Domino's Pizza

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Macam biasa lah bila dah tak ada idea nak masak atau pun tiba tiba datang mood malas tu, memang kita order aje lah thru fast food. Memang akan ada ye masa masa yang kita rasa malas nak buat apa apa termasuklah memasak. Hahah! Untuk orang bujang macam Nani ni, makan apa pun tak kisah. Hari hari makan fast food pun tak apa, eh ๐Ÿ˜ Tapi tu lah, tak elok jugak makan selalu, sekali sekala okay! Baru ni sebab teringin sangat nak makan pizza, so terus lah order Domino's Pizza. Kalau tanya Nani, antara Pizza Hut dengan Domino's memang Nani akan pilih Domino's. Pizza Hut tu Nani suka dia orang punya side dish sebab banyak yang sedap eheh. Kebetulan hari tu ada ternampak promo Domino's dekat Twitter, memang tak fikir dua kali lah kan nak order. Hahah! Selalunya bila order fast food delivery dekat Pahang ni, memang sekejap aje dah sampai sebab tak ramai sangat kan orang. Baru ni order tak sampai setengah jam pun dah sampai depan rumah. Wow! Pantas betul kali ni, macam tahu tahu customer tengah lapar sangat. 
Mula tu ingat nak order yang pizza Ssamjeang tapi mahal sangat pulak so kita cancel & order yang biasa biasa aje. Hahaha! Masa tu nak order dua jenis pizza, kalau Ssamjeang tu aje dah mahal, lari lah budget. Sudahnya order BBQ Chicken macam biasa. Ini antara pizza fav jugaklah bila order dekat Domino's. For me, Domino's ni macam tak kedekut sangat topping so yass memang puas hati sangat bila makan tu. Sos pun kemain lagi banyak, tak ada lah rasa plain sangat kan bila makan tu. 
Selalunya kalau beli dua pizza, memang Nani akan ambil satu ayam & satu lagi tu sama ada beef atau pun tuna. Tapi sebab dah bosan asyik makan Beef Pepperoni, hari tu Nani order Tuna Temptation pulak, saja nak try. Maybe ni first and last lah kot Nani order yang ni sebab rasa pizza ni biasa biasa aje. Heheh. Kalau korang jenis yang suka kan tuna, this might be your fav pizza! 
Masa kita orang order pizza ni masing masing tengah lapar, memang time tu fikir macam tak cukup aje dua pizza lepas tu adik Nani suruh add on side order. Dasar kuat makan. Hahaha! Nasib baik habis licin semua hari tu, memang lapar betul lah sebab dari pagi tak makan apa apa. Nak pilih side order pun kemain lagi lama. Nak yang tu lah, nak yang ni lah, sudahnya order Breadstix. Eh sedap rupanya, selama ni tak pernah order pun. Next time boleh lah order lagi, serious gebu dan tersangatlah lembut. Nani makan macam tu aje dah sedap. Sos tu memang Nani tak berapa suka sangat sebab rasa masam masa sikit, so nope! Tapi breadstix ni memang sumpah sedap! Korang pulak, apa fav menu dekat Domino's ni?

Resepi Paprik Ayam Mudah

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Rasa macam dah lama Nani tak share resepi yang simple simple dekat blog ni. So harini Nani nak share lah dengan korang Resepi Paprik Ayam Mudah yang korang boleh try dekat rumah. Minggu lepas dah bosan asyik makan daging, kita tukarlah pulak menu kan. Serious Nani salute dengan suri rumah yang hari hari memasak untuk family. Macam mana eh korang sentiasa ada idea nak masak apa? Nani yang jarang jarang masak ni pun, kadang kadang blur nya lah nak memasak. Hahaha! Kalau time tengah blur sangat tu, kadang tak masak terus, fast food & Grab food jugak yang jadi pilihan. Dasar Nani! Actually Nani jarang jugak masak Paprik Ayam ni, so hasil resepi daripada Google kita pun olah lah ikut citarasa sendiri. Kalau nak lagi senang, korang beli aje lah Pes Paprik yang ada jual dekat kedai kedai Siam tu. Hahah! Itu paling mudah okay, tumis aje lepas tu hah masukkan aje bahan bahan yang korang nak letak. Heheh. Tapi resepi yang Nani nak share ni pun simple aje, boleh punya lah korang buat. Jom check it out! 
Ini antara bahan bahan yang kita perlukan untuk buat Paprik Ayam ni. Ayam tu dah basuh bersih & potong kecil kecil. Kalau tak nak ayam, korang boleh gantikan dengan sotong tak pun udang. Bahan bahan basic macam biasa lah, bawang besar, bawang putih, serai dan daun limau purut. Nani letak jugak cili kering (kisar), sos cili, sos tomato, sos Thai, sos tiram dan kicap. Sayur tu pulak ikut suka masing masing okay, Nani letak carrot, tomato, jagung dengan bunga kobis. Kalau tak makan sayur tu, hm tak payah lah letak langsung. Hahah! 
Macam biasa, mula mula sekali kita tumis bawang besar, bawang putih dengan serai. Bila semua bahan bahan ni dah layu, masukkan cili kering, kicap dan segala jenis sos yang Nani bagi tahu tadi. Kacau bagi semua bahan bahan tadi sebati, kemudian masukkan ayam. Ayam tu bagi masak betul betul tau, lepas tu baru masukkan sayur & daun limau purut. Sayur tu kalau boleh masukkan last sekali, sebab sayur ni cepat masak lagi lagi tomato tu. Jangan lupa perasakan dengan garam okay. Kuah tu ikut suka korang lah nak letak banyak mana. 
Taraaa, ini lah hasil Paprik Ayam cincai cincai versi Nani. Nani letak cili kering supaya ada arasa pedas pedas sikit. Memang tak boleh betul kalau makan apa apa tapi tak pedas. Hahah! Kalau tak nak letak cili kering, korang ketuk ketuk aje lada Siam tu campak masuk dalam kuali. First time masak Paprik Ayam satu kuali besar, nervous betul kalau tak sedap. Kuah tu memang saja Nani buat banyak sebab masak sejenis lauk ni aje haritu. Heheh. So, untuk korang yang baru nak try masak Paprik Ayam tu, boleh lah try guna resepi yang Nani share ni okay! Nasi panas panas, makan dengan paprik ayam & telur dadar, memang ngam wei! 


Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada tak yang dekat sini yang tak pandai berenang macam Nani? Hahaha! Nani ni dari dulu lagi memang dah ada niat nak belajar berenang ni tapi itu lah tak jumpa jumpa lagi tempat yang sesuai dan muslimah friendly. Kadang kadang tu dah ada yang muslimah friendly tapi jauh pulak dari tempat Nani, so tak boleh lah nak pergi. Tapi lepas ni dah tak payah risau lagi dah, sebabnya Nani dah jumpa salah satu kelas renang yang dekat dengan tempat Nani iaitu Swim Rush - Swimming Academy. Yaayyyy! Lepas ni boleh lah ajak kawan kawan Nani join sekali sebabnya Swim Rush ni ada cawangan dekat Batu Caves. Memang dekat sangatlah dengan Nani yang duduk dekat Gombak ni hah. Banyak lagi tau cawangan Swim Rush ni, nanti korang boleh check it out dekat bawah! So tak ada alasan lagi dah lepas ni tak pandai nak berenang ke apa. Dah ada kelas renang yang dekat ni, kalau tak pergi lagi memang rugi lah kan. Korang tu, tak nak ke join kelas renang macam Nani jugak ehehe. Jom baca apa kelebihan Swim Rush Academy ni berbanding dengan yang lain. Mana tahu kot kot lepas ni korang pun nak pergi jugak. 
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Nani faham sangat kadang kadang kita ni busy dengan macam macam komitmen sampai tak ada masa nak pergi kelas kelas macam ni. Tapi korang jangan lah risau, dekat Swim Rush ni dia orang ada menyediakan kelas renang untuk perempuan dewasa dan kanak kanak selepas waktu bekerja. Kiranya kita boleh lah pergi bila bila waktu yang kita available. Hah gitu. Swim Rush Academy ni memang fokuskan untuk perempuan dewasa & kanak kanak tau, dan hanya di cawangan Batu Caves aje yang ada kelas renang untuk lelaki. Gittew!
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Kalau korang dekat sini ada yang berminat nak hantar anak anak ke Swim Rush Academy ni pun boleh tau. Seawal usia lima tahun pun dah boleh hantar anak untuk belajar renang ni. Dekat sini dia orang bukan aje akan ajar teknik yang asas macam breastroke, freestyle, backstroke dan butterfly tapi dia orang jugak memfokuskan water confidence program & jugak water survival skills. Jangan risau kalau tak pandai menyelam sekali pun, sebab dia orang akan ajar kita cara nak menyelam dengan kedalaman air 1.2 meter - 1.8 meter. Aktiviti menyelam ni memang sesuai sangat untuk sesiapa yang suka aktiviti diving dan suka travel.
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
 Macam yang Nani bagi tahu tadi, Swim Rush Academy ni ada empat cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Korang boleh refer jadual dekat atas ni tau waktu operasi untuk setiap cawangan. Waktu berbeza beza, jangan tersilap tengok pulak. Heheh. Tapi kalau korang tetap jugak tak available ikut waktu dekat atas ni, korang boleh jugak request untuk Private Class, iaitu Home to Home Basis yang mana coach tu sendiri akan datang ajar dekat rumah kita. Paling best sekali, tak ada pun transportation fee yang akan dikenakan. 
Cawangan Swim Rush Academy 
๐Ÿ’—Batu Caves: Kompleks Renang Seri Siantan (kelas renang khas untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa & kanak kanak).
๐Ÿ’—Bangsar: Jalan Turi Bukit Bandaraya (kelas renang khas untuk kanak kanak sahaja & mempunyai private pool).
๐Ÿ’—Cheras: Kompleks Sukan Desa Tasik (kelas renang khas untuk perempuan dewasa & kanak kanak sahaja).
๐Ÿ’—Shah Alam: Seksyen 14 (kelas renang khas untuk perempuan dewasa sahaja & mempunyai private pool).
Swim Rush | Swimming Academy di Sekitar Kuala Lumpur
Ada banyak tau kelebihan Swim Rush Academy ni. Antaranya, free swimming cap & dia orang jugak akan menyediakan kelas ganti. Dia orang punya coach pun bukannya calang calang orang, semuanya dah well trained dan sangat berpengalaman mengajar. Selain itu, dia orang jugak menekankan tentang Anti - Drown. Kalau korang attend kelas renang ni nanti, coach tu sendiri akan ajar tentang Water Survival Technique & Water Confidence. Untuk yang perempuan pulak korang jangan risau tentang pemilihan coach sebab yang akan ajar kita nanti coach nya perempuan jugak heheh. Lepas dah attend kelas ni nanti, hah memang confirm lah korang pandai terus. Sama lah macam dengan tagline dia orang, from Zero to Hero! Tunggu apa lagi tu, jom lah register sekarang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page