Mood Raya Lagi Ke?

Assalamualaikum & Hello.
Sekejap aje masa berlalu dah nak berhujung minggu pun ha. Tuan blog ni pun hari Isnin tu aje yang dia sempat update cerita Raya lepas tu menyepi, hari ni baru muncul balik. Biasalah lepas balik dari cuti Raya kan, haruslah banyak kerja yang nak kena siapkan. Ada yang tanya masih dalam mood beraya ke sampai tak sempat update blog? Hahaha. Mood beraya tu ada tapi tak ada lah sampai terbawa bawa tak nak update blog sendiri. Memang sibuk sangat minggu baru ni, siang dengan kelas nya, ,malam pulak ada meeting dan banyak lagi lah benda benda nak kena buat. Ulang rutin yang sama setiap hari, dah nak dekat hujung minggu ni baru lah rasa lega sikit. Tambah pulak Internet yang sendu sangat dua tiga hari ni lagi lah menjejaskan Nani nak membebel dekat sini. EH !
Sorry sangat sangat untuk yang singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak sempat nak balas lagi. Hujung minggu ni Insha Allah pelan pelan kita kayuh untuk sampai jugak dekat rumah korang tinggalkan jejak kasih. Gitu. Entry pasal Raya pun banyak lagi ni yang tak sempat baca. Iya lah, nak jugak kan tengok baju Raya korang yang cantik cantik tu semua. Nani tahun ni warna Kelabu jadi pilihan ibu dengan abah, ikutkan aje sementara masih berpeluang beraya dengan ibu dan abah ni ha. Mana tahu tahun depan beraya dengan orang lain pulak. Hahaha ! Kemain angan angan dia tu. 
Gambar yang tak ada motif pun, saje letak nak bagi meriah sikit entry ni. Hahaha !
Nak tahu jugaklah, korang masih dalam mood beraya lagi ke? Bila Nani scroll Instagram ramai betul yang kongsikan gambar pergi ke rumah terbuka lah, sambutan hari Raya dekat sekolah lah. Meriah sangat ha masing masing. Nani? Usahkan rumah terbuka, nak makan dekat kafe pun kadang kadang tak sempat jadi nan hadonya nak pergi rumah terbuka bagai kan. Hujung minggu ni aje ingat nak terjah mana mana restoran yang terbuka. Hahaha. Korang mesti lah banyak rumah terbuka yang nak kena pergi kan. Hehe. Apa apa pun, selamat berhujung minggu korang !

Raya Raya Raya !

Assalamualaikum & Hello.
Lama betul bercuti Raya kali ni sampai blog pun dianak tirikan. Ingat hari tu boleh lah jugak bukak blog masa dekat Pahang, sekali wifi dekat rumah buat hal pulak dah. Makanya nan hado lah entry selama seminggu baru ni. Alhamdulillah malam tadi Nani dah selamat menjadi perantau semula selepas beberapa jam menghadap jammed dekat Karak, Bentong dengan Gombak. Ha menggedik lagi nak balik petang, hadaplah segala jenis jammed tu kan. Bila dah balik sini, memang tamatlah dah cerita ketupat, lemang segala bagai melainkan ada yang undangan open house. Gitu.

Nani balik Pahang Jumaat tu lagi dah sebab tak ada kelas kan. Alang alang balik aje lah Pahang terus daripada duduk sini tak ada buat apa apa. Nak shopping pun malas sebab tak nak bersesak dengan orang ramai. Hahah ! Kalau ke Bangi Sentral tu pusing seploh kali pun belum tentu ada parking. So nya awal awal lagi kita cabutlah balik Pahang tolong ibu mengemas rumah sikit sikit, lepas tu kita hadap biskut Raya. Tahun ni rajin dia lain macam sikit nak buat kuih Raya. Hahaha ! Nani buat dua jenis lepas tu ibu buat dua jenis. Lain lain semua kita tunjuk aje :p
Cornflakes madu air tangan Nani. Eheh ! Cornflakes madu ni hah yang paling senang sangat nak buat sebab tu tiap tahun tak pernah tak buat. Sabtu pagi awal awal ajak ibu teman pergi bakery cari bahan nak buat semua kuih Raya. Nasib baiklah ibu rajin nak melayan anak dia ni ha. Nani buat tiga kotak cornflakes yang kecil tu dapatlah satu tupperware besar. 
Double Chocolate Chip Cookies
Ini pulak double chcocolate chip cookies, cubaan pertama kali buat cookies nampaknya menjadi. Nanti ada masa Nani kongsikan resepi dekat sini. Hitam tu bukan hangit okeh tapi sebab Nani tambah serbuk koko. Bila makan tu ada lah rasa pahit pahit manis gitu. Ikut citarasa sendiri lah kan, kalau tak nak ada rasa pahit pahit tak payah letak. 
Raya pertama sibuk beraya dekat kampung, raya kedua baru lah masak soto dengan ibu sebab saudara mara semua nak datang beraya dekat rumah. Memang meriah lah bila dah berkumpul satu keluarga besar. Nani kalau bab bab masak menu utama ni memang haruslah bagi ibu aje yang buat. Nani buat bergedil boleh pulak terlupa nak letak garam. Hadoi lah, tapi pakcik makcik cakap sedap je ha. Eh kompius pulak aku dengan tekak diorang ni. Hahaha ! Mungkin sebab makan dengan sup tu kan dia dapat cover rasa tawar tu. Hehe. 
Sabtu petang girlfriends ni datang beraya dekat rumah. Apeni semua makin cantik macam pwincess ! Yang paling simple tu tentulah tuan rumah kan. Diorang dah bagi tahu nak datang pagi tu tapi biasa lah tuan rumah kan mana sempat nak bersiap pakai lawa lawa. Sampai je dua buah kereta depan rumah, baru terhegeh hegeh cari tudung. Hahaha ! Terima kasih sudi datang beraya ke kediaman rasmi saya. 
Di kesempatan ini, Nani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan Nani mohon maaf andainya ada ayat ayat Nani atau komen komen Nani yang selama ini mengguris hati dan perasaan kalian. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Kalau ada yang nak buat open house tu boleh lah jemput Nani. EH ! Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kosong kosong tau !

Amalkan Konsep Tabayyun Dalam Kehidupan

Assalamualaikum & Hello.
Di zaman yang serba canggih dengan kemudahan teknologi ni, boleh dikatakan setiap hari kita terima mesej mesej yang viral tanpa kita tahu tentang kesahihannya. Kadang - kadang Nani rasa lambakan mesej viral yang macam ni buat kita memberikan pandangan dan perspektif negatif terhadap sesuatu perkara kan. Cuba bayangkan bila seseorang buat mesej yang palsu dan mesej itu disebarkan dengan sebegitu pantas maka semua menerima mesej yang salah. Nani tengok sekarang macam macam isu yang tak sahih disebarkan oleh segelintir masyarakat kita. Contohnya bila ada viral mesej tentang kehidupan keluarga yang miskin pasti ada yang menunding jari mengatakan pihak zakat tidak melakukan kerja mereka sedangkan keluarga tersebut sememangnya menerima bantuan selama ini. Lebih menyedihkan lagi mereka langsung tidak meminta maaf walaupun secara jelas mereka yang bersalah kerana menuduh pihak zakat tidak melakukan kerja dengan betul. Agak agak korang apa faktor menyebabkan benda benda macam ni terjadi? 
Pada pandangan peribadi Nani, perkara macam ni terjadi sebab kurangnya konsep tabayyun yang kita amalkan dalam kehidupan harian kita. Tahu tak tabayyun tu apa? Tabayyun maksudnya kita selidik dan kaji terlebih dahulu secara mendalam setiap mesej atau perkara yang kita terima sebelum kita sebarkan kepada orang lain. Secara mudahnya, tabayyun ialah proses pemeriksaan sesebuah berita atau pengkhabaran sebelum disebarkan. Bila kita amalkan konsep tabayyun ini baru lah kita dapat kurangkan masalah fitnah dan penyebaran berita yang palsu dalam kalangan masyarakat kita. Macam contoh yang Nani kongsikan dekat atas tadi tu, boleh katakan terlalu banyak perkara seperti itu berlaku terutama di media sosial sampaikan ada yang bergaduh sebab masing - masing menunding jari menuduh silap orang lain.
Sebenarnya dekat negara kita ini, setiap negeri akan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal hal yang melibatkan pengurusan dan agihan zakat. Di Pahang, kita mempunyai Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) yang akan menguruskan hal hal berkaitan zakat ini. Di Kelantan pula kita ada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan negeri negeri lain juga mempunyai pusat zakat mereka sendiri. Bagi pusat pungutan zakat Wilayah Persektuan pula semua kutipan zakat dilakukan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP manakala agihan zakat akan dilakukan oleh pihak Baitulmal MAIWP. MAIWP ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan.
Bercerita mengenai zakat ni, kita kena ingat yang kita mempunyai pelbagai jenis zakat bukan sahaja zakat yang kita bayar masa bulan puasa itu sahaja ye. Antaranya kita ada zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat emas atau saham, zakat KWSP dan lain lain lagi. Kadang kadang ada segelintir pihak yang ambil mudah sangat bab zakat ni. Nani memang dari dulu lagi abah tekankan jangan pernah ambil mudah bila melibatkan zakat sebab tunaikan zakat ni adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. Bila kita membaca Al Quran banyak ayat ayat yang mengingatkan supaya kita menunaikan zakat. 
Memandangkan zaman yang serba moden ini, terdapat banyak medium yang kita boleh gunakan untuk membayar zakat. Antaranya kita boleh membuat potongan gaji secara automatik untuk membayar zakat, zakat online dan sebagainya. Sekarang ini juga terdapat kalkulator zakat yang membolehkan kita mengira sendiri jumlah zakat yang perlu dibayar. Melalui kemudahan seperti ini sememangnya dapat memudahkan kita untuk membayar zakat dan tidak ada lagi alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.
Melalui laman sesawang pusat pungutan zakat MAIWP, semua pusat pungutan zakat yang wujud pada hari ini sememangnya membantu masyarakat untuk lebih cakna dan bertanggungjawab untuk menunaikan zakat. Selain itu, pusat pungutan zakat juga dapat memudahkan kita untuk menunaikan zakat, meningkatkan pungutan zakat serta memperkenalkan sistem pungutan zakat berkomputer. Pusat pungutan zakat juga memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan memungut zakat. 
PPZ - MAIWP merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bertujuan untuk mengutip segala jenis zakat harta. Zakat harta yang menjadi tumpuan PPZ- MAIWP ialah zakat emas, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dan sebagainya. PPZ - MAIWP ini juga menjadi contoh organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan teknologi komputer 16 tahun lalu. Untuk korang ketahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang PPZ - MAIWP, korang boleh layari dan klik link di bawah. Memang semua maklumat berkaitan dengan zakat korang boleh dapatkan di sana. 

Website : www.zakat.com.my
Hashtag : #ppzmaiwp #zakatonline #zakatwilayah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page