Assalamualaikum & Hello.
Resepi Puding Karamel Mudah
Baru ini masa kenduri kahwin Kak Diah, Nani, sepupu dengan mak cik mak cik kena buat bahagian hidangan makanan pengantin. Fuhh ! Tak pernah pernah ni sediakan hidangan untuk pengantin. Tak ada lah Nani ni nak sediakan makanan utama kan, setakat pencuci mulut tu lepas lah lagi. So, kita orang pun bahagi lah orang ni buat ayam panggang, buat dessert, gubah buah dan macam macam lagi lah. Untuk pencuci mulut, sepupu Nani cakap buat puding karamel. Nani memang sepanjang hayat tak pernah buat puding tu. Malam sebelum kenduri tu baru lah belajar lepas tu terus buat. Esoknya puding karamel yang Nani buat terus dihidangkan untuk makan beradab. Peh !
Taraaaa ! Hasil puding karamel air tangan Nani dan sepupunya. Alah tak ada lah susah mana pun nak buat puding karamel ni. Nani selalu makan aje tapi tak pernah pula cuba buat. Kalau tahu senang macam ni dah lama praktis buat. Hahaha ! Sedap ok puding karamel ni, makan pulak masa sejuk. Memang nikmat yang terucap. Ewah. Dekat bawah ni Nani kongsikan resepi puding karamel versi Inani Hazwani tapi tak ada lah step bergambar ye. Nani tak sempat nak ambil gambar masa tu, maklumlah amatur kan, kena fokus masa belajar.
Bahan - Bahan :
1) Telur
2) Gula
3) Susu Cair
4) Esen Vanila
5)Air
Cara - Cara :
1) Pukul telur (Nani guna 14 biji sebab nak buat banyak kan) sehingga kembang. Kemudian masukkan susu cair dua tin dan dua sudu kecil esen vanilla.
2) Pukul sampai sebati. Kalau nak senang guna lah hand mixer. Nanti cepat sikit telur tu kembang. Dah siap, ketepikan dahulu.
3) Untuk buat karamel tu, masukkan gula dua cawan ke dalam kuali dengan api yang kecil. Ini macam kita nak buat gula hangus. Bila nampak gula tu macam dah keperang perangan, masukkan air.
4) Kacau sehingga gula larut. Dah siap tunggu gula tersebut sejuk.
5) Bila gula dah sejuk, tuang ke dalam adunan kemudian diikuti dengan adunan telur kita tadi.
6) Kukus lah dalam masa 20 ke 30 minit macam tu. Kalau nak tahu puding kita tu dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi.
7 ) Sejukkan dalam peti ais dan boleh makan beberapa jam selepas itu.
Selamat Mencuba !