Pengalaman Membeli di Printcious

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu punya lah pening tak tahu nak beli hadiah apa untuk birthday kawan baik Nani sudahnya, kita beli aje dekat Printcious. Macam macam ada dekat laman web Printcious ni, tinggal pilih aje mana satu yang berkenan di hati. Heheh. Kali ni Nani pilih Princious sebabnya kita boleh customized sendiri hadiah yang kita order tu. Walaupun Nani ni tak ada lah kreatif mana kan, tapi kalau setakat nak customized hadiah untuk kawan baik tu memang boleh sangat. Pada Nani bila kita sendiri yang customized hadiah tu nampak lah lagi istimewa kan. Setakat yang Nani pernah order dengan Printcious ni memang tak pernah mengecewakan lagi lah hasil nya. Memang tip top dan paling penting mesti lah cantik kan. Servis penghantaran pun laju okay! Nani order hari Khamis, petang Sabtu dah sampai depan pintu rumah. Pantas! Ini pun antara salah satu sebab lah kenapa Nani suka 'shopping' hadiah dekat website dia orang. Heheh. So, apa hadiah yang Nani beli baru baru ni? 
Hari tu Nani order dua barang, satu tag bag & satu lagi apron. Tag bag dekat atas ni Nani yang nak sebab tengok macam cantik aje. Cuma tambah nama sendiri aje dekat bawah tu, design semua Nani pilih yang Printcious dah sediakan. Design dia orang pun dah cantik okay, so jangan risau kalau korang tak ada idea nak design hadiah tu nanti. Heheh. Nanti kalau travel boleh lah guna tag bag ni hah. Kalau korang perasan dia orang siap bagi tali lagi untuk tag bag ni, memang puas hati lah beli dekat Printcious. Hihi. Saiz tag bag ni pun sedang elok aje, tak ada lah besar sangat & tak kecil sangat. Memang ngam lah untuk kita letak dekat travel bag. Kalau korang jenis yang suka travel, memang wajib lah beli tag bag dekat Printcious ni. 
Selain daripada tag bag tu, Nani order jugak apron (ini yang nak dijadikan hadiah untuk birthday kawan tu). Mula mula ingat nak order mug atau pun bantal tapi rasa macam dah biasa sangat aje bagi semua tu. Sudahnya kita order lah apron yang comel ni. Serious dekat apron dekat Printcious semua cantik gila sampai Nani dua tiga kali jugaklah fikir. Hahaha! Cuma itu lah, warna putih aje yang available untuk design ni. Tapi sebab design comel, kita beli jugaklah. Harap harap orang yang menerima ni suka lah bila dapat apron comel macam ni. Overall memang Nani puas hati sangat sangat dengan kualiti barang daripada Printcious ni hah. Macam mana yang dia orang tunjuk dekat Website, macam itu lah jugak rupa barang tu bila sampai. Memang cantikk sangat sangat. So untuk korang yang tengah mencari hadiah untuk anniversary ke birthday ke atau pun apa apa lah hadiah untuk yang tersayang boleh lah cari dekat Printcious okay! Macam macam ada, yang penting berbaloi. Jangan lupa singgaj website Printcious! 


Pertama Kali Menaiki Flight Air Asia ke Kuantan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Finally ada pun masa nak share pasal ni, bulan February hari tu bulan yang paling busy. Selalunya weekend lah yang Nani akan habiskan masa update entry dekat blog tapi bulan lepas tiga minggu berturut turut balik Pahang sebab nak attend kenduri kahwin. Dia punya penat tu jangan cakaplah macam mana, tapi seronok. Heheh. Since haritu kenduri kahwin pakcik Nani masa Chinese New Year, awal awal lagi dah book tiket flight dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Tak sanggup wakk kita nak redah jammed, dah lah masa tu musim cuti. Naik bas dua tiga jamaje pun Nani dah boleh rasa penat dia tu, ini kan pulak kalau sangkut dalam jammed. So nak senang kita naik aje flight. First time naik flight ke Kuantan ni, 40 minit aje dah sampai sana. Hahaha! Jimat masa, penat pun takk. Cuma nya dekat airport tu aje lah sesak sikit. 

Kalau dulu Nani naik KLIA Ekspress, kali ni kita naik KLIA Transit pulak. Lagi pun tak rushing masa tu, so boleh lah kita naik KLIA Transit ni. Nani naik dari KL Sentral turun dekat Putrajaya dulu lepas tu beli tiket lain ke KLIA 2. Total baru RM 23.50 macam tu. Kalau ada student card lagi banyak discount, boleh dapat RM 16 aje tau. Jimat sikit lah dari kita naik direct dari KL Sentral - KLIA 2 (RM55). Nak lagi jimat boleh naik bas lah, baru RM 10 - RM 12 macam tu one way. Heheh. Tapi kalau nak naik bas memang kena awal lah sebab perjalanan nak ke KLIA 2 lebih kurang sejam jugak. 

Macam biasa bila naik flight sorang sorang diri ni memang nervous dia lain macam betul. Hahah! Bab tertinggal flight tu paling takut sekali. So lima jam awal dah terpacak dekat KLIA 2. Kahkah. Lepas tu menyesal sebab tak tahu nak pergi mana. Nak shopping memang tak lah kan, cuci mata aje lah mampu. Hahah. Lagipun masa tu ramai sangat orang, tak ada rasa pun nak jalan jalan. 
 Sementara nak tunggu flight tu, lepak dulu dekat Mcd. Rasa macam loner & awkward betul makan sorang sorang ni. Hahahah! Sebenarnya haritu nak cari KFC tapi tu lah tak jumpa KFC dekat level mana. Actually baru dua kali Nani sampai KLIA 2, memang noob lah. Plus masa tu dah lapar kemain, so Mcd aje lah yang paling senang sebab dekat dengan entrance airport tu. Lama jugaklah melepak dekat Mcd ni, tu lah siapa suruh sampai awal sangat. 
 "It's better to see something once rather than to hear about it for thousand times."
Paling suka bila naik flight ni sebab boleh tengok pemandangan yang indah indah. Gittew. Jarang lah aku tidur bila naik flight (lagipun perjalanan tak sampai sejam pun, nak tidur apa nya kan). Hahaha! So boleh lah layan pemandangan yang macam ni. 
 First time naik flight sampai Kuantan ni, baru tahu airport sini tak besar mana. Hehehe. Nani hari tu beli tiket masa Air Asia buat promo, dapatlah RM 15 untuk one way. Nani pernah check haritu, harga dalam RM 50++ kalau bukan promo (depends on tarikh jugak). Hari tu Nani memang dah target kalau tak ada promo, naik bas aje lah. Lama pun tak apa lah daripada harga sampai 50++ kan. Itu yang bila tahu Air Asia buat promo, laju aje book, tak fikir dua tiga kali dah. Hahah! Baru jugak lagi Air Asia ni ada buat penerbangan ke Kuantan, sebelum ni MAS aje. 
Selamat mendarat di bumi Kuantan. Nani naik flight ni petang, pukul 5.50 macam tu & sampai Kuantan around 6.30 lepas tu rushing pergi homestay sebab malam tu majlis akad nikah pakcik pulak. Hahah! Flight ke Kuantan ni tak banyak tau, ada dua kali aje dalam sehari. Itu pun awal pagi satu, lepas tu petang. Nak ambil pukul tujuh pagi memang tak lah kan, pukul berapa pulak nak gerak pergi KLIA 2. So Nani pun ambil aje lah flight petang ni. Macam biasa, Air Asia jugaklah yang jadi pilihan. Setakat ni tak pernah ada lagi lah bad experience dengan Air Asia. Heheh. Cuma nya bila naik flight musim cuti ni, memang semuanya kena awal lah. Haritu pun nak check kastam kemain panjang beratur. Sabar aje lah. Next time senang lah nak pergi Kuantan sebab dah ada pernebangan ke sana. Hiks :)

Simple Make Up Menggunakan Althea Make Up Box!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni ada something yang istimewa Nani nak share dengan korang iaitu Make Up Collection terbaru keluaran Althea Korea. Wohooo! Siapa aje kan yang tak suka dengan make up semua ni. Nani tak ada lah pandai sangat pakai make up pun, setakat yang simple simple tu boleh lah. Heheh. Kali ni Nani excited betul bila tahu Althea dah keluarkan produk make up dia orang sendiri, tak sabar okay nak try sebab baca review semua cakap best dan berkualiti produk keluaran Althea. Nani memang selalu dah beli produk skincare dekat Althea, nampaknya lepas ni kita beli barang make up lah pulak. Makin bertambah lah barang dalam cart tu nanti rasanya. Eh? Hahah! Senang bila beli online ni, lepas order tunggu aje barang sampai depan pintu rumah. Setakat ni Nani memang puas hati lah dengan servis Althea Korea ni, laju okay walaupun terbang nun jauh dari bumi Korea sana. 
Muka excited tak sabar nak try semua barang make up yang ada dalam box tu. Kali ni box pun lain daripada yang lain bersempena dengan Lunar Year. Macam macam ada dalam satu box tu (daripada concealer sampai lah ke lip tint), siapa aje lah yang tak excited kan. Nak tahu best ke tidak semua barangan make up ni, jom baca apa yang Nani share dekat bawah. 
Ini lah antara barangan make up terbaru keluaran Althea Korea. Excited nak try semua barangan ni sebab semuanya cantik dan menarik. Nani kan jarang jarang pakai make up, itu yang excited lain macam. Hahah! 
💗Spot Eye Glitter
 Skin Relief Spot Film Gel
Skin Relief Spot Film Gel ni berfungsi untuk cover kita punya jerawat & menjadikan kulit kita lagi smooth. So mudah lah bila nak apply make up nanti. Tekstur produk ni dalam bentuk gel dan cepat aje kering. Tak ada lah lama sangat kan nak kena tunggu untuk pakai make up pulak. Cara nak apply Skin Relief Spot Film Gel ni pun mudah, korang just perlu picit dan sapukan secara nipis dekat bahagian muka yang ada jerawat lepas tu siap. Make sure tunggu gel ni dah betul betul kering baru korang start make up okay! 
 Flawless Creamy Concealer
Macam yang kita tahu concealer ni berfungsi untuk menutup segala jenis dark spot, jerawat dan parut yang ada dekat muka kita. Macam Nani jenis ada dark circle dekat bawah mata, kalau tak cover dengan concealer memang boleh nampak lah gelap sikit dekat bahagian bawah mata tu. Kali ni Althea datangkan dengan empat jenis warna, senang lah nak pilih mana satu yang sesuai dengan kulit kita. Nani paling suka guna yang code honey sebab tak terlalu gelap dan tak terlalu cerah, memang sesuai lah dengan warna kulit Nani. 
 Apa yang Nani paling suka dengan Flawless Creamy Concealer keluaran Althea ni sebab senang gila nak apply dekat muka dan paling penting sekali tahan lama. Skin type Nani jenis kering tau so memang concealer Althea ni jadi pilihan lah lepas ni sebab boleh memberikan kelembapan dan memastikan wajah kita tidak kering. I like! Korang yang berminat nak try concealer Althea ni boleh check it out dekat website dia orang. RM 15 aje untuk satu concealer ni, pada Nani memang murah jugak lah. 
Eye Palette Sunrise & Moonrise Althea x Bunga Citra Lestari
 Antara barangan make up yang paling tak sabar Nani nak try hari tu. Tengok lah tu warna warna dekat palette ni semua cantik dan tak terlalu terang. Nani suka pakai eye shadow yang warna nude, kalau terang sangat rasa tak cantik pulak. Hahah! Tapi ikut taste masing - masing lah kan. Kali ni Althea mengeluarkan Eye Palette Sunrise & Moonrise berkolaborasi dengan pelakon dan penyanyi dari Indonesia, Bunga Citra Lestari. Ada lapan jenis warna semua sekali & didatangkan dalam packaging yang sangat eksklusif. 
 Spotlight Eye Glitter 
Eye Glitter ni boleh dijadikan sebagai eyeliner atau pun eye shadow untuk menaikkan lagi make up dekat bahagian mata kita. Mula mula Nani takut jugak nak pakai sebab ada glitter tapi rupanya biasa biasa aje glitter tu. Untuk Spotlight Eye Glitter ni didatangkan dengan dua warna iaitu warna gold dan juga pink. Harga pun masih lagi dalam range mampu milik, RM24 untuk satu kotak. 
Watercolor Cream Tint
Watercolor Cream Tint keluaran Althea ini didatangkan dengan empat pilihan warna yang agak terang dan tahan lama. Nani dulu jarang pakai lip tint sebab Nani lagi suka lip butter, tapi sekarang ni rasa dah jatuh cinta pulak dengan lip tint keluaran Althea Korea. Paling penting sekali, watercolor cream tint ni mampu melembapkan bibir kita. Bau lip tint ni pun wangi tau, memang best sangat bila pakai. Macam yang Nani cakap tadi, lip tint ni mempunyai empat pilihan warna iaitu Plum Cream, Strawberry Cream, Peach Cream dan juga Marron Cream. Jangan tanya mana satu yang best sebab semuanya Nani suka. Hahah! 
Simple Make Up Tutorial :)
Lepas dah try & error banyak kali, dapatlah hasil dekat atas ni. Hahah! Itu pun nasib baik lah ada kawan tolong sama. Nanti Nani share video Nani buat make up tutorial ni okay. Simple make up aje lah yang kita mampu buat pun. Gittew. Tapi serious, semua barang make up keluaran Althea ni memang best okay, loveee sangat.  Harga pun still mampu milik & yang penting berkualiti lah. So, untuk korang yang berminat untuk dapatkan barangan make up keluaran Althea Korea, boleh lah terus ke website dia orang okay! Jangan lupa tau beli. Hiks :)
Website:
Facebook:
Instagram:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page