Mr Dakgalbi di Setapak

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas rasanya minggu yang paling banyak makan makanan Korea. Hahah! Dua hari hari berturut turut pulak tu. Nani bukan lah jenis peminat tegar makanan korea ni, tapi kalau orang dah ajak layan jugak lah. Heheh. Mula mula tu ingat tak nak pun join sebab risau tekak tak boleh nak terima. Tapi setelah berkali kali dia orang menghasut, Nani pun on jugak lah. Bila lagi kan nak cuba. Gigih sangat pergi Setapak malam tu semata mata nak makan dekat Mr. Dakgalbi. Mr. Dakgalbi ni ada banyak cawangan sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Kalau tak silap Nani dekat Setia City Mall pun ada jugak. Heheh. Lain lain cawangan Nani tak ingat dekat mana 😁
Mr Dakgalbi di Setapak
Tak ada lah susah sangat nak cari restoran ni. Kalau ada Waze lagi senang. Heheh. Oh ya, Dakgalbi tu maksud nya ayam. Eh Nani pun baru tahu. Selama ni dengar je diorang asyik cakap Dakgalbi, tapi tak tahu maksud nya apa 😆
Mr Dakgalbi di Setapak
Ini lah muka muka yang bertanggungjawab bawa Nani makan dekat Mr. Dakgalbi. Sebab dia orang dah selalu makan sini so Nani ikut je menu yang dia orang pilih. 
Mr Dakgalbi di Setapak
Dekat sini bila kita order memang dia orang akan masak dekat depan kita macam ni. Memang konsep dia gitu lah. Warna merah tu ayam lepas tu ada topoki, kobis dengan apa entah yang hijau tu. Hahah! 
Mr Dakgalbi di Setapak
Yang putih tu bukan bihun okay tapi kobis yang dipotong halus. Memang nampak macam bihun & Nani pun memula tu ingat bihun. Heheh. Lagi dua tu macam biasalah kimchi dengan plain soup. Tapi sup tu macam masin sikit, Nani tak boleh nak terima. 
Mr Dakgalbi di Setapak

Mr Dakgalbi di Setapak
Taraaa ini lah set yang dia orang pilih. Satu set ni dalam RM80++ boleh makan dalam lima orang. Memang banyak sangat. Kawan Nani pilih nasi dengan maggi. Kalau nak pilih nasi je pun boleh. Ada jugak side dish yang lain kalau nak add tapi malam tu kiterang berlima ambil set yang ni aje. Sedaap sangat, patutlah beria dia orang ajak datang makan dekat sini. Kiranya tak sia sia lah ikut. Hahah! Oh ya, dalam nasi dengan maggi tu ada cheese sekali sebab tu harga jadi mahal sikit. Tapi kalau datang ramai macam Nani hari tu, sorang dalam RM15 lepas tu makan lah sampai kenyang. Walaupun ada cheese tapi tak ada lah muak sangat pun. Just nice! Korang dah pernah cuba makan dekat Mr. Dakgalbi? 

Biobax Pilihan Utama

Assalamualaikum & Hello.
Dah dua hari memang tak sempat langsung nak update entry sebab busy sikit dengan komitmen yang ada sampai tak sempat nak buka laptop apatah lagi taip entry. Nanti Nani balas slow slow kunjungan korang okay 😊 Bila dah sibuk nak settle kan macam macam urusan memang kadang kadang sampai naik lenguh kaki berjalan. Kalau dekat rumah boleh lah mintak ibu tolong urutkan kaki tapi bila jauh dekat tempat orang ni, mana ada sesiapa nak tolong kan. Heheh. Nasib baik lah ada minyak biobax ni hah, memang membantu sangat di saat perlu. Nani start guna biobax ni dari tahun lepas lagi, memang best sangat sangat. Sejak dah mula guna biobax, memang dah tak cari minyak lain dah. Bukan setakat Nani aje guna sekarang, tapi satu family dah guna sebab best biobax ni.
Best sebab minyak ni macam cooling spray. Mula mula pakai panas sekejap lepas tu lama lama nanti sejuk aje. Best sangat lah sampai tak tahu nak describe dekat korang macam mana. Hahah! Sebotol minyak biobax ni boleh bertahan dalam masa dua ke tiga bulan dengan 500 kali semburan. Tapi kalau Nani dua bulan macam tu dah habis dah guna. Heheh. Memang boleh katakan hari hari guna, maklumlah setiap hari jauh berjalan. Selain dapat menghilangkan lenguh kaki, apa lagi kelebihan Biobax ni? Jom baca dekat bawah ni. 
Biobax Pilihan Utama
 KELEBIHAN BIOBAX 
💙Menghilangkan lenguh, kebas kaki dan terseliuh
💚Mengatasi masalah sakit pinggang (terutama ibu mengandung)
💛Mengurangkan sakit belakang dan tengkuk 
💜Mengatasi masalah sakit lutut 
💙Melegakan selesema dan resdung
Biobax Pilihan Utama
HARGA SEBOTOL BIOBAX :
RM80 / SM
RM85 / SS
Alhamdulillah setakat Nani guna ni memang Biobax salah satu minyak yang boleh memberi kelegaan dengan pantas. Lagi best sebab dengan Biobax ni cuma spray aje dekat bahagian yang sakit. Dah lah bau wangi, tak melekit dan selesa sangat bila guna. Hari tu abah Nani sakit dekat bahagian pelipat kaki sampaikan nak solat pun susah. Setiap malam ibu Nani spray dan sapukan dekat bahagian pelipat tu alhamdulillah dalam masa dua hari macam tu dah okay dah. Sebab tu lah Biobax ni dah jadi pilihan Nani satu keluarga. Korang pun kalau ada mak ayah yang sakit lutut ke, Nani sarankan untuk guna minyak ni. Spray, sapu dan sembuh! InshaAllah 😊
Macam mana nak beli? Hah boleh laju laju WhatsApp nombor telefon Nani dekat bawah ni okay. InshaAllah Nani akan cuba balas selaju mungkin. Hehehe. Cecepat WhatsApp, Nani tunggu 😉
WhatsApp : 014-5439384 (Nani)

Surga Yang Tak Dirindukan 2

Assalamualaikum & Hello.
Dekat seminggu asyik tengok trailer dekat Youtube, akhirnya dapat jugak tengok movie ni Jumaat lepas. Mula mula Nani tak nak pun layan since yang pertama pun tak tengok. Tapi lepas baca sana sini orang cakap cerita ni best, Nani pun terlayan lah jugak. Siap cari lagi okay dekat Internet yang pertama punya. Hahah! Punya lah gigih sangat kan. Hari tu ada jugak tayangan Surga Yang Tak Dirindukan dekat Astro Prima dengan Ria kalau tak silap tapi masa tu macam tak ada jiwa sangat nak layan 😆Bila dah tengok yang first lepas tu ada pulak sambungan, dah tentu lah nak tengok lagi kan. Heheh. Sebelum pergi tengok dah macam macam andaian buat, sekali ending jauh sangat tersasar dari apa yang dijangkakan.

Korang kalau tak tengok lagi yang first baik tengok dulu kalau tak nanti tak faham pulak bila terus tengok yang kedua. Heheh. Hari tu Nani tengok dekat web bioskop ke apa entah nama nya. Cerita ni bukanlah totally pasal percintaan, banyak jugak unsur unsur kekeluargaan, pengorbanan yang boleh belajar. Gitu. For me, memang best lah dari yang pertama sampai lah yang kedua ni dan tak rasa rugi langsung tengok. Rasa nak pergi tengok lagi pun hado. Nani bukan jenis minat gila gila dengan movie Indon ni, tapi kalau cerita tu best memang sanggup layan. 
Surga Yang Tak Dirindukan 2
Untuk permulaan cerita ni, memang mula mula tu banyak sangat scene yang kelakar. Gelak aje memanjang dengan watak kawan kawan baik si Pras (Amran dengan apa entah namanya. I is dah lupa) Seronok tengok diorang punya friendship. Rasa macam real sangat dan mana mana pun Pras tu pergi mesti ada dia orang berdua. Hahah! Tapi bila dah sampai dekat tengah dah mula scene yang sedih bila Arini disahkan ada kanser stage empat dan ending dia meninggal. Nani tak expect pun yang jalan cerita dia macam ni. Ingatkan Pras akan ceraikan Meirose dan Meirose kahwin dengan Dr. Syarief tu, sekali lain betul dari sangkaan. Kawan Nani lagi lah tak boleh terima ending dia macam tu. Mula mula movie banyak sangat scene kelakar, sekali ending mengalir air mata. 
Even ending sedih tapi still jugak suka dengan setiap watak dalam cerita ni. Dengan watak budak kecik Nadya tu yang comel sangat, pandai pulak tu berlakon. Memang best lah. Lepas dah tengok movie ni, Nani rasa macam nak masukkan Budapest dalam wishlist tempat nak pergi. Cantik sangat sangat. Masa tengok trailer tu lagi dah tertanya tanya dia orang berlakon dekat mana sebab lawa sangat, rupanya dekat Budapest. Ayuhlah menabung untuk ke Budapest. Eh 😆 Korang dah tengok movie ni?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page