Majlis Kesyukuran - Part 1

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni family sebelah ibu Nani buat Majlis Kesyukuran sekali dengan Majlis Cukur Jambul untuk sepupu yang baru lahir. Memang jadi tradisi dalam keluarga kalau kenduri akan buat gotong royong memasak apa semua. Nenek Nani tak suka sangat catering ni, dia lagi suka kalau masak sendiri. Khamis pagi tu dah balik kampung sebab banyak sangat benda nak kena buat. Biasalah kan kalau memasak sendiri ni, tenaga memang kena kerah banyak lah. Tapi dekat felda ni memang ramai lah jiran tolong juga. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Majlis Cukur Jambul untuk budak kecil ni hah. Hana ni behave sangat dia, orang bising bising tepi telinga dia pun, sikit tak ganggu dia punya tido. Baik sangat awak ni sayang. 
Gulai Lemak Labu
Gulai Lemak Labu
Gulai Ayam
Gulai Ayam 
Ikan Keli Goreng Berlada
Ikan Keli Goreng Berlada
Acar Timun
Acar Timun
Menu utama masa kenduri baru ni, semua masakan kampung. Ada juga sambal belacan, ikan masin goreng. Kecur air liur taip entri ni. Hahaha ! Lepas rindu nak makan masakan kampung yang sedap - sedap. Lepas solat jumaat orang lelaki datang buat tahlil lepas tu baru lah Majlis Cukur Jambul si kecil tu tadi. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Masa ni Nani tolong bawa dulang yang ada bedak sejuk, bunga rampai dengan gunting. Memang adat dekat kampung Nani kena ada benda ni. Dah tak memasal mak cik mak cik ni sapu bedak sejuk kat muka den sekali. Hahaha! Siap dengan pakej doakan Nani pelamin tak lama lagi. Mana tau masin mulut mak cik tu kan, dah lah waktu tu hujan. Ehh. Doa lah yang baik baik untuk saya. Hahahaha! 2016 nanti mana tau kan :P
Majlis Kesyukuran - Part 1
Iklan gigi beserta eyebag berkilo kilo hah. Hahahah ! 
Dia bukan tido tu tapi sebab ambil gambar menghadap matahari dia silau agaknya. Rindu lah nak cubit cubit pipi awak tu dik. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Kekok ! Hahaha !
Paling tak pandai bila nak pegang baby yang baru lahir macam ni. Budak tu pun nampak tak selesa bila den yang pegang. Hahahah. Practice makes perfect kan? 





Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu jalan jalan pasar malam dekat PJ, ternampak ada sorang mak cik ni jual cempedak goreng. Nani pulak masa tu memang teringin nak makan cempedak goreng. Apa lagi, laju laju pergi dekat mak cik tu tanya berapa ringgit kan. Sekali, dia cakap RM 1 SEBIJI DIK ! Pehhh mahal sangat mak cik sampai seringgit sebiji, terus tak jadi Nani nak beli. 
Cempedak Goreng
Haa satu ni seringgit kau rasa? 
Balik Pahang cerita dekat abah yang cempedak goreng dekat PJ seringgit satu. Abah pun cakap mahal. Pagi Ahad tu pergi pekan sehari kebetulan ada orang jual buah cempedak sebiji baru empat ringgit. Isi cempedak tu banyak sangat, sampai boleh goreng dua kali. 
Cempedak Goreng
Cempedak yang Nani goreng pagi tadi. Puas hati dapat makan cempedak goreng, dah lama sangat teringin. Hahaha ! Nani bukan berkira sangat bab makan ni tapi kalau seringgit untuk sebiji cempedak goreng tu Nani rasa macam tak berbaloi. Empat biji dah empat ringgit. Pehhh ! 



Jatuh Cinta Dengan DwiDara Collagen Complex

Assalamualaikum & Hello.
Dah lama Nani nak kongsikan tentang khasiat DwiDara Collagen Complex ni tapi sebab asyik busy memanjang tak sempat nak buat entry. Mujur ada DwiDara Collagen Complex ni dapat juga kekalkan tenaga Nani walaupun busy dengan macam - macam hal nak kena siapkan. Dekat dua minggu Nani consume produk ni, dapat rasa kelainan dia lepas dah guna. 
DwiDara Collagen Complex
Masa mula mula produk ni sampai dulu pun Nani dah jatuh hati dengan packaging dia. Lawaaaaa sangat ! Jom scroll bawah lagi untuk tahu apa khasiat sebenar DwiDara Collagen Complex ni. 
DwiDara Collagen Complex
Bahan - bahan yang terkandung dalam DwiDara Collagen Complex : 
  • Lemon
  • Madu
  • Epal
  • Limau Gedang
  • Kurma
  • Delima

DwiDara Collagen Complex
Khasiat & Kelebihan DwiDara Collagen Complex
Banyaaaaak sangat khasiat DwiDara Collagen Complex ni, tu yang buat Nani jatuh cinta berkali kali. Hahahah ! Bukan sahaja boleh buat kulit muka kita floles dan glowing semata - mata, nak maitainkan berat badan pun boleh hah. Beli satu produk dapat dua manfaat. Untung ke tak untung ni? Hehehe. 
DwiDara Collagen Complex
Kalau ada masalah kulit macam yang dekat atas ni, memang Nani reccomend korang guna DwiDara Collagen ni hah. Macam Nani kulit muka selalu sangat berjerawat & berminyak. Lepas tu mula lah hilang keyakinan diri nak bercakap dengan orang. Tapi dengan adanya DwiDara Collagen Complex ni, semua masalah Nani tu selesai !
DwiDara Collagen Complex
Sekarang ni Nani memang busy so tak ada masa lah nak consume produk yang nak kena bancuh ke shake bagai. DwiDara Collagen ni tak payah nak bancuh pun, tinggal koyakkan sachet lepas tu dah boleh makan. Haaaa senang ke tidak? Tak sampai seminit pun kan, dah dapat jaga kecantikan wajah kita. Nani memang suka produk yang senang macam ni. Hehehe !
DwiDara Collagen Complex
Teringin ke tidak nak beli? Haaaa kalau nak beli & consume produk DwiDara Collagen Complex ni, korang cepat - cepat terjah link dekat bawah ni tau! Banyaaak khasiat & tentunya dapat jaga kecantikan kita luar dan dalam lagi. Selamat Mencuba !







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page