Pengalaman Baru

Assalamualaikum & Hello.
Baru - baru ni Nani berpeluang untuk turut serta dalam satu program bersama gelandangan di Masjid Jamek. Cuma terkilan sikitlah sebab tak dapat nak join semua aktiviti dekat sana gara - gara kaki terseliuh tu kan. Nani dengan team yang lain gerak Sabtu tengah hari dan bermalam dekat sana. Masa dalam perjalanan ke sana tu lah Nani terjatuhnya. Tapi gigih jugak nak pergi sebab nak cari pengalaman baru. Tak ada lah gigih mana pun, malam tu berderai jugak air mata bila sakit sangat. Ahaaa, lain kali jangan nak jadi hero sangat kan. 
Team yang supporting sangat. 
Program start lepas zohor, ada briefing sikit dengan main games. Masa ni boleh lagi lah join sebab duduk aje kan. Malam baru lah ada talk dengan Islamic Care dan lepas tu diorang bergerak ke kawasan sekitar Masjid Jamek untuk bagi makanan pada gelandangan. Program malam tu memang Nani sepenuhnya tak join. Cuma dapat dengar aje perkongsian diorang yang berpeluang untuk turun padang berjumpa dengan gelandangan.
Seronok dengar diorang bercerita tentang pengalaman join aktiviti malam tu. Dapat bagi makanan pada gelandangan, siap dapat berborak lagi. Tak apa lah mungkin tak ada rezeki Nani nak join sepenuhnya program kali ni, Sekurang kurangnya dapat lah jugak kutip sedikit pengalaman yang boleh dikongsi dengan orang lain kan. 


Jonker Sweets Dessert

Assalamualaikum & Hello.
Jonker Sweets Dessert
Baru ni Nani jalan jalan dekat The Gardens, Mid Valley, cuci - cuci mata tengok apa yang ada. Sekali ternampak Jonker Sweets Dessert ni, Nani pun apa lagi terus lah order. Dekat Jonker Sweets Dessert ni macam - macam ada, bubur, cendol, ais kacang & banyak lagi lah.  
Jonker Sweets Dessert
Ais Kacang (RM 5.50)
Harga untuk bubur pulak kalau tak silap Nani dalam empat ringgit lebih. Standard lah harga dalam mall kan. Satu mangkuk ais kacang ni Nani kongsi dua orang. Nyaman tekak dapat makan benda benda sejuk macam ni. Bahan - bahan pun tak kedekut. Recommended !
Muka bahagia lepas makan ais kacang. Hahaha ! 



Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Assalamualaikum & Hello.

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page