Majestic Events Pilihan Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Zaman sekarang ni bila nak buat majlis di rumah, tempat kerja mesti memerlukan paling kurang pun sebiji khemah kan walaupun buat majlis secara kecil kecilan. Jarang nak jumpa pakej yang harga beratutan dengan servis yang tip top. Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua tentang pakej yang disediakan oleh Majestic Events. Siapa yang nak buat majlis lepas ni di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh lah dapatkan khidmat daripada Majestic Events. Memang superb dan terbaik ! Nani tengok sendiri hasil kerja yang mereka lakukan dari mula mula sampai dah siap. Teliti habis !
Majestic Events Sdn Bhd
Majestic Events merupakan perancang majlis untuk perkahwinan, festival, makan malam dan sebagainya. Nak tahu apa pakej yang Majestic Events ni sediakan, jom baca dekat bawah.
Majestic Events Sdn Bhd
Memang lengkaplah pakej yang mereka sediakan, dengan kanopi, kerusi, meja, kipas dan macam macam lagi. Untuk yang nak buat majlis jamuan makan ke, pekahwinan ke boleh lah contact dengan mereka. Memang korang akan rasa puas hati tengok hasil kerja Majestic Events. 
Majestic Events Sdn Bhd
Nampak kan kemas dan bagus sangat hasil kerja Majestic Events. Ini baru untuk majlis "gathering" belum lagi untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau makan malam. Mesti lah lagi Wow kan yang mereka berikan. Memang Nani cadangkan untuk yang tinggal di kawasan Selangor atau Kuala Lumpur gunakan khidmat mereka.
Majestic Events Sdn Bhd
Dari jauh pun dah nampak kan khemah bila lawa macam ni. Siap dengan scallop, kipas lagi yang mereka sediakan. Memag pakej yang dah cukup lengkap sangat ni untuk sebuah majlis, Dah tak payah pening pening nak fikir lepas tu. Tempah sahaja dengan Majestic Events semuanya selesai !
Majestic Events Sdn Bhd
Untuk semua yang ingin menggunakan khidmat Majestic Events boleh lah menghubungi talian 0351663417 atau terus ke pejabat mereka yang beralamat di 23, Jalan 32/189 Shah Alam Selangor. Nak kan hasil yang bekualiti dengan harga yang berpatutan gunakan khidmat Majestic Events.

Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Family First

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh baru boleh tarik nafas lega sikit bila separuh daripada kerja kerja yang nak kena siapkan dah buat. Yang lagi separuh tu kita letak tepi dulu, hujung minggu ni habiskan masa dengan keluarga di Pahang. Minggu lepas masa Angah nikah dah tak balik, minggu ni majlis menyambut menantu takkan lah tak nak balik jugak kan. Walaupun mulanya 50 - 50 rasa nak balik tu tapi bila fikir semula, letak lah dulu komitmen yang lain ke tepi dulu. Keluarga lagi penting. Masa kita terjatuh, bangun keluarga jugak yang support dulu kan. Hiks ! Excited sikit nak balik kali ni sebab dah sebulan tak balik. Rindu rumah, rindu katil, rindu wifi laju gila. Hahaha !
Gambar dari Google
Weekend ni akan busy gila dengan majlis sambut menantu untuk Along dengan Angah. Memang confirmlah segala jenis WhatsApp yang bukan bukan tidak akan dilayan. Mohon doakan majlis berjalan dengan lancar dan baik dan saya selamat sampai ke negeri kesayangan, Pahang Darul Makmur. Rasanya nak blogwalking hujung minggu pun tak sempat ni, nanti dah selesai semua Nani terjah okay ! Busy dia macam dia punya majlis pulak. Hahahaha ! 

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday
Bacalah dengan mata hati kelak kau akan mengerti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page