Bila Jadi Cikgu Ganti

Assalamualaikum & Hello.
Terima kasih yang mendoakan baik baik untuk Nani di entry semalam. Tak sempat lagi nak balas satu per satu komen yang kalian tinggalkan, nak buat kunjungan balas pun tak lepas. Busy kemain kan. Hahaha ! Semalam jadi cikgu ganti dekat sekolah dulu itu yang macam busy sikit. Boleh tahan jugaklah penatnya lepas balik dari sekolah tu. Balik aje ke rumah, mandi, solat asar, baring baring sekejap ingatkan nak tidur. Badan penat tapi mata tak boleh nak lelap pulak dah. Dekat pukul enam tu mandi lagi sebab nak bagi segar sikit badan. Ya Allah, baru sehari aje tu penat dia lain macam betul.

Memang Nani salute betul dekat ibu Nani dan kakak kakak yang bekerja ni hah. Seharian dah penat bekerja, balik pulak rumah nak memasak untuk berbuka. Nani semalam memang rasa lesu betul satu badan. Mungkin sebab seharian dah banyak sangat berjalan ke hulur ke hilir. Dah lama kan bersenang lenang dekat rumah, bila semalam tiba tiba banyak benda nak kena buat badan terperanjat agaknya. Hahaha ! Macam mana lah agaknya kalau nanti memang dah full time bekerja, mampu ke tidak entah Nani ni nak buat macam yang ibu Nani buat. Boleh memasak macam macam lagi untuk menu berbuka padahal dari pagi sampai zohor mengajar dekat sekolah. Tabik betul dengan ibu ibu yang power ni !
sumber google
Perasaan bila jejak sekolah semalam memang macam macam lah. Seronok sangat haa. Rasa macam terbayang bayang kenangan dulu dulu. Ewah ! Paling tak boleh lupa masa Nani jalan nak ke surau solat zohor, lalu lah dekat kelas tingkatan empat. Sekali dalam kelas tu ada cikgu bahasa melayu Nani dulu. Tahu apa cikgu tu buat, beliau jerit "Wani !" dari dalam kelas. Hahahah ! Malunya jangan cakap. Cikgu terkejut tetiba tengok Nani ada dekat sekolah tu. Dah lah Cikgu Wan siap nak berpantun bagai. Maklumlah dulu anak muridnya ini wakil daerah untuk Pesta Pantun. Sekarang semua tinggal kenangan sebab semua dah berkarat, lama dah kan tinggal zaman berpantun ini. Bila tak praktikkan memang hilang lah segala nya. Kan? 

Oh ya, memang ada sesetengah orang panggil Wani. Inani Hazwani kan. Haha ! Cikgu tu kadang kadang panggil Nani, kadang kadang panggil Wani. Tapi kalau orang panggil Wani ada masa Nani tak pandang pun sebab tak biasa. Bukan apa, rasa macam eh dia ni panggil aku ke panggil orang lain? Haha ! Tak kisah pun orang nak panggil apa, cuma biasanya Nani lah. Senang pun iye jugak. Eh macam dah melencong jauh aje dari tajuk ni. Hahaha ! Have a nice day readers !

12 Jun 2016 l Happy Birthday Inani Hazwani

Assalamualaikum & Hello.
Tudia tajuk entry terus wish birthday untuk diri sendiri. Hahaha ! Alhamdulillah masih diberi pinjaman nyawa untuk terus berada di atas muka bumi ini dan meraikan hari lahir sendiri untuk tahun 2016. Tahun ni 12 Jun jatuh hari Ahad, bulan puasa pulak tu jadi tak ada lah edisi potong potong kek di siang hari. Eh memang selama ni pun tak pernah potong kek. Hahah ! Dah besar tak kuasa nak potong kek bagai, cukuplah satu slice kek dekat Secret Recipe untuk meraikan hari lahir sendiri. Tapi tahun ni memang tak ada kek walaupun sepotong tapi kita sambut dengan semangkuk mee kari. 
Terharu sangat sangat dengan setiap ucapan dan doa yang kalian kirimkan. Terima kasih banyak banyak tau. Mana tahu dia antara doa kalian ada yang Allah kabulkan. Nani doakan jugak kalian dilapangkan rezeki seluas luasnya, dipanjangkan usia dan hidup dalam kasih sayang dan rahmat Allah sentiasa. 
Sebab 12 Jun hari Ahad makanya petang itu berbuka di Secret Recipe dengan kawan Nani. Pukul 6.30 dah terpacak dekat sana sebab takut full house. Mula nak makan dekat Pizza Hut tapi Pizza tutup sebab aircond rosak. Huhuhu. Nah, semangkuk mee kari yang portionnya banyak gila. Berbuka puasa pulak kan, memang rasa kenyang sangat. Dilema sebenarnya tak tahu nak makan mee kari ke spaghetti. Hahaha ! Sampai tiga empat kali ulang tengok resepi. 

Ini pun Nani tak order kek dah, kalau tidak memang tak keluar keluar lah dari Secret Recipe agaknya. Kawan Nani aje yang take away kek untuk dia. Macam dia punya birthday pulak. Eh. Apa pun terima kasih yang mendoakan baik baik untuk Nani. Sayang semuanya. Hiks :)

BATERIKU.COM Membantu Ketika Bateri Kong

Assalamualaikum korang. Bila tengah memandu tiba tiba kereta "mati" tepi jalan memang boleh gelabah lah kan tambah pulak kalau disebabkan bateri kong. Masa itu lah baru terkial kial nak dapatkan pertolongan daripada ahli keluarga atau kawan yang terdekat. Itu pun kalau dia orang boleh tolong, buatnya masa tu dia orang ada hal lain habislah kita kan. Kalau yang perempuan macam Nani ni, memang tak tahu lah nak buat apa bila bateri kong. Boleh katakan berapa peratus aje pengetahuan bab bab kereta ni yang ada dalam kepala. Kalau hantar servis kereta pun, angguk angguk faham aje dengar orang tu terangkan apa apa.
Servis Bateriku.com
Memang adatlah kan, kita ni suka aje bawa kereta. Tapi bila sekali dah kena kereta tiba tiba tak boleh bergerak memang masa tu lah kalau boleh nak belajar semua benda yang berkaitan dengan kerosakan kereta. Nani pun sekarang dah sedar penting juga pengetahuan kita bab bab kereta ini. Bukan boleh harap dan bergantung sepenuhnya dengan orang lain kan. Kalau tiba tiba bateri kereta kong tengah lebuh raya, boleh katakan senang lagi untuk dapatkan bantuan. Tapi kalau kereta rosak dekat jalan kampung macam mana? Susah bukan nak dapatkan bantuan?
Servis Bateriku.com
Kita memang tak boleh nak jangka kan bila masa akan berlakunya bateri kong ni. Kadang kadang sebelum berjalan dah cek dah kereta dalam keadaan ok, tiba tiba tengah perjalanan rosak pula. Kalau kita ramai dalam kereta masa itu mungkin ada lah juga yang tahu macam mana nak selesaikan masalah bateri kong ni kan. Cuba bayangkan kalau seorang diri, memang kelam kabut lah jawabnya. Sebab itu lah, kita kena sediakan payung sebelum hujan supaya bila kereta "mati" nanti dah tahu apa puncanya dan tahu macam mana nak selesaikan masalah itu. 
Servis Bateriku.com
Pernah dulu Nani dengan sepupu ke rumah mak cik kami di Cyberjaya. Memang biasanya hujung minggu kita orang ke sana sebab mak cik selalu ajak makan makan di rumahnya. Sekali masa Nani sampai tak ada sesiapa dekat rumah. Mesti lah pelik kan, dah mak cik ajak ke rumah tiba tiba dia pulak tak ada. Bila Nani call, baru lah tahu yang kereta mak cik rosak dan kita orang pun bergegas lah ke sana. Sampai sampai aje terus mak cik Nani cakap mungkin bateri kereta dia kong dan tengah tunggu BATERIKU.COM tiba. Bila pihak BATRIKU.COM tiba lepas mereka periksa bukan sebab bateri pun tapi sebab benda lain dan mak cik Nani kena panggil mekanik.
Servis Bateriku.com
Apa yang buat Nani terkejut, BATERIKU.COM ni tak kenakan langsung caj untuk pemeriksaan bateri walaupun mereka dah datang periksa dan masalah itu bukan disebabkan bateri kong. Senang cakap memang servis yang mereka sediakan adalah percuma ! Habis tu apa je yang nak kena bayar Nani? Haaa, kita cuma kena bayar bila kereta kita kena tukar bateri dan bayar pun cuma harga bateri, lain lain tak perlu. Memang bagus sangat servis yang disediakan oleh BATERIKU.COM ni. Memang kita boleh jimat berganda ganda lah kan, kalau nak hantar mekanik untuk cek kereta mungkin lebih mahal. Nak bayar kereta towing lagi. 
Servis Bateriku.com
Mak cik Nani kongsikan juga yang BATERIKU.COM ni servis untuk penghantaran dan pemeriksaan bateri. Memang berguna sangat lah kalau tiba tiba mengalami masalah bateri kereta kong. Cuma telefon atau whatsapp sahaja mereka dan mereka akan datang membantu sepantas kilat.

Sejak pada tu Nani dengan sepupu ambiklah nombor telefon BATERIKU.COM ni daripada mak cik Nani sebagai langkah berjaga - jaga. Risau juga kalau nanti masa Nani memandu bateri kereta kong kan. Tambahan pula, BATERIKU.COM ini memang cover banyak tempat termasuk lah kawasan yang Nani duduk. Bukan sahaja di Selangor dan Kuala Lumpur tapi ada juga di Negeri Sembilan, Melaka dan lain - lain.

Kenapa Pilih BATERIKU.COM ?

  • Melakukan penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan percuma
  • Hanya perlu bayar harga bateri yang baru dipasang
  • Kawasan liputan yang besar - Lembah Klang & Shah Alam
  • Waktu beroperasi bermual 8:00 pagi sehingga 11:00 malam
  • Bilangan Kru Trooper dan Aset yang besar
  • Lebih 4000 pelanggan yang berpuas hati
  • Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau rumah dan lain lain tempat
  • Menawarkan banyak bateri berkualiti dengan harga berpatutan
  • Menyediakan bateri apung ketikan memeriksa bateri lama
Haa tudia memang tip top lah kan servis BATERIKU.COM. Banyak testimoni yang positif daripada pengguna yang pernah mendapatkan servis daripada mereka. Korang pun terus lah simpan nombor telefon BATERIKU.COM ini dalam telefon, 012- 2458027 atau di talian 1-800-22-2324. Nak emailkan pun boleh hantarkan sahaja ke customersupport@bateriku.com Memang BATERIKU.COM ini penyelamat lah di kala kesusahan.
Servis Bateriku.com
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang BATERIKU.COM korang boleh klik sahaja link di bawah ini untuk ke website BATERIKU.COM dan follow media sosial mereka. Andai kata nanti kalau nombor telefon hilang, paling tidak dah tahu nak cari dekat mana. 

Website : www.bateriku.com
Facebook : bateriku.com
Twitter : baterikudotcom
Instagram : baterikudotcom
Pinterest : Bateri Ku
Youtube : Bateriku


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page