Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga.
GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


Upside Down Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sejak baca entry Sally Samsaiman pasal Upside Down Museum ni dulu, terus simpan niat nak pergi sini. Heheh. Sebab hotel Nani menginap pun dekat area Georgetown aje, mudah jugaklah untuk pergi muzium ni. Hari tu ada jugak plan nak pergi Muzium 3D Art & Tricks (kalau tak silap nama dia) tapi sebab Nani dah pernah pergi Muzium 3D Langkawi, Nani pilih lah muzium terbalik. Banyak dah rasanya sekarang ni muzium terbalik, dekat Sabah ada, Kuala Lumpur pun ada jugak. Upside Down Museum Penang ni dekat kawasan kedai, memang pada Nani agak susah lah nak cari. Macam biasa, sesat tu dah jadi perkara wajib sepanjang dekat sana. Hahah! Nani jalan kaki ke muzium ni dari Masjid Kapitan Keling. Iye awak jalan kaki sebab tengok dalam peta tu macam dah tak jauh sangat. Hahah! Kalau datang dengan geng bujang takdek masalah lah jalan kaki. Tapi malam tu sakit sakit jugaklah kaki nya. Heheh πŸ˜† 
Upside Down Museum Penang
Harga tiket Upside Down Museum Penang :
Pelajar : RM 11
Dewasa : RM16
Kanak - Kanak : RM8 (5 tahun - 12 tahun)
Upside Down Museum Penang
Masuk dalam muzium ni memang akan ada pekerja dia yang akan guide macam mana cara nak bergambar. Hahah! Iya lah masuk rumah terbalik kan takkan nak buat aksi biasa biasa. Haruslah luar biasa πŸ˜† Ramai yang tanya Nani soala macam ni, "eh pergi berdua siapa yang ambikkan gambar?" Ha jangan risau, kalau pergi ke muzium ni memang 100% gambar diorang akan ambikkan. 
Upside Down Museum Penang
Nasib baiklah hari tu Nani dengan kawan pakai palazo kalau tidak erm erm. Hahah! Banyak sangat gambar yangdiorang suruh angkat kaki lah, buat itu lah ini lah jadi nya kalau pakai kain, faham faham lah kan macam mana jadinya nanti. 
Upside Down Museum Penang
Setiap kali lepas ambil gambar, diorang akan tunjuk lah macam mana kita nak tengok gambar tu. Heheh. Tapi Nani ni masa tu je lah ingatnya. Bila dah balik hotel, ha lupa habis semua. Nak letak dalam Instagram pun fikir sampai patloh kali dulu macam mana nak rotate πŸ˜†
Upside Down Museum Penang
 Dah pening kepala ke tu tengok gambar gambar ni? 😁
Upside Down Museum Penang
Memang dalam ni kita akan dapat bergambar bermula dari ruang tamu sampai lah ke bahagian bilik air. Eheh. Memang macam macam gaya lah boleh buat. Lagi ramai korang pergi, lagi best. 
Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang
Dekat bahagian ni yang paling Nani rasa nak tergelak. bila diorang rakam video dan suruh kiterang lambung lambung buah durian tu. Ohmai, rasa macam fake sangat muka. Hahahah! 
Upside Down Museum Penang
Ini je lah gambar yang macam proper dan elok. Hahah! Dah lah pening jugak tadi nak pusing pusing kan gambar yang banyak banyak ni hah. Pening kan tengok? Bukan takat korang je, Nani ni pun naik pening sama. Maklumlah dah lupa pun iye jugak macam mana nak letak gambar ni dalam keadaan terbalik. Pusing ikut ni tak jadi, pusing ikut sana tak jadi. Eh eh lah πŸ˜† Cuma satu je lah pesanan Nani, kalau korang ke sini nak mudah pakai lah seluar okeh. Untuk korang yang nak ke Upside Down Museum Penang ni, boleh Waze alamat di bawah. 
45, Lembuh Kimberley
10100 Georgetown, Pulau Pinang.
Waktu operasi : 9.00 pagi sehingga 5.30 petang (Setiap Hari)

Roti Canai Transfer Road Penang

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat sana awal awal pagi lagi dah keuar nak cari Roti Canai Transfer Road ni. Nani pun ambik pakej hotel yang tak include breakfast. Dekat Penang selain daripada banyak muzium yang boleh pergi, ada banyak jugak tempat makan yang best best untuk singgah. Heheh. Bila Nani google tempat makan sedap dekat Penang ni mesti salah satunya Roti Canai Tranfer Road. Memandangkan jarak kedai roti canai ni dengan Hotel Grand Inn yang Nani menginap tu tersangatlah dekat so kiterang jalan kaki aje. Cumanya memula hari tu Nani dengan kawan tersilap kedai. Hahah! Maklumlah jalan guna peta free tu faham faham je lah kan. Entah kedai siapa yang Nani masuk memula tu. Lepas dah naik rapid nak ke Batu Feringghi baru lah perasan kedai yang betul. Nani siap tanya lagi abang bas tu tau. Rupanya memang dekat sangat dengan hotel, dalam lima minit gitu. Tapi Nani tersilap jalan itu yang jadi tersalah kedai. Huhuh. 
So hari ketiga baru lah pergi ke kedai Roti Canai Transfer Road yang betul. Hahah! Masa Nani sampai tu sedang elok ada meja kosong. Langkah kanan gitu. Nak bagi mudahkan korang kalau nak makan dekat sini boleh cari stesen minyak Caltex. Kedai ni memang dekat sangat dengan stesen minyak tu. Actually not really said kedai lah, dia lebih kepada warung gitu. Heheh. Memang ramai orang tapi servis dia laju jugak lah. Seriously Nani blur sikit masa dia tanya nak order apa (faham faham je lah baru bangun tido kan, otak pun macam tak dapat nak hadam elok elok sangat πŸ˜†) 
Roti Canai Transfer Road Penang
Ini lah rupanya roti canai dengan ayam kari. Masa Nani order, dia tanya nak ayam ke daging terus lah jawab ayam (dia pulak tanya laju kemain, tak sempat nak hadam betul betul terus jawab ayam. Hahah). Ingatkan untuk kuah kari dia tanya tu, sekali ambik kau seketul ayam ada sekali atas roti canai tu. Ehehe. Memang sedap lah, kuah kari pekat dan pedas. I likee 😊 Selain daripada roti canai ni, roti bakar femes jugak dekat sini. Hari tu hampir hampir nak order roti bakar, nasib baik tak jadi. Makan ni pun dah rasa full sangat. 
Dekat sini konsep dia bayar asing - asing. Air bayar lain, roti canai bayar lain. Gitu. Masa orang tu hantar roti ni dia cakap 32 ringgit.Oi tercenggang jugaklah Nani tapi keluar jugak lah duit RM50 nak bayar kan. Terus lepas tu kawan Nani bisik "16 ringgit woo sarapan pagi ni." Terus terfikir takkan sebab ayam ni jadi 16 ringgit. Tapi lepas dia pulangkan duit baki balik sebenarnya tak sampai pun 16 ringgit, cuma RM6 aje sepinggan ni. Tak tahu lah abang tu tersasul atau sengaja nak kenakan. Hahahah! πŸ˜† Gelabah jugaklah aku memula tu dengar RM32. Kah!
Roti Canai Transfer Road Penang
kredit SINI 
Kedai ni tepi jalan aje dan ada jugak bas rapid yang lalu sini, senang aje kalau nak pergi. Memang sentiasa full house, lagi lagi kalau musim cuti. Nani hari tu pergi masa weekdays tak ada lah sesak sangat tapi dapat tempat duduk dah hujung hujung jugak. Hahah. Korang kalau ke Penang boleh lah ke sini, memang sedap dan terbaik roti canai dia. Mungkin next time boleh try roti bakar pulak. Hahah. Tapi next time Nani tu tu mungkin lagi lima enam tahun lah dengan orang tersayang  pulak mungkin. EhemπŸ˜† Gurau je, jangan serius sangat. Eh tapi mana tahu betul. Hahahhahahah! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page