RSMY Best Naan Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh cecepat update entry sebelum sambung study untuk Quiz lepas zohor nanti. Mana yang Nani tak sempat singgah blog tu weekend ni Nani terjah ok. Weekdays ni memang busy sangat sangat seorang Inani Hazwani ni. Hahaha ! Hujung minggu baru ni hujung minggu yang paling terisi. Sabtu belajar buat nasi kerabu, ahad pulak Nani pergi Jalan Tar jalan jalan sikit. Eh. Pergi Jalan Tar hari ahad memang manusia ramai betul lah. Tapi sebab nak jugak pergi tak kira ramai ke tidak, kita redah jugak. Padehal niat utama ke sana nak terjah RSMY Best Naan Cheese tu. Haaaa !
Dua dua tak pernah makan dekat sini, bila nak pergi tu macam blur blur sikit. Hahaha ! Nasib baik ada kawan yang tahu kalau tidak sesat jugak nak cari. Kalau korang dah ke Sogo memang wajib terjah RSMY Best Naan Cheese ni. Memang dekat sangat dengan sogo dalam lima minit macam tu.
 RSMY Best Naan Cheese
Laici dengan Epal Asam Boi. Nikmat !
RSMY Best Naan Cheese
Naan Extra Cheese (RM10.60)
Mula mula kitorang order Naan Extra Cheese dengan Kari Ayam aje. Bukan apa, kalau order banyak banyak terus takut tak habis. Ewah ! So order satu je dulu, kalau tak kenyang baru tambah lagi. 
RSMY Best Naan Cheese
Tak boleh nak tarik tinggi sangat yang ni. Mungkin sebab cheese banyak sangat. Hahaha ! 
RSMY Best Naan Cheese
Garlic Naan Cheese (RM7.50)
Fuhh akhirnya dapat jugak makan dekat sini. Dah lama tau teringin nak lepak sini lepas tu ambil gambar cheese boleh tarik tarik. Hahahahahha ! Teruk betul perangai. Total damage kitorang makan hari tu dalam RM 30 ringgit berapa sen entah. Overall Nani suka tempat ni. Bersih, ada aircond dan servis pun laju. Korang kalau dari sogo jalan depan sikit akan nampak Parkson Maju Junction, kena lintas jalan. Ada satu restoran nasi kandar Penang lotus jalan depan sikit lagi jumpa lah RSMY ni haa. Sebaris dengan restoran nasi kandar tu. Jangan lupa terjah ok !






Jatuh Cinta Dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Assalamualaikum & Hello.
Baru seminggu menggunakan Ephyra Skin Nano ni dah rasa jatuh cinta berkali kali haa. Suka sangat bila tengok perubahan dekat muka ni lepas menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri. Lepas ni tambah lagi satu masuk dalam kategori wajib beli iaitu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Kenapa Nani cakap wajib beli? Haa, nak tahu jom baca dekat bawah ni apa kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum.
Ephyra Skin Nano Advanced Repair SerumTengoklah ni banyak sangat kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Dengan hanya sebotol produk Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni, dapat menyelesaikan macam - macam masalah kulit muka kita. Memang untung sangat ni. Nani sangat teruja nak menggunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni bila tengok kelebihannya dapat menghilangkan lebam bawah mata. Nani ni kadang kadang bila tak cukup tidur memang jelas sangat lebam bawah mata.
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Satu botol Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini mengandungi 15 ml. Apa yang bestnya produk Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan  sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit :

1.MEMULIHKAN
Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda.

2.MEMPERBAHARUI
Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

3.MELINDUNGI
Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

CARA MENGGUNAKAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

1. Titiskan dua hingga tiga titisan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada telapak tangan. 
2. Gunakan hujung jari - ratakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pada beberapa bahagian muka dan leher.
3. Dengan urutan yang lembut bermula dari dalam ke luar, sapukan sehingga serum meresap. Untuk hasil yang maksimum gunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum setiap hari, siang dan malam. 
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Haaa nampak tak lebam bawah mata Nani tu dah berkurang. Suka sangat sangat tengok. Tak ada lah lepas ni pergi kelas asyik mata panda selalu. Kesan kesan parut jerawat, jeragat dan bintik bintik hitam pun dah tak berapa nampak sangat. Muka pun nampak makin berseri seri. Eh :p
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Memang dekat bahagian dahi Nani selalu tumbuh jerawat jerawat kecil tu. Memang mata ni tak boleh betul tengok, mesti nak picit picit aje jerawat tu biar nyah terus daripada kulit muka ni. Tapi dengan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni, Nani dah tak payah risau lagi. Tengok lah hasil dekat gambar atas ni. Makin berkurang jerawat jerawat kecil tu bila guna Ephyra Skin Nano ni. Mana tak buat Nani jatuh cinta macam ni. Suka Suka Suka ! 
                            Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum
Untuk yang ingin mendapatkan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum baik korang beli sekarang sebab sekarang ada harga promosi. Daripada harga asal RM 88, korang boleh dapatkan dengan harga RM68 bila korang melakukan pembelian sekarang. Aihh cecepat korang order, nanti kang kalau harga dah kembali asal, ada pulak yang menangis tepi bucu katil. Hahaha !

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779. Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga di farmasi terpilih serta kedai atau toko jamu. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus ke 019-3015577 atau klik link di bawah;

Instagram : @ephyra2u







Al Quran Al Mumayyaz Pilihan Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah baru ni rezeki Nani dapat senaskah Al Quran Al Mumayyaz semasa menghadiri 1st Gathering EFG. Kebetulan pulak Al Quran yang Nani guna sekarang dah ada bahagian bahagian yang terkoyak. Dah lama sangat guna Al Quran tu sejak dari tingkatan empat kalau tak silap. Tengah bercadang nak beli satu Al - Quran baru, rezeki dapat senaskah Al Quran daripada The Violet Sofia.
Al Quran Al Mumayyaz
Majlis 1st Gathering EFG pagi itu dimulakan dengan bacaan Yaasin menggunakan Al Quran Al Mumayyaz. Al Quran Al Mumayyaz ini tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil, memang sesuai dan mudah untuk dibawa ke mana - mana.

Kelebihan Al Quran Al Mumayyaz :
  • Mempunyai terjemahan setiap ayat
  • Mengandungi panduan hukum tajwid dan cara bacaannya
  • Mempunyai asbabun nuzul surah
  • Mengandungi etika membaca Al Quran
  • Tajwid berwarna
Al Quran Al Mumayyaz
Al Quran Al Mumayyaz ini didatangkan dengan pelbagai warna, boleh lah pilih mana yang berkenan di hati. Apa pun Al Quran ini sememangnya sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Lebih lebih lagi untuk anak anak yang baru sahaja belajar membaca Al Quran. Ilmu dan panduan yang tajwid yang terkandung dalam Al Quran Al Mumayyaz ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan juga kita sendiri untuk memperbaiki lagi bacaan. 
Al Quran Al Mumayyaz
Buat yang ingin membeli Al Quran Al Mumayyaz daripada The Violet Sofia ini, boleh terus ke Facebook atau Instagram mereka. Nak lagi mudah, klik sahaja link di bawah ini. Jom jadikan Al Quran sebagai teman yang paling dekat dengan kita. 
The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page