Assalamualaikum & Hello.
Bulan puasa ni memang entry resepi aje lah yang paling banyak Nani buat. Hahah! Korang pernah minum air soda herbs? Ada sesetengah orang panggil air detox. Tapi kalau detox dia macam healthy sikit kan airnya sebab guna air kosong. Tapi yang versi Nani ni siap guna air bergas, memang terus jadi tak berkhasiat. Hahah! Dulu lah Nani pernah beli sekali lepas tu tengok bahan yang dia guna macam senang aje nak buat. Apa lagi, google lah resepi tapi banyak pulak ajarannya. Tak jadi ikut resepi dekat Google, Nani guna yang kawan ajar. Korang pun boleh lah try buat dekat rumah sebab senang sangat dan paling penting segar. Ini resepi yang kawan Nani ajar tau, kalau korang nak tambah bahan lain pun tak ada hal 😊
Ini bahan - bahan yang diperlukan, asam masin putih, daun pudina, lemon, laici, air soda f&n dan jugak ais. Kalau ikutkan kena letak juga serai tapi sebab serai dekat belakang rumah Nani ni hidup segan mati tak mahu jadinya Nani tak letak. Nak pergi keluar beli serai semata mata macam tak berbaloi. Hahah! So, kita guna apa yang ada 😆
Cara nak buat pun mudah sangat, korang campak aje semua bahan tadi dalam satu jug atau pun bekas lepas tu letak lah air soda tu. Nani tambah air kosong sikit sebab ada letak laici kan so dia jadi manis sangat. Mula mula Nani ingat tak nak tambah langsung air kosong. Hahah! Tapi serius, manis sangat sangat sampai tak boleh nak minum kalau tak letak air biasa. Boleh aje kalau tak nak tambh air kosong, tapi korang kena lebihkan sikit ais tu.
Ini lah hasilnya air soda herbs yang Nani buat hari tu. Adik beradik Nani panggil air hutan belantara sebab banyak sangat bahan dalam air ni. Hahah! Kurang asam boi betul lah perangai 😆 Air soda herbs ni memang segar sangat dan ada rasa mint sikit sebab letak daun pudina kan. Minum air ni memnag boleh buat mata tu segar sampai habis terawih. Hahah! Try tau korang buat memang sedap. Lagi satu, bahan tu boleh ikut suka kita nak letak banyak mana. Selamat mencuba!