Balik Kampung

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni sempat balik kampung dua tiga hari duduk dengan nenek. Nenek asyik tanya aje bila Nani nak balik tido dekat kampung. Memang dah lama tak balik bermalam, kadang kadang balik pagi, petang balik semula rumah. Bila dah balik kampung macam macam lah nenek masakkan, dari pagi sampai malam ada je menu nak dibuatnya.
Nasi Lemak
Rindu pula nak makan nasi lemak ni. Sedap sangat. Bangun tido je, semerbak bau nasi lemak :p
Kuih Anak Dara Tiga Sebilik
Belajar buat kuih anak dara tiga sebilik dari nenek. Baru tahu rupanya kalau kuih yang kita kukus, nak tahu kuih tu dah masak ke belum, daun pisang tu dia terbuka macam dalam gambar tu
Kuih Anak Dara Tiga Sebilik
Puas hati dapat makan kuih sedap macam ni.
Berbakti kepada tanah
Baru lagi nenek Nani ni berkebun dekat belakang rumah. Berbakti pada tanah katanya. Macam macam sayur ditanamnya. 
Berbakti kepada tanah
Nenek cakap senang tanam macam ni, nak makan petik aje dekat belakang rumah. Tak payah nak pergi kedai dah beli sayur. Untung duduk kampung banyak ruang nak tanam sayur macam - macam. Kalau rumah Nani memang tak lah nak tanam macam ni, tanah pun sekangkang kera je. Hahahaha !



Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Assalamualaikum & Hello.

Jom ramai ramai join Giveaway Mommy Irra ni,mana tahu anda pemenang yang dicari !
Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh
klik SINI untuk join 

Giveaway Duit Saku Dari BBL



Giveaway Duit Saku Dari BBL

< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang! 

Tepuk tangan sikit!

Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.

Hadiah duit saku dari BBL

Duit saku RM30 
untuk 1 orang pemenang

Duit saku RM20 
untuk 1 orang pemenang


Duit saku RM10 
untuk 2 orang pemenang

Duit saku RM5 
untuk 4 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti


BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page