Air Tebu RM8?

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keempat kita berpuasa. Setakat ni Nani memang tak pergi lagi ke bazaar ramadhan memandangkan cuaca dekat Pahang ni panas sungguh. Tak sanggup nak keluar membeli di sana. Puasa pertama baru ni abah aje yang ke bazaar (bazar ramadhan dekat sini depan office abah, senang dia keluar office terus bazaar cari kuih untuk berbuka sikit) Lagi pun hari pertama berpuasa tu Nani berbuka di kampung. Sekali abah balik dari bazar dia bercerita yang air tebu sekarang harga 8 ringgit satu jag kaca tu. Mahal sungguh lah kalau lapan ringgit satu jag kaca. Sebelum sebelum ni dalam empat ringgit macam tu aje kalau tak silap Nani. 

Abah cakap baiklah tak payah minum air tebu kalau harga lapan ringgit satu jag. Aku tertanya tanya jugak memang harga bila bulan puasa kadang kadang mahal dari hari biasa eh? Tak paham aku kekadang. Kelmarin pun Nani ada baca entri Kak Idzwa beli kuih sagu sepotong seringgit. Perghh ! Setakat ni harga kuih dekat sini sama macam sebelum sebelum ni, lima ketul dua ringgit. Tapi ada jugak yang dah jual tiga dua ringgit abah cakap.
kredit SINI 
Logik ke satu jag kaca macam dekat atas ni lapan ringgit? Kalau memang air tebu sepenuhnya Nani tak kisah pun harga dia lapan ringgit (tapi still dalam kategori mahal gila). Tapi kalau dah campur air atau pun ais harga lambat ringgit memang tak boleh diterima. Jual air mahal - mahal boleh untung cepat kot. Tahun ni dekat bazar kawasan rumah Nani ni dekat berapa puluh gerai entah yang jual air saja. 

Pendapat Nani lah kan, tak perlu naikkan harga sampai mendadak sangat bila bulan puasa ni. Kalau hari biasa boleh jual harga empat atau lima ringgit kenapa bulan Ramadhan naik sampai lapan ringgit? Huhu. Kita sebagai pembeli pun memang fikir sampai tiga empat kali nak beli ke tidak. Betul tak? 

Alahai Handphone

Assalamualaikum & Hello.
Dugaan bulan Ramadhan agaknya, dah dekat dua tiga hari ni telefon asyiklah buat hal. Kalau WhatsApp ada banyak sangat masuk memang automatik telefon tu hang. Kadang kadang nak buka baca pun bukan main lama lagi ambil masa. Itu dah satu hal, bila dah baca, nak balas pula keypad tak keluar. Nangis. Kesian orang yang tunggu reply Nani tu, kadang kadang nak cepat tapi tak boleh nak buat apa - apa kalau keypad tak keluar. Huhuhu T_T Sebelum sebelum ni jadi jugak macam ni tapi tak kerap sangat, sekarang ni boleh katakan setiap masa. Nangis lagi. 
Nak tukar telefon baru macam sayang nak keluarkan duit. Samsung ni pun baru aje setahun lebih Nani pakai. Tapi kalau dah makin "sakit" telefon ni nampaknya kena tukar baru jugaklah. Huhu T_T Mungkin lepas ni berpaling daripada Samsung kot. Hahaha! Sorry sangat mana yang ada WhatsApp Nani tapi lambat reply even dah bluetick. Sebab telefon ni tak berapa sihat tu yang tak boleh nak reply selaju dulu. Hiks :) 

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah syukur tahun ini masih lagi berkesempatan menyambut bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkatan, rahmat dan pengampunan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Moga moga kita dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaiknya. Tahun ni rezeki Nani dapat bersahur dan berbuka puasa di rumah untuk hari yang pertama. Kalau tahun lepas, dah seminggu puasa baru dapat balik rumah. Itu pun berbuka dalam bas dulu masa nak balik Pahang. Dua minggu pertama ini inshaAllah berada di Pahang lepas tu baru balik PJ semula.
Ramadhan Kareem
Petang nanti berbuka dan berterawih di kampung dengan ahli keluarga sebelah ibu. Apa apa pun kawal nafsu kita bila waktu berbuka nanti. Jangan membazir dan makan sekadar perlu sahaja. Simpan sikit untuk makan masa moreh nanti. Eh :p Bukan apa takut nanti masa terawih mata terpejam pulak, Hehehe. Selamat menunaikan ibadah di bulan mulia ini.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page