Mee Kari Simple

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni teringin sangat nak makan mee kari tapi ibu Nani busy sangat tak sempat nak buat. Nak beli pulak tak tahu dekat mana yang sedap. Dulu ada satu kedai fav Nani tapi ada sekali hari tu Nani beli kuah dia rasa kari ikan. Sejak daripada hari tu Nani tak pernah lah jejak kedai dia nak beli mee kari. Teringat lagi sampai sekarang rasa mee kari tu, mungkin masa tu kuah dah habis kot & dia bagi aje kuah kari ikan. Serius rasa dia tak sedap langsung. Punya lah teringin sangat kan makanya gigih kan lah jugak diri sendiri masuk ke dapur dan masak sendiri. Kebetulan pulak masa tu ada santan dalam peti ais. Terus google resepi macam mana nak buat mee kari paling simple. Nani tak pernah buat mee kari pun sebelum ni. Selalunya tengok ibu aje lah yang masak mee kari. Nasib baik ingat jugak sikit sikit step nak masak mee kari ni. Actually dia sama aje macam kita nak buat kari ikan atau ayam tu cuma bila masak mee kari ni kuah tu tak boleh pekat sangat. Kena cair cair aje tapi janganlah cair sangat sampai tak rasa santan kan. Heheh. Nani buat semagkuk aje baru ni & tak sangka pulak menjadi ala ala mee kari yang ibu selalu buat. Hahahaha! Kemain puji air tangan sendiri ye Nani. Eheh! 
 Taraa ini lah hasil mee kari yang Nani buat baru ni. Tak sia sia berperang dekat dapur lebih kurang sejam. Bila masak menu yang tak pernah masak ni memang mencabar sikitlah. Nak tengok step dekat phone lagi, nak masak kuah dalam periuk memang fuhh! Itu pun hari tu nervous jugaklah sikit, takut kang dah masak tiba tiba hasilnya tak berapa nak menjadi. Nasib baik lah lulus. Hahah! 
Paling best bila masak sendiri ni, kau boleh letak banyak mana isi ayam, fish cake dengan bebola. Ini pun ada banyak condiments yang tak ada untuk mee kari Nani ni. Hahah! Bawang goreng tak ada, cili besar merah tu pun tak ada. Nasib baik lah ada jugak sayur sawi dalam peti ais, kalau tak memang mee dengan isi dalam kuah kari tu aje lah. Next time boleh lah dah jamu mee kari bila orang datang rumah. Dah pandai ni masak mee kari sendiri. Hahah! Membantu betul resepi dekat google ni. Kuah pun ngam ngam elok kejadiannya. Rasa macam menang award lah bila dah pandai masak satu lagi menu berat macam ni. Hahahaha! Ibu Nani selalu cakap masak ni ikut suka kita aje, tak payah nak ikut sukatan sangat. Sebab tu lah kot kalau tanya mak mak ni nak letak garam/gula banyak mana mesti dia orang akan jawab "agak agak aje." Hahah! Betul tak? 

Happy Weekend!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu semua. Kalau weekend minggu lepas sibuk siapkan tempahan lemang sampai 12 kilo, weekend kali ni 'sibuk' memenuhi jemputan open house Raya dan kenduri kahwin pulak. Dah dekat penghujung Syawal ni, banyak pulak undangan kan. Setiap kali Raya memang kerja nya memenuhi undangan open house orang aje lah. Nani pulak memang setiap tahun tak pernah buat open house sebab tetamu ramai sangat. Kalau buat open house, boleh jadi macam buat kenduri lah cerita dia. Rumah Nani ni time tak buat open house pun dah sedia ramai orang datang. Hahah! Lagi pun bila duduk dekat taman perumahan macam ni, jiran jiran dah confirm kena jemput semua kan, kawan kawan lagi hah memang macam kenduri lah. Heheh. Sebab tu lah kita orang tak pernah buat lagi open house. Kalau kawan kawan nak datang beraya, memang suruh aje datang, nanti hidang lah apa yang ada. Mana yang bagi tahu awal awal tu boleh lah masak sedap sedap sikit. Tapi kalau yang jenis main terjah aje, ikut rezeki lah apa yang ada kan. Heheh. Tapi selalunya mee/bihun tu antara yang wajib ada lah dekat rumah bila Raya, senang nak masak kalau tiba tiba orang datang beraya. Gitu. Korang pulak selalu tak buat open house Raya? 
Gambar minggu lepas siapkan tempahan lemang 12 kilo. First time okay, tolong abah dengan ibu buat lemang sampai 12 kilo ni. Selalu kita orang buat dalam 10 - 15 batang macam tu aje. Minggu lepas dekat 40 batang hah buat lemang. Nani pandai masukkan pulut dalam buluh aje lah, lain lain abah dengan ibu lah yang buat.
Sebab dah jemu dengan menu menu Raya, pagi tadi ibu Nani masak nasi lemak untuk breakfast.  Nasi lemak ni jaraaang nak jumpa yang sedap & ikut citarasa sendiri. Kalau beli kadang kadang sambal manis sangat lah, sambal tak berapa nak masak lah, terus rasa tak sedap. Nasi lemak ni sedap dia terletak pada sambal kan. Heheh. Petang pulak ada kawan Nani hantar nasi minyak siap dengan kari kambing & ayam masak merah. Murah betul rezeki, memang semalam pagi aje masak. Heheh. Korang pulak buat aktiviti apa weekend ni? 

GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP
klik SINI untuk join.
Kali ni Nani tag Sayidah Napisah untuk join jugak! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page