Milk Peel Cream Mask & Petal Velvet Sunaway Keluaran Althea Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share dengan korang dua produk keluaran Althea Korea yang memang best & wajib ada. Macam yang korang tahu, Althea sekarang dah ada macam macam produk keluaran dia orang. Setakat ni memang kebanyakkan produk keluaran Althea yang Nani dah pernah try semuanya best dan berkesan lah. Nani pun actually baru aje lagi 'berjinak jinak' dengan skincare semua ni. Kalau dulu memang kelaut dalam bab penjagaan muka sebab malas. Bila ada mood tu baru lah nak buat semua benda. Tapi sekarang dah rajin sikit nak buat skincare routine sebab baru ada kesedaran nak jaga muka sendiri. Hahah! So untuk hari ni Nani nak kongsikan dengan korang pengalaman Nani menggunakan dua produk keluaran Althea iaitu Milk Peel Cream Mask & Petal Velvet Sunaway. Nak tahu produk ni best ke tidak, jom check it out dekat bawah ni! Mana lah tahu kan lepas ni korang berminat pulak nak try kedua dua produk ni. Hiks :)
Excited okay bila dua dua barang ni sampai, all the way from Korea gitu. Untuk Petal Velvet Sunaway ni memang Nani guna hari hari sebagai sunscreen & Milk Peel Cream Mask tu seminggu sekali aje sebab fungsi dia sebagai exfoliator. Jangn guna hari hari pulak okay, nanti jadi lain pulak kulit muka tu. Hahah! Jom check it out apa fungsi & kelebihan untuk kedua dua produk keluaran Althea Korea ni. 
Milk Peel Cream Mask 
Apa yang Nani paling suka dengan Milk Peel Cream Mask ni sebab produk ni tak macam mask yang biasa tu. Mula mula masa kita pakai tu memang dalam bentuk krim pekat tau tapi bila dah lama krim pekat tu akan bertukar jadi buih. Sumpah best gila! Milk Peel Cream Mask ini jugak mengandungi AHA dan BHA tau yang mana fungsinya untuk membuang sel sel kulit mati serta mengeluarkan kotoran daripada liang liang pori di wajah kita. Memang lepas pakai tu muka rasa bersih sangat, memang Nani recommend lah untuk korang try. 

Cara nak guna Milk Peel Cream Mask ni pun senang aje. Apa yang korang kena buat mula mula sekali basahkan muka kemudian sapu sehingga rata Milk Peel Cream Mask ke seluruh wajah. Tak payah tebal pun okay (nipis aje). Sapu sehingga keluar buih buih halus & biarkan untuk beberapa minit. Last sekali boleh lah bilas dengan air. Senang kan? Plus, packaging yang macam pump ni senang nak guna & mudah nak dibawa ke mana mana. Macam Nani jenis kulit kering tau, bila guna Milk Peel Cream Mask ni serious muka rasa bersih dan tak kering lagi dah. Masalah kulit menggelupas pun tak ada. 
Petal Velvet Sunaway

Petal Velvet Sunaway ni antara yang wajib ada dalam beg ni 24 jam dan ia berfungsi untuk melindungi kulit kita dari sinaran matahari. Sunscreen ini memang wajib tau kita pakai setiap hari tambah pulak kalau cuaca panas terik. Kalau tak pakai memang sunburn lah muka nanti. Heheh. Nani selalunya guna sunscreen ni lepas pakai moisturizer. Sunscreen ni penting tau so jangan skip untuk guna sebab sangat membantu. Tekstur Petal Velvet Sunaway ni pun senang nak pakai dan paling penting sesuai untuk semua jenis kulit. Heheh. 
Serious best dua dua produk ni & wajib try okay! Untuk korang yang berminat untuk dapatkan Milk Peel Cream Mask & Petal Velvet Sunaway ni korang boleh terus ke wesbite Althea Korea. Nak senang klik aje link dekat bawah ni okay! Harga untuk Milk Peel Cream Mask RM 36.00 untuk 50 ml & Petal Velvet Sunaway RM 43.00 untuk 55ml. Pada Nani memang affordable jugaklah harga untuk dua dua produk ni. Jangan lupa tau untuk dapatkan dua dua produk ni daripada Althea Korea okay!
Milk Peel Cream Mask: 
Petal Velvet Sunaway:

Resepi Kuah Kacang Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani buat soto lepas tu kebetulan nasi impit tu ada lebih, terus cari resepi buat kuah kacang pulak. Yee masa tu tengah rajin boleh lah zass nak buat itu ini. Nani dah pernah share resepi ni dekat story Instagram lepas tu ramai pulak yang request minta share dekat blog. Baru ni lah ada masa nak masukkan dalam blog (padahal masak kuah kacang ni bulan lepas lagi). Hahaha! Seriously Nani memang tak pernah try pun buat kuah kacang sebelum ni sebab selalu jumpa resepi yang complicated. Ada yang suruh letak udang kering lah, ada resepi yang kena masukkan santan lah so terus jadi malas nak try. Cehh! Padahal masa tu tak ada keinginan pun nak try buat kacang plus jumpa pulak resepi yang susah lagi lah tak rasa nak buat. Betul lah orang kata, nak masak tak pun nak try resepi baru ni kena rajin sebab automatik jadi pandai buat. Hahah! Lepas setengah jam cari resepi, jumpa jugak dengan resepi yang paling simple. Tapi macam biasa, ada jugaklah Nani ubah sikit sikit. Nak tahu, kena baca dekat bawah ni okay! 
Bahan bahan yang diperlukan untuk buat kuah kacang versi Nani ni memang tak banyak. Less is more konsep diaa. Apa yang korang kena buat kisarkan bawang merah, bawang putih & halia. Kisar sampai halus tau. Bahan bahan lain pulak cili kering, kacang tanah kisar, serai, gula merah dan serbuk perasa (garam & gula biasa). Nani tak guna santan tau, memang ada sesetengah tempat letak santan tapi sebab hari tu konsep dia guna aje apa yang ada so kita tak letak pun santan. Sedaaap jugak okay walaupun tak letak santan. Heheh. 
Untuk kacang tanah ni, kalai ikutkan resepi asal kita kena sangai kacang ni. Sangai tu apa Nani? Sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak. Tapi dia punya lama tu mashaAllah. Hahah! Iye lah bukan boleh sangai kacang tu sekejap aje tau, kena bagi betul betul masak. Disebabkan Nani ni pemalas & nak cepat, Nani goreng aje dalam minyak biasa. Kulit kacang tanah tu pun Nani tak buang. Dasar pemalas. Hahah! Lepas tu boleh lah tapis minyak tu & kisar guna blender kering. Tapi jangam blender lumat sangat tau nanti tak sedap. Settle kisar kacang tu, ketepikan. 
Step yang pertama, macam biasalah kita akan tumiskan segala jenis bahan yang ada tadi. Mula mula panaskan minyak lepas tu masukkan bawang yang kita dah kisar tadi. Agak agak bawang dah garing, masukkan cili kisar & serai. Part ni yang kena bertabah sikitlah sebab selalunya cili ni ambil masa sikit nak garing. Pastikan cili tu betul betul masak okay, kalau tak nanti sakit perut pulak makan. Heheh. Macam mana nak tahu cili dah masak, boleh tengok gambar dekat atas tu. 
Bila cili dah garing, masukkan lah kacang tanah yang kita dah kisar tadi dengan gula merah. Gula merah tu Nani letak sebab nak bagi kuah kacang ni cantik aje warna nya. Lepas tu boleh lah tambah air & serbuk perasa (gula putih & garam). Gula putih tu Nani tak letak banyak pun, dalam dua sudu gitu aje. Masaklah sampai kuah tu pekat & mendidih. 
Bila nampak aje kuah dah jadi macam ni, kira dah lulus lah tu korang punya kuah kacang. Sumpah Nani excited gila masa tengok kuah dah jadi elok sempurna macam ni. Hahaha! Siapa aje kan yang tak suka bila first time masak lepas tu terus menjadi. Tak sia sia bersilat dekat dapur siapkan kuah kacang ni hah. Berbaloi lah ubah sikit resepi tu, next time boleh buat lagi nampaknya. Heheh. 
Terus fefeeling macam Hari Raya bila makan nasi impit dengan kuah kacang ni. Kalau ada rendang daging ke kari daging ke lagi ngam. Hahaha! Hari tu nasi impit dah tak banyak mana, tetiba kuah kacang pulak terlebih. Sudahnya simpan dalam peti ais esoknya ibu Nani buat pulak cucur udang. Ha makanlah cucur udang cicah dengan kuah kacang. Sedaaap jugak! Kalau korang yang baru first time nak try masak kuah kacang tu boleh lah try resepi Nani ni okay, inshaAllah menjadi. Hihi. Jangan lupa cuba okay! 

Pengalaman Membeli di Printcious

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu punya lah pening tak tahu nak beli hadiah apa untuk birthday kawan baik Nani sudahnya, kita beli aje dekat Printcious. Macam macam ada dekat laman web Printcious ni, tinggal pilih aje mana satu yang berkenan di hati. Heheh. Kali ni Nani pilih Princious sebabnya kita boleh customized sendiri hadiah yang kita order tu. Walaupun Nani ni tak ada lah kreatif mana kan, tapi kalau setakat nak customized hadiah untuk kawan baik tu memang boleh sangat. Pada Nani bila kita sendiri yang customized hadiah tu nampak lah lagi istimewa kan. Setakat yang Nani pernah order dengan Printcious ni memang tak pernah mengecewakan lagi lah hasil nya. Memang tip top dan paling penting mesti lah cantik kan. Servis penghantaran pun laju okay! Nani order hari Khamis, petang Sabtu dah sampai depan pintu rumah. Pantas! Ini pun antara salah satu sebab lah kenapa Nani suka 'shopping' hadiah dekat website dia orang. Heheh. So, apa hadiah yang Nani beli baru baru ni? 
Hari tu Nani order dua barang, satu tag bag & satu lagi apron. Tag bag dekat atas ni Nani yang nak sebab tengok macam cantik aje. Cuma tambah nama sendiri aje dekat bawah tu, design semua Nani pilih yang Printcious dah sediakan. Design dia orang pun dah cantik okay, so jangan risau kalau korang tak ada idea nak design hadiah tu nanti. Heheh. Nanti kalau travel boleh lah guna tag bag ni hah. Kalau korang perasan dia orang siap bagi tali lagi untuk tag bag ni, memang puas hati lah beli dekat Printcious. Hihi. Saiz tag bag ni pun sedang elok aje, tak ada lah besar sangat & tak kecil sangat. Memang ngam lah untuk kita letak dekat travel bag. Kalau korang jenis yang suka travel, memang wajib lah beli tag bag dekat Printcious ni. 
Selain daripada tag bag tu, Nani order jugak apron (ini yang nak dijadikan hadiah untuk birthday kawan tu). Mula mula ingat nak order mug atau pun bantal tapi rasa macam dah biasa sangat aje bagi semua tu. Sudahnya kita order lah apron yang comel ni. Serious dekat apron dekat Printcious semua cantik gila sampai Nani dua tiga kali jugaklah fikir. Hahaha! Cuma itu lah, warna putih aje yang available untuk design ni. Tapi sebab design comel, kita beli jugaklah. Harap harap orang yang menerima ni suka lah bila dapat apron comel macam ni. Overall memang Nani puas hati sangat sangat dengan kualiti barang daripada Printcious ni hah. Macam mana yang dia orang tunjuk dekat Website, macam itu lah jugak rupa barang tu bila sampai. Memang cantikk sangat sangat. So untuk korang yang tengah mencari hadiah untuk anniversary ke birthday ke atau pun apa apa lah hadiah untuk yang tersayang boleh lah cari dekat Printcious okay! Macam macam ada, yang penting berbaloi. Jangan lupa singgaj website Printcious! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page