Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni baru berpeluang nak kongsikan resepi double chocolate chip cookies yang Nani buat masa Raya hari tu. Kalau dah namanya Inani Hazwani, haruslah resepi tu semua mudah mudah dan sedap kan. Eh Nani pun malas kalau nak buat resepi yang payah payah tu hah. Bukan apa, takut tak jadi dah satu hal satu lagi nanti membazir sebab tak ada orang nak makan. Hahah ! Korang yang nak buat cookies nanti boleh lah gunakan resepi ni kalau nak. Heheh. Lepas ni makin rajin lah buat cookies ni, kalau nak beli Famous Amos memanjang memang boleh cepat kering duit poket. 
Resepi Double Chocolate Chip Cookies Mudah
Ini lah hasil double chocolate chip cookies yang Nani buat hari tu. Rasa dia pahit pahit manis gitu sebab Nani ada tambahkan sekali serbuk koko. Ini pun baru pertama kali Nani buat cookies ni jadi tak ada lah resepi bergambar. Heheh. So, bahan bahan untuk buat cookies ni boleh tengok dekat bawah. Semua korang boleh beli dekat satu kedai aje.

BAHAN A : 

1. 1 cawan brown sugar (gula perang)
2. 1 cawan gula kastor
3. 1/2 cawan minyak masak
4. 1/2 cawan mentega
5. 1/2 sudu kecil esen vanilla
6. 1 sudu besar susu segar
7. Telur sebiji (gred apa pun tak kisah)

BAHAN B :

1. 3/4 cawan tepung gandum *
2. 3/4 cawan tepung jagung *
3. 3/4 cawan serbuk koko *
4. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
5. 1 cawan almond nib
6. 1 cawan chocolate chip 
Yang bertanda (*) perlu diayak terlebih dahulu sebelum dicampurkan sekali.

CARA - CARA :

1. Campurkan semua bahan A ke dalam mixer dan putarkan sehingga semua bahan bahan tadi sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit semua bahan yang telah diayak tadi (tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko) 
3. Bila semua dah bergaul sebati, masukkan chocolate chip dan almond nib tu tadi. Gaul lagi sehingga semua sebati dan menjadi doh.
4. Bila dah sebati, Nani masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 30 minit supaya nanti bila kita nak bentukkan senang dan bila kita bakar cookies kita ni akan kembang cantik aje.
5. Sementara tu, boleh lah panaskan oven dengan suhu 160 darjah dalam masa 20 minit macam tu. 
6. Selepas 30 minit, keluarkan daripada peti ais dan boleh lah bentukkan bulat bulat kecil dan susun di atas loyang. Jarakkan sedikit sebab nanti cookies ni akan mengembang,
7. Bakar dengan suhu 160 darjah dalam masa 15 ke 20 minit bergantung pada oven masing masing.
8. Bila dah siap dibakar jangan terus susun dalam bekas, biarkan cookies kita tu sejuk terlebih dahulu. Baru lah nanti cookies kita rangup bila dimakan. 

Ha senang aje kan nak buat cookies ni, masukkan aje semua dalam mixer lepas tu settle. Kalau korang malas nak bentukkan dengan tangan, beli aje scoop aiskrim yang kecil tu lagi senang. Ini resepi yang Nani tengok dekat facebook dan ada yang Nani dah ubah ikut citarasa sendiri. Sukatan gula tu boleh kurangkan lagi kalau korang tak nak manis sangat. Serbuk koko tu pun sama, boleh kurangkan kalau tak nak warna dia terlalu gelap. Selamat mencuba korang, kalau ada nak tanya apa apa boleh drop komen dekat bawah. Nani akan cuba balas satu per satu. 

Lepak di Sushi King

Assalamualaikum & Hello.
Dulu dulu tak pernah minat pun makan dekat Sushi King  ni tapi sejak pertama kali dulu datang makan sini, terus rasa nak datang lagi dan lagi. Hahaha ! Kalau dulu macam blur blur je tak tahu nak makan yang mana, sekarang boleh lah masuk Sushi King terus tunjuk nak makan apa. Ewah ! Hari tu tak plan pun nak melepak dekat Sushi King ni tapi sebab banyak tempat makan dah full house kawan Nani ajak lah makan Sushi King. Perut pun masa tu dah tak boleh nak berkompromi lagi dah, jadi kita masuk lah makan mana mana tempat yang ada kosong. 
Sushi King
Orange Yogurt
Nani memang minat betul kalau air yang jenis yogurt ni sebab rasa lemak manis. Hehe. Cumanya air dekat Sushi King ni tak banyak mana so sementara nak tunggu makanan sampai tu sila lah kawal sikit diri minum air. Kalau tidak kang, makanan sampai air dah habis. Biasanya kalau makan dekat sini Nani akan minta air kosong sekali. 
Sushi King
 Set Bento
Pertama kali Nani makan set bento ni. Sedap ! Daging tu tak liat langsung dan dihiris nipis. Ada jugak tauhu dengan crab stick tu. Walapun nasi tu nampak portionnya kecil aje tapi mengenyangkan jugak lah perut ni. Heheh. 
Sushi King
Ini tambahan aje kita orang ambil sementara nak tunggu set bento masing masing sampai. Dah lapar sangatkan sampai tak boleh nak tunggu dah. Hahah !
Geng kaki lepak dekat Sushi King, kemain lagi laju kalau bab bab makan diorang berdua ni. Bukanlah selalu sangat makan dekat sini tapi bila tekak mengada ngada nak makan sushi masuk jugaklah. Kadang kadang kalau malas nak pergi sushi king, kita orang beli aje sushi yang ada jual dekat pasar malam tu. Sedap jugak. Heheh. 

Brownies daripada CakesbyMucy

Assalamualaikum & Hello.
Nani memang dah lama simpan hajat nak jamu kawan kawan dengan brownies ni. Kebetulan Selasa minggu lepas diorang decide nak buat perjumpaan hari Rabu malam (which is malam esoknya tu) Malam Selasa tu jugak gigih Nani pergi scroll Instagram nak cari yang jual brownies + boleh delivery terus ke tempat Nani ni hah. Memang kalau nak pergi ambil sendiri tak sempat lah Nani ni. Tapi semuanya tak nak terima order Nani sebab last minute sangat. Dah lah tengah malam baru nak order, lepas tu nak minta hantar pagi esoknya tu, memang tak sempat lah kan. Dalam berfikir nak tempat dekat mana, teringat yang sorang kawan Nani ni ada buat brownies delivery. Apa lagi, terus laju laju WhatsApp dia walaupun jam dah pukul satu pagi. Punyalah nak jugak kan brownies tu.
Bila dah WhatsApp Mucy tak balas pulak, masa tu terus rasa harapan nak bagi diorang makan brownies dah tinggal sipi sipi. Nani pun dah malas nak pergi tanya orang lain tambah pulak memang dah lewat malam masa tu terus tido aje lah kan. Subuh esoknya baru Mucy balas bagi tahu dia boleh terima order Nani, riang ria terus hah hati ni. Memang sayang sangat lah dekat Mucy ni sebab sanggup terima order Nani pukul satu pagi, dah lah dia tak berapa sihat masa tu. Lepas Nani order terus dia pergi bersilat dekat dapur tahu tahu dia hantar WhatsApp brownies dah dalam oven. Fuh power sangat kenapa ni? Hehehe. 
Nani order yang plain brownies aje hari tu. Satu kotak ni dalam 35 ringgit. Pukul 12 tengah hari macam tu brownies ni dah selamat sampai ke tangan Nani. Mucy minta maaf sebab brownies yang dia buat ni tak berapa nak berkedut sebab buat nak cepat pagi tu. Aiyo Nani tak kisah pun berkedut ke tidak hah, sedap jugak bila dah masuk ke tekak. Siapa suruh order last minute kan, adatlah kalau tak berkedut sangat. Hehehe. Sedap sangat tau brownies ni sebab tak manis sangat, sedang elok aje bila makan tu. Haih jatuh cinta terus dengan kesedapan brownies Mucy ni. Nani memang suka tengok orang yang power bab bab baking ni sebab Nani tak power sangat. Sikit sikit boleh lah. Hehe.
credit : CakesbyMucy
Budak budak ni semua cakap sedap jugak brownies Mucy ni hah, masing masing dapatlah rasa dua potong sorang. Ramai kan, tak boleh lah nak bagi banyak banyak. Heheh. Sejak Nani bagi diorang makan brownies Mucy ni hari tu, bila ada perjumpaan soalan wajib diorang "Nani tak bawak brownies ke?" Eh eh boleh kering poket tiap kali meeting nak bawak brownies untuk diorang. Haha. In sha Allah ada rezeki lebih lagi nanti, boleh lah bawakkan brownies lagi. Korang yang area KL dengan Selangor ni kalau nak order brownies boleh lah order dengan Mucy. Nak self pick up boleh, nak deliery pun boleh tapi ada charges lah. Sambil sambil tu follow lah Instagram CakesbyMucy ni.

Untuk yang nak order boleh :
WhatsApp : 019 -2210091 (Mucy) 
Follow Instagram : CakesbyMucy 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page