Surga Yang Tak Dirindukan 2

Assalamualaikum & Hello.
Dekat seminggu asyik tengok trailer dekat Youtube, akhirnya dapat jugak tengok movie ni Jumaat lepas. Mula mula Nani tak nak pun layan since yang pertama pun tak tengok. Tapi lepas baca sana sini orang cakap cerita ni best, Nani pun terlayan lah jugak. Siap cari lagi okay dekat Internet yang pertama punya. Hahah! Punya lah gigih sangat kan. Hari tu ada jugak tayangan Surga Yang Tak Dirindukan dekat Astro Prima dengan Ria kalau tak silap tapi masa tu macam tak ada jiwa sangat nak layan πŸ˜†Bila dah tengok yang first lepas tu ada pulak sambungan, dah tentu lah nak tengok lagi kan. Heheh. Sebelum pergi tengok dah macam macam andaian buat, sekali ending jauh sangat tersasar dari apa yang dijangkakan.

Korang kalau tak tengok lagi yang first baik tengok dulu kalau tak nanti tak faham pulak bila terus tengok yang kedua. Heheh. Hari tu Nani tengok dekat web bioskop ke apa entah nama nya. Cerita ni bukanlah totally pasal percintaan, banyak jugak unsur unsur kekeluargaan, pengorbanan yang boleh belajar. Gitu. For me, memang best lah dari yang pertama sampai lah yang kedua ni dan tak rasa rugi langsung tengok. Rasa nak pergi tengok lagi pun hado. Nani bukan jenis minat gila gila dengan movie Indon ni, tapi kalau cerita tu best memang sanggup layan. 
Surga Yang Tak Dirindukan 2
Untuk permulaan cerita ni, memang mula mula tu banyak sangat scene yang kelakar. Gelak aje memanjang dengan watak kawan kawan baik si Pras (Amran dengan apa entah namanya. I is dah lupa) Seronok tengok diorang punya friendship. Rasa macam real sangat dan mana mana pun Pras tu pergi mesti ada dia orang berdua. Hahah! Tapi bila dah sampai dekat tengah dah mula scene yang sedih bila Arini disahkan ada kanser stage empat dan ending dia meninggal. Nani tak expect pun yang jalan cerita dia macam ni. Ingatkan Pras akan ceraikan Meirose dan Meirose kahwin dengan Dr. Syarief tu, sekali lain betul dari sangkaan. Kawan Nani lagi lah tak boleh terima ending dia macam tu. Mula mula movie banyak sangat scene kelakar, sekali ending mengalir air mata. 
Even ending sedih tapi still jugak suka dengan setiap watak dalam cerita ni. Dengan watak budak kecik Nadya tu yang comel sangat, pandai pulak tu berlakon. Memang best lah. Lepas dah tengok movie ni, Nani rasa macam nak masukkan Budapest dalam wishlist tempat nak pergi. Cantik sangat sangat. Masa tengok trailer tu lagi dah tertanya tanya dia orang berlakon dekat mana sebab lawa sangat, rupanya dekat Budapest. Ayuhlah menabung untuk ke Budapest. Eh πŸ˜† Korang dah tengok movie ni?


Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas gigih Nani dengan kawan ke Wangsa Walk semata mata nak tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2. Nani lagi suka keluar time weekdays sebab tak ramai orang. Sebab movie start pukul 12.15 tengah hari so tak sempat lah nak lunch dulu. Breakfast pun tak ambik sebab pagi tu settle kan a few things. So habis je movie dalam pukul 2.30 petang macam tu terus pergi solat dan makan. Macam macam lagu dah keluar masa tu. Hahaha! Faham faham sendiri lah kan macam mana bila tak makan dari pagi. Setakat makan popcorn TGV tu mana lah kenyang sangat. Pusing punya pusing cari tempat makan, sudahnya kiterang ke Campur Campur Kitchen. Sebelum ni asyik baca review orang aje, kali ni kita try pulak sendiri πŸ˜‰
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Nani baru pertama kali sampai sini so macam blur blur sikit nak makan apa. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai kan mula mula nak makan menu A lepas tu bertukar pulak yang lain. Hahah! Masalah betul πŸ˜‚ Nani suka lah konsep restoran ni sebab santai aje. Next time boleh lah pergi sini lagi. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Tea in Thai Style ( RM5.57)
Masa Nani order air ni, tengok dalam menu dia letak dalam gelas biasa tu je sekali sampai big cup. Tapi bukan big cup yang biasa tu, ini lagi besar. Nani dengan kawan terus pandang sesama sendiri. Hahaha! Siapa nak habiskan air banyak macam ni. Ibaratnya satu air tu boleh kongsi dua orang okay. Murah lah air dalam lima ringgit dan tersangatlah banyak. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Campur Belacan Chicken Fried (RM11.23)
Dekat sini memang style diorang semua menu dalam portion yang besar kot. Nasi goreng ni pun banyak sangat. Side dish dekat tepi tu ayam masak sambal,udang kering, telur dadar dengan hirisan mangga. Sedap, bila makan tu ada rasa pedas pedas sikit + masam masam manis dari hirisan mangga.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Flying Fish With Hot & Spicy Herbs Rice (RM15.94)
Ini pulak pilihan Nani. Sekali lagi kiterang berdua macam tercenggang. Hahah! Apehal banyak sangat ni. Kalau tahu portion memang banyak dan ikan besar macam ni, memang order satu set aje lepas tu add on nasi lagi semangkuk. Take time jugak lah makan sebab nak habiskan semua ni. Menu yang Nani ambil ni, ada dua side dish yang kita boleh pilih sendiri. Nani ambil chicken wing dengan telur tu. Lagi dua side dish diorang kalau tak silap tomyam dengan salad rasanya. Heheh.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Lembut sangat ikan ni walaupun digoreng rangup. Sedap sangat, memang fefeeling makan dekat rumah sendiri. Heheh. Ada pulak sambal kicap dengan sambal belacan, memang layan lah. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Free salad of the day. Yang ni korang boleh ambil sendiri, ikut suka nak banyak mana. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Muka kekenyangan memang macam ni. Hahah! Sebab lunch pun dah dekat pukul tiga, portion makanan pulak banyak, malam tu memang tak makan apa apa dah. Puas hati betul makan dekat sini, patutlah ramai yang rekemen makan dekat Campur Campur Kitchen. Kalau cawangan di Wangsa Walk ni memang dari tempat parking kereta tu dah boleh nampak restoran. Dekat bahagian luar tu aje, tak payah masuk sampai dalam. Selamat mencuba! 

Popia Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Bila baca tajuk entry ni mesti ada yang ingat Nani dalam cubaan buat makanan jadi hipster. Hahah πŸ˜† Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. Eheh. Ini bukanlah spring roll lepas tu letak cheese dalam tu. Apa yang Nani nak kongsikan ni, ala ala kerepek popia cheese. Gasaklah nak letak nama apa pun yang pasti sedap dan nak buat pun tersangatlah senang. Dapur bujang katakan, semua resepi haruslah yang paling simple. Tak gitu? So bahan yang wajib ada mestilah kulit popia dengan serbuk cheese (alah yang selalu makan dengan wedges tu) Heheh. Serbuk cheese tu kalau rasa tak ada jual dekat tempat korang, boleh lah beli online. Dah ramai orang jual sekarang. 
Popia Cheese
Mula mula gunting kulit popia tu ikut saiz yang korang nak dan goreng dalam minyak panas. Nani hari tu sebab nak cepat main gunting aje ikut suka. Ehehe. Mana tak nya, bas pukul 12 tengah hari, pukul 10.30 pagi baru nak buat benda ni. Nasib baik ibu sudi tolong gorengkan, dapatlah jugak bawa balik sebalang popia cheese bagi kawan kawan rasa. Heheh. 
Popia Cheese
Agak agak kulit popia tu macam dah sejuk sikit, taburlah serbuk cheese tu dan gaul sampai sebati. Siap! Sedap tau korang, boleh lah try buat dekat rumah sebab tersangatlah senang. Kalau beli online orang jual RM30 sebalang rasanya. Sebelum ni ada jugak niat nak beli dekat Instagram tu tapi sebab macam mahal sikit, terus datang idea nak buat sendiri. Makan masa tengah layan movie, memang syok. Sedar sedar balang dah kosong. Hahah πŸ˜† Nani hari tu guna satu paket kulit popia tu dapatlah jugak dalam empat ke lima balang. Abah siap cakap nanti Raya buat aje ni hidang dekat tetamu. Hahah! Kemain sangat abah, puasa pun belum, dia dah cerita pasal Raya. Korang pun jangan lupa tau buat dekat rumah. Heheh. Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page