Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga bulan mulia ini memberikan 1001 kegembiraan buat kita semua. Memandangkan sekarang ni bulan puasa, korang dah ada tempat ke belum tu nak berbuka petang nanti? Kalau tak ada lagi, apa kata korang ajak kawan kawan atau family berbuka puasa di Restoran Nelayan Gombak. Untuk pengetahuan korang, Restoran Nelayan Titiwanga merupakan sebuah restoran yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa sejak dari tahun 80-an. Namun, disebabkan faktor faktor tertentu, restoran ini telah berpindah di Jalan Gombak Utara pada tahun 2012. Nak tahu tak apa yang menariknya Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak ni? Jom baca dekat bawah. 
Sejujurnya, ini antara Buffet Ramadhan yang paling murah Nani pernah jumpa di sekita Kuala Lumpur ni. Hanya dengan RM49.90 korang boleh menikmati lebih daripada 80 jenis juadah untuk berbuka puasa. Apa yang bestnya, Restoran Nelayan Gombak ini akan menyediakan makanan berkonsepkan masakan Melayu. Siapa yang tak suka kan? Nani pun kalau berbuka puasa mesti nak cari lauk pauk Melayu jugak. Nasi tu memang wajib ada lah bila berbuka puasa ni kan. Mana yang tak sempat nak balik berbuka puasa dengan keluarga di kampung tu pun memang elok ke sini. Sebab masakan kampung di Restoran Nelayan Gombak ni macam air tangan ibu sendiri. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
Gulai Lemak Daging 
Ini antara salah satu menu yang paling Nani suka dekat sini. Daging tu lembut sangat. Korang pun tengok sendiri yang kuah gulai lemak ni pekat kan. Senang cakap, kalau datang sini memang boleh terubat rindu dengan air tangan emak kita dekat kampung sana. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Gulai Daging Kawah
Selain daripada daging masak lemak cili padi, terdapat jugak daging gulai kawah di Restoran Nelayan Gombak ni. Gulai kawah ni pun sedap memandangkan rempah yang mereka gunakan adalah rempah asli dan jugak berkualiti. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Roti Jala Magic
Roti Jala Magic ini dibuat daripada Tepung Magic atau pun Magic Floor keluaran daripada Mega Zesh Sdn Bhd. Warna warni sangat tau roti jala dekat sini dan yang paling penting lembut sangat. Kalau ambil dua atau tiga gulung ni aje memang tak cukup. Makan pulak dengan kuah kari dia yang umph tu memang tak pandang kiri kanan dah. Perfect! 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Ayam Masak Merah
Menu ni antara yang paling jadi kegemaraan anak anak kecil. Memang dekat sini ada macam macam jenis makanan so sesuai lah kalau nak bawa satu family datang berbuka puasa. Yang paling penting harga murah dan berbaloi. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Sambal Goreng
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Asam Pedas Ikan 
Peminat asam pedas, wajib cuba asam pedas ikan di Restoran Nelayan Gombak ni. Tahun ni memang dia orang menyediakan masakan berkonsepkan makanan tradisi Melayu & bersesuaian dengan tagline mereka "Selera Warisan Selera Kita." 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Sup Kaki Ayam 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Ikan Goreng 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
 Ayam Goreng Lemon 
Mana yang suka kan masakan masam masam manis boleh lah nanti rasa ayam goreng lemon ni. Lain daripada yang lain. Selain daripada masakan Melayu, terdapat jugak Nyonya Kari Laksa dan jugak pelbagai pilihan sup. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
Kuih Muih 
Tak lengkaplah kan kalau Buffet Ramadhan tak ada kuih muih atau pun pencuci mulut. Nani paling suka kuih bakar tu, sedap dan tak terlalu manis. Selain daripada kuih muih terdapat jugak rojak buah, bubur, kek, keropok dan jugak ais krim. Pilih aje yang mana tekak nak makan masa tu. Heheh. Di sini jugak terdapat pelbagai jenis minuman yang menepati citarasa masyarakat Melayu dan jugak cendol serta teh tarik istimewa. 
Buffet Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak
Harga Buffet Ramadhan Restoran Nelayan Gombak:
Dewasa : RM 49.90
Kanak - Kanak : 50% Diskaun & percuma
bagi yang berusia 4tahun dan ke bawah.
Sepanjang bulan Ramadhan ini jugak mereka akan mengadakan solat terawih di surau yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Jadi tak ada lah nanti lepas berbuka rushing pulak kan nak balik rumah. Segala kemudahan dah disediakan sepenuhnya di Restoran Nelayan Gombak. Untuk membuat sebarang tempahan, korang boleh lah terus menghubungi nombor telefon yang tertera atau pun boleh layari laman web serta media sosial mereka. Selamat berpuasa dan jangan lupa ke Restoran Nelayan Gombak. 
Alamat:
Restoran Nelayan Gombak,
Batu 8, Jalan Gombak Utara,
Kuala Lumpur. 
(berdekatan dengan UIA Gombak)
No Telefon: 03 6185 8400 




Delivery Domino's

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Banyak betul entry makan makan sebelum puasa ni kan. Hahah! Nak jugak habiskan semua entry ni sebelum puasa kalau tak nanti diri sendiri jugak yang terliur bila tengok 😆 Kisahnya semua orang macam dah tak tahu nak makan apa dekat kafe, masing - masing memang fikir nak order fast food. Nani jenis tak kisah, ikutlah makan apa pun janji kenyang. Mula mula nak oder Mc'd tiba tiba tak jadi sebab dalam apps tu tak boleh nak detect kita orang punya tempat. Dah kenapa entah. Sebab dah lapar sangat masa tu dan malas nak fikir dah, terus aje lah call Domino's order dua set pizza regular. Kalau tanya Nani Pizza Hut atau Domino's, ofcourse I would choose Domino's. Sebab Nani rasa macam topping Domino's lagi banyak (my opinion only) 😁
Macam dah lama sangat sebenarnya kita orang tak order Domino's ni tiba tiba hari tu rasa macam extra sedap. Hahah! Yang sebenarnya tengah lapar sangat, dari pagi kan tak makan 😆 Yang piza pepperoni memang antara favourite lah, wajib ada dalam list order. Lagi pun hari tu tak ada kupon Domino's so kita order aje lah menu yang biasa biasa. Nak yang luar biasa, kena tunggu purse tebal sikit. Hahah! 
Yang ni BBQ apa entah namanya. First time Nani makan & not bad rasa dia. Sebelum sebelum ni tak pernah order sebab takut tak sedap. Iya lah sebab sos BBQ tu kadang kadang ada yang macam tak sedap sangat & tak kena dengan citarasa sendiri. Tapi hari tu nice jugaklah, boleh order lagi lain kali. 
Konon hari tu nak order pizza aje, sekali add on cheese bread pulak. Gebu pulak tu cheese bread Domino's kali ni, sukaaa! Cuma sos tu dia bagi sos biasa aje. Kalau tak silap macam dia orang bagi sos tomato tu sebelum sebelum ni. Ke itu dekat tempat lain entah. Lost memory sudah! Hahah! Selalu kalau order fast food macam ni, memang akan share duit sikit sorang. Baru lah jimat. Selalunya bab makan Nani tak berkira sangat tapi kalau bab shopping memang berkira lah sikit. Eh? 😆

Resepi Kerabu Maggi

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu Nani ada kongsikan dalam ni pasal kerabu maggi tu kan. Baru minggu lepas sempat nak masak, so boleh lah share dengan korang resepi kerabu maggi. Mula mula tu nervous jugak nak masak (kononya!) sebab takut tak ada orang nak makan. Hahah! Dah lah empat packet maggi tu Nani beli. Oh ya, hari tu ada yang tanya memang kena guna maggi jenama Serda ni ke, kalau guna maggi lain tak boleh ke. Yang Nani baca memang elok guna maggi jenama Serda ni hah sebab perencah dia tu lain sikit dari maggi yang ada ni. Nani pun tak pernah lagi jumpa resepi yang guna maggi biasa tu, selalunya orang guna Serda. Nani tengok resepi ni dekat Instagram hari tu, ada sorang datin tu dia tunjuk cara masak kerabu maggi 😀
Resepi Kerabu Maggi
Setakat ni Nani tak jumpa lagi maggi Serda ni ada jual dekat Tesco atau pun Aeon. Heheh. Rasanya kalau nak beli, korang kena cari dekat kedai yang macam Thailand sikit. Nani ni pun import dari Kelantan sana. Hahah! Kemain jauh sangat kan. Kebetulan hari tu ada kawan balik sana, kirimlah. 
Resepi Kerabu Maggi
Bahan - Bahan:
💦Maggi Serda 
💦Tomato
💦Lada Siam 
💦Limau nipis
💦Sotong
💦Sosej 
💦Bawang
💦Serai
💦Hirisan Bunga Kantan
💦Daun Sup 
Cara - Caranya: 
1) Rebus maggi sehingga lembut (macam biasa lah kan). Dalam masa yang sama, rebus jugak sotong dengan sosej tu. Nani hari tu tak rebus tapi Nani goreng dengan minyak yang sikit. Bila sotong dah kembang, angkatlah. Sotong jangan goreng atau rebus terlalu lama, nanti keras. 
2) Panaskan minyak, masukkan bawang, lada siam, serai, hirisan bunga kantan, tomato, sosej, sotong dengan maggi. Kacau lah bagi rata. (Kalau ikut resepi asal, tak goreng pun cuma kacau dalam mangkuk yang besar. Ikut suka lah mana yang korang mudah nak buat).
3) Akhir sekali, baru lah masukkan perencah yang ada dalam maggi tu dan jugak hirisan daun sup dengan air limau nipis. 
Resepi Kerabu Maggi
Ini lah hasilnya kerabu maggi air tangan seorang Inani Hazwani. Pedas jugak lah sebab letak lada siam lepas tu perencah maggi Serda ni pun dah memang sedia pedas. Sedap! (Suka hati puji masakan sendiri 😆) Nasib baik semua orang makan kalau tak membazir. Hahah! Cumanya sebab Nani goreng, dia macam kering sikit. Lain kali, kena ikut resepi yang semula jadi, kacau aje dalam bekas tak payah goreng. Dah pandai buat sendiri, tak payah lah makan yang dekat Boat Noodle lagi. Kononnyaaaa! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page