Resepi Sandwich Telur Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi yang tersangat lah simple dan sedap. Kebetulan haritu ada potluck lepas tu dah tak tahu nak bawa apa, terus lah google menu apa yang senang nak buat. Heheh. Mula mula ingat nak buat agar agar tapi dekat sini tak ada dapur, so tak jadi lah plan yang tu. Sudahnya kita buat lah sandwich telur ni hah, senang sebab guna tiga bahan aje. Telur tu pun Nani rebus dalam heater, nasib baik lah telur tu masak elok okay. Nama pun dapur bujang kan, so konsep dia kita guna apa yang ada.  Gittew. Telur tu Nani rebus dua kali dalam air panas, memang menjadi. Next time dah tahu lah macam mana nak buat kalau tak ada dapur. Hahah! Nani lagi suka buat sandwich telur ni sebab murah sikit bahan bahan yang nak beli, kalau sandwich sardin tu tak berapa sesuai nak buat untuk makan ramai pada Nani. Iye lah sardin mahal sikit kan daripada telur, kalau nak makan sendiri tu okay lah. So untuk korang yang nak try buat sandwich telur simple, boleh tengok resepi Nani dekat bawah ni okay! 
 Nani cuma guna bahan bahan dekat atas ni aje, garam & juga roti. Of course lah kan wajib ada roti, kalau tak macam mana nak buat sandwich. Ada sesetengah orang dia suka perahkan lemon sikit tapi Nani hari tu tak sempat nak beli lemon, so kita guna lah apa yang ada. Senang. Itu lah hasil telur yang Nani rebus guna heater. Dua kali rebus lepas tu Nani rendam aje dalam air panas tu, memang masak elok. Nani buat sandwich ni guna sebuku roti yang panjang, itu pun ada lebih lagi telur tu. First time buat untuk makan ramai, tak pandai nak budget berapa banyak telur. Heheh. 
 Cara dia tersangatlah mudah, telur yang kita dah rebus tadi korang hancurkan lah guna garfu lepas tu masukkan mayonis, garam dan jugak serbuk lada hitam. Nani guna tiga pack mayonis yang macam dalam gambar dekat atas tu & telur dalam tujuh biji.  Tapi rasanya kalau nak buat sandwich untuk sebuku roti yang panjang tu, lima biji telur pun dah cukup. Serbuk lada hitam tu pulak korang agak agak lah nak letak banyak mana. Heheh. Gaul sampai sebati lepas tu boleh lah sapu dekat atas roti. 
Ini lah dia hasil Sandwich Telur yang Nani buat hari tu. Nervous okay first time buat sandwich untuk bagi orang makan. Kalau setakat untuk makan sendiri tu, kalau tak sedap tak apa lah sebab makan sendiri kan. Heheh. Rasa macam gigih betul buat sandwich comel comel macam ni. Tapi berbaloi lah buat sendiri sebab boleh letak isi tu banyak banyak. Cuma Nani haritu tak letak pun sayur ke apa sebab terlupa nak beli. Hahah! Memang sandwich simple sangat sangat ni, jadi lah kan. Laris jugak sandwich ni hari tu, tak tahu lah sebab sedap ke atau pun masing - masing tengah lapar. Korang suka tak makan sandwich telur macam ni? 

Buffet Ramadhan 2019 | Dorsett Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah masuk bulan April dah kita ni, maksudnya tinggal lebih kurang sebulan aje lagi nak menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, bulan Ramadhan. Macam biasa lah bila bulan Ramadhan ni, mesti ada masanya kita rasa nak berbuka di luar kan. Heheh. Tak salah pun sekali sekala untuk tukar selera dengan berbuka dekat luar. Iye lah, kalau hari hari masak tak pun beli lauk di bazaar Ramadhan, boleh naik jemu jugak nanti. So bulan Ramadhan nanti boleh lah ajak kawan kawan dan family berbuka di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur. Baru - baru ini, Nani sendiri berkesempatan ke Preview Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur yang bertemakan Masakan Bonda Kembali. Jadinya, untuk korang yang teringin nak merasai menu dan lauk pauk yang bertemakan tradisional, boleh lah berbuka dekat sana okay. Highly recommended sebab semuanya sedap, memang puast hati & berbaloi lah berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur.
Lokasi Dorsett Kuala Lumpur
Kalau korang nak tahu Dorsett Kuala Lumpur merupakan salah satu hotel yang sangat mudah dan senang untuk kita pergi tau. Pada Nani, kedudukan hotel ni sangat strategik sebab berdekatan dengan Stesen Monorail Bukit Bintang dan juga Mrt Bukit Bintang. Bukan setakat itu aje, hotel ini terletak kira kira 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu, Dorsett Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan pusat membeli belah seperti Pavilion, Starhill dan Fahrenheit 88. KLCC & Berjaya Times Square pun tak jauh mana dari Dorsett Kuala Lumpur ni, so lepas berbuka puasa boleh lah shopping untuk Raya pulak nanti. Eh? Hahah!
Menu di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur
Untuk tahun 2019 ini, Bonda Kak Shikeen kembali lagi dengan 13 jenis hidangan utama yang mewakili setiap negeri di Malaysia dan yang paling best sekali, semuanya disediakan dengan menggunakan resepi tradisional. Selain daripada 13 jenis hidangan tersebut, terdapat juga 100 lagi menu untuk dinikmati apabila kita berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur. Antara hidangan tersebut ialah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Kambing Panggang Bersama Nasi Arab, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Sambal Bilis Tempoyak & Petai Perak, Udang Masak Kailo Melaka, Ayam Masak Tomato Kedah dan pelbagai lagi hidangan lain. 
Apa yang Nani suka dengan Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ni, kebanyakkan hidangan dia orang lebih kurang sama dengan yang ibu kita selalu masak dekat rumah. Bila berada di perantauan ni, mesti lah rindu kan nak makan masakan daripada air tangan ibu kita sendiri. Tapi lepas ni Nani dah tak susah lah, sebab boleh ajak kawan kawan semua berbuka di Dorsett Kuala Lumpur. Tempat makan pun sangat selesa & ruang untuk solat pun turut disediakan. 


 Untuk korang yang bercadang untuk berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur, jangan lupa untuk buat tempahan melalui pihak hotel okay. Buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur bermula dari 10 May 2019 sehingga 2 Jun 2019 (7 petang sehingga 10.30 malam). 
HIDANGAN BUFFET RAMADHAN DI 
CHECKERS CAFE DORSETT KUALA LUMPUR
















Fuhh menarik kan semua hidangan di Dorsett Kuala Lumpur. Ini antara salah satu yang Nani rasa sangat berbaloi untuk pergi. Macam macam menu ada, paling penting sedap. Memang rasa macam berbuka dekat rumah lah. Heheh. Jangan lupa lepas ni terus buat tempahan okay, nanti boleh lah dapat harga promosi, jimat jugak tu. Korang boleh refer harga Buffet Ramadhan di Checkers Cafe, Dorsett Kuala Lumpur dekat bawah ni. Salam Ramadhan semua! 
HARGA PROMOSI (EARLY BIRDS)
RM 88 (per person)
HARGA BIASA
RM 98 (per person)
KANAK KANAK (BAWAH 11 TAHUN) & WARGA TUA 
30% DISKAUN (per person)

Korang boleh mendapatkan voucher Ramadhan secara online melalui:
Website:
info.kualalumpur@dorsetthotels.com
Contact Number:
+603 2716 1010






Warung Jelira Molek di Gombak

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni semangat dia lain macam sikit sebab weekend baru ni balik Pahang & habiskan masa dengan family. Last balik masa kenduri haritu bulan dua, dekat sebulan jugak lah tak makan masakan air tangan ibu sendiri. Heheh. Kadang kadang bila busy & serabut dengan macam macam kerja, penyelesaian dia satu aje, balik Pahang. Lepas tu confirm mood elok balik. Lagi pun selagi ada orang tua, masa ini lah nak menumpang kasih dan minta dia orang doakan kita. Doa ibu bapa ni 'power' dia memang kita tak boleh nak nafikan, nak nak doa ibu kita lagi lah tak ada sekatan langsung. Sebelum gerak balik Pahang baru ni, ajak lah kawan makan dekat Warung Jelira Molek area Gombak ni hah. Nani pun first time sebenarnya makan dekat sini, sebelum ni asyik dengar aje orang cakap yang kedai ni sedap. Warung Jelira Molek ni start buka dari pagi sampai lah ke petang, Nani hari tu datang makan lunch dekat sini. Kedai ni sumpah kemas dan teratur sangat deco dia orang, confirm akan repeat sebab makanan pun sedap. 
 Nasi Jelira (RM 6.00)
Untuk menu lunch, ada empat set pilihan makanan dan salah satunya Nasi Jelira ni lah. Akak dekat kedai tu cakap Nasi Jelira ni menu yang paling best seller lah & boleh juga kalau nak tambah telur rebus. Apa yang Nani paling suka dengan nasi ni sebab kuah tu bukan kuah kari yang biasa tu tau tapi kuah gulai kawan. Serious sedap, rasa macam makan dekat kenduri kahwin. Hahaha! Ayam goreng tu pun panas panas lagi, Nani rasa bila ada orang order baru dia orang goreng ayam tu. Puas hati lah makan Nasi Jelira ni hari tu, Nani siap tambah kuah lagi okay! Cuma sambal tu aje lah tak berapa pedas sangat. Kalau pedas sikit, lagi sedap! 
Nasi Putih - Singgang Ikan - Budu (RM 8.50)
Kawan Nani pulak ambil set yang ni, singgang ikan tu Nani suka jugak sebab ada rasa masam masam sikit. Selain daripada Nasi Jelira & Set Singgang Ikan ni, dia orang ada jugak menu sup daging. Itu pun antara menu yang recommended lah untuk try dekat sini. Lagi satu menu untuk lunch tu Nani tak ingat pulak apa dia, lupa nak ambil gambar. Punya lah lapar time tu kan. Hahah! Coconut shake dekat sini pun sedap, itu pun Nani lupa nak ambil gambar. Kuih pun ada macam macam jenis dekat sini, pilih lah mana satu yang korang nak. Dekat kedai ni siap ada surau lagi tau, so senang lah kalau nak solat. Oh ye, konsep dia orang self service, kita order dekat kaunter tu lepas tu nanti dia orang akan hantar ke meja kita. Overall, memang Nani puas hati lah makan dekat sini, portion pun besar. Untuk korang yang teringin nak makan dekat Warung Jelira Molek ni, boleh Waze alamat dekat bawah okay! Selamat mencuba! 
Alamat (Google):
Warung Jelira Molek
Lot 3862 - 2 Batu 7 3/4
Kampung Sungai Chinchin 
53100 Kuala Lumpur. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page