Tappers Cafe

Assalamualaikum & Hello.
Tappers Cafe
Jumaat lepas mulanya nak lunch dekat KFC, tiba - tiba kawan cakap teringin nak makan Sushi King pulak dah. Pergi Sushi King full house sampai kena beratur dekat luar. Masa tu perut dah menyanyi riang memang tak sanggup nak tunggu orang dekat dalam tu siap makan. Alih - alih masuk lah Tappers Cafe. Hilanglah kisah nak makan kfc dengan sushi king hari tu. Hahaha !
Satu air masam gila, satu lagi tasteless. Hmmm. T_T  
Tappers Cafe
Chicken Chop, kawan Nani punya.
Tappers Cafe
Chiicken Parmigian.
Nasib baik makanan sedap, air je yang kurang gula. Huhu. First time lepak dekat Tappers Cafe ni, sampai nak makan apa pun tak tahu. Tengok menu semua nampak sedap tapi yang ada cheese ni jugak yang jadi pilihan. Hahaha !

p/s : Hari ni Selangor cuti lagi, seronoknyaa lahai deret empat hari rileks. Hahahah ! 





Cucur Badak Hangit

Assalamualaikum & Hello.
Baca tajuk pun dah dapat agak kan macam mana rupa cucur badak yang Nani nak tunjuk nanti. Hahaha ! Ralit sangat layan drama sampai terlupa cucur badak yang tengah goreng dekat dapur. Aiyoo nasib baik tak sampai berasap dapur ibu, kalau tak berbunyi alarm kebakaran. 
Cucur Badak
Walaupun hitam di luar sedap di dalam ok. Hahaha. Nani pun mula mula rasa nak buang dah tapi macam membazir pula. Makan lah juga sebiji, terdetik dekat hati sedap juga. Rangup pula tu. Habis juga empat biji cucur badak hari tu walaupun hangit, 
Cucur Badak
Hantar gambar cucur badak hangit tu dalam WhatsApp keluarga besar & mak cik Nani hantar balik gambar cucur badak yang atas ni. Hahaha ! Beza sangat kan warna dia. Lepas ni kalau goreng apa apa tak nak dah tinggal, tunggu sampai siap masak terus, Pernah jadi macam ni dekat korang?

p/s : Hari ni Selangor cuti, sedapnya golek golek atas katil. Hahahah ! 

Resepi Potato Fritters Mudah

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Potato Fritters Mudah 


Dah lama rasanya tak buat entri Masak Masak bersama Inani Hazwani ni kan. Hahaha ! Hari ni Nani nak share satu lagi resepi mudah yang boleh dicuba untuk ibu/ emak/mommy/mama yang tak tahu nak masak apa tu. Ewah ! 

Bahan - Bahan 

  • Telur
  • Tepung Gandum
  • Ubi Kentang
  • Lada Hitam
  • Daun Sup *jika perlu
  • Air
  • Garam 

Cara - Cara

Resepi Potato Fritters Mudah
1) Ubi kentang disagat nipis dan dipotong panjang macam dalam gambar dekat atas.
Resepi Potato Fritters Mudah
2) Satukan semua bahan dalam satu bekas dan masukkan air. Kalau ada nak tambah bawang dengan cili potong pun boleh juga. 
Resepi Potato Fritters Mudah
3) Bila adunan dah sebati, panaskan minyak dan goreng sampai kekuning kuningan. 
Resepi Potato Fritters Mudah
5) Siap untuk dimakan. Nani makan dengan cili sos aje. Kalau ada sambal tumis ikan bilis pun sedap juga nak cicah. Ni kira cekodok kentang lah, senang kan? Selamat Mencuba. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page