur ini terletak betul betul di bandar Jerantut - berdekatan dengan Stesen Kereta Api. Rasanya selama membesar di Jerantut ni, baru ini lah wujudnya taman air macam ni. Sebelum sebelum ni memang nan hado. Hahah! Itu yang bila orang tanya Jerantut ada apa, mesti macam krik krik kejap - tak tahu nak explain apa yang istimewanya bumi Jerantut. Kalau dari segi makanan tu memang banyaaak. 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Antara salah satu tarikan yang ada di Taman Air Darul Makmur Jerantut. Cumanya Nani tak ingat pula dah apa nama kolam yang ni. Setiap kolam dalam taman air ni memang ada nama yang tersendiri. Untuk pengetahuan korang, dekat sini, ada tiga aje kolam yang mana dua kolam sesuai untuk kanak kanak dan satu lagi kolam sesuai untuk dewasa. Air dekat sini memang cetek aje, ada lah dalam pasar betis aje ke tak sampai entah. Hahah! Memang sesuai sangat kalau nak bawa family bersantai dekat sini. 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Kolam Lubuk Tualang. 
Kolam ini lah yang Nani cakapkan tadi bersesuaian untuk dewasa dengan kedalaman air sedalam 132 meter. Nani cadangkan kalau korang ke sini tak perlu pun sewa pelampung sebab slides tu tak perlu guna pelampung. Cuma kena pastikan pakai pakaian yang bersesuaian lah, nanti kang tersekat pulak dekat slides tu. Hahah! Oh ye, kalau korang nak sewa pelampung harga RM 10 (deporsit RM5). Cumanya pelampung dekat sini tak banyak mana pun, so first come first serve. Gittew! 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Antara ketiga tiga kolam dekat Taman Air Darul Makmur ni, kolam yang dekat Pantai Cengal ini lah yang paaaling cetek sekali. Hahah! Iye, tempat ni memang sesuai sangat untuk budak budak. Kalau yang dewasa macam kita ni, biasa biasa aje - tak mencabar mana sangat lah. Setakat nak pergi main air suka suka tu okay lah.  
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Gazebo pun ada juga dekat sini tapi macam biasa lah ye berbayar. Satu gazebo ini harga nya RM 30 (deposit RM5) lengkap dengan kemudahan kipas. Ini pun tak boleh booking awal jugak - konsep nya first come first serve. Kalau korang datang dengan family besar, sesuai lah untuk sewa gazebo ni. Uniknya dekat sini, setiap gazebo ni ada nama yang tersendiri. Kalau korang tak nak sewa gazebo pun tak apa sebenarnya, ada aje meja kecil dekat sekitar kawasan kolam.  
Taman Air Darul Makmur Jerantut
 Antara kemudahan lain yang ada dekat sini macam locker ini lah. Cuma Nani tak pasti berapa harga untuk sewa locker. Nani semalam pergi memang tak ramai orang langsung, so letak aje beg dekat meja biasa tu. Selain daripada locker, dekat dalam ni ada juga disediakan musolla untuk lelaki dan perempuan, kemudahan tandas yang bersih dan parking yang luas. Iye serba serbi lengkap dalam ni hah. 
Taman Air Darul Makmur Jerantut
Ini pula harga untuk rujukan korang yang nak ke Taman Air Darul Makmur. Buat masa ni, dia orang masih lagi memperkenalkan harga promosi RM16 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak kanak. Tapi Nani tak pasti sampai bila harga promo ni. Hm pendapat Nani secara personal, dengan kemudahan yang disediakan rasanya lebih sesuai dengan harga RM16 berbanding dengan harga RM20. Kolam pun cuma ada tiga aje dekat dalam ni dan kemudahan lain pun kalau kita nak guna kena tambah lagi duit bukan termasuk dengan harga yang kita bayar mula mula tu. Tapi ini pendapat Nani aje lah okay!
Taman Air Darul Makmur Jerantut
Untuk pemnambahbaikan pula, Nani rasa yang paling utama dari segi air kolam tu lah. Masa Nani pergi semalam, air kolam ni macam agak kotor terutama dekat kawasan kawasan tepi tu - ada rumput rumput yang masuk dalam kolam tapi tak dicuci. Pada Nani, kalau dah bayar mahal mahal sebaiknya pihak yang bertanggungjawab kena lah pasti kan kebersihan terjaga sentiasa. Lain lain memang tak ada masalah. Untuk korang yang nak ke sini, boleh lah check it out Instagram atau Facebook Taman Air Darul Makmur ni untuk tengok watu operasi dia orang. Ada hari yang dia orang akan tutup - mungkin untuk kerja kerja pembersihan lah kot. Harap harap next time pergi ada improvement yang dibuat. Sayang kalau tempat macam ni tak dijaga dengan elok. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page