Pizza Ohh Pizza

ingat lagi tak kes pizza memalukan yang aku cerita dekat sini hari tu. so nya semalam aku buatlah home made pizza. aku letak sebanyak banyak cheese yang aku nak. bhahahha :P kebetulan minggu lepas mak cik aku yang ada bakery tu buat pizza lepas tu doh yang dia buat tu ada lebih. aku pun apa lagi suruh lah dia pos untuk aku. wohaaaaa. aku dah serik nak buat doh  sendiri sebabnya aku pernah buat doh yang keras gilaaa.  memang masa tu doh aku tahap baling dekat cermin memang confirm cermin boleh pecah. hahahaha :P

ni pizza yang mak cik aku buat. kemas je aku nengoknya.yang atas tu bukan mak cik aku okayy kemahen muda mak cik aku. amboii. tu sepupu aku :)


ni yang aku buat semalam. memang caca merba habess. bhahahhaha :P aku ni memang tak dak seni kulinari. bab menghias makanan  apa semua memang aku fail. tapi bab makan aku memang teror. ehhhh hehh :P tengok lah aku buat lada benggala tu macam mana. sepatutnya potong dadu bukan macam aku ni. :P semalam aku bakar dua keping dulu satu untuk aku makan satu lagi aku bagi kakak sebelah yang bagi aku puding hari tu :) ada lagi dua keping doh ni. wehuuuuu :P hujung minggu nanti lah pulak aku buat :)

nak resipi? 
aku boleh bagi untuk topping je lah.. nak buat doh memang aku tak dapat nak nolong. sebab aku pun tak pandai. bhahahha :p atas doh tu aku letak sos spaghetti kimball lepas tu tepi tepi tu aku letak sosej + lada benggala. tengah tu aku letak daging kisar yang digoreng dengan sedikit minyak last sekali tabur lah cheese mozarella :) bakar dalam sepuluh ke lima belas minit suhu dalam 130. dah siap bakar nanti letak lah sos cili atas dia. memang sedapppp :)

selamat mencuba ^__^







Giveaway untuk Bloggers


klik SINI untuk join ^__^
hadiah memang menarik. rugi kalau tak join. mana tahu ada rezeki menang  ^__^




Bergaya dengan Tudung Labuh Berfesyen

Tudung merupakan salah satu aset yang sangat penting bagi seorang muslimah. Kalau dulu aku selalu pakai tudung bawal atau pun tudung sarung je bila nak ke bandar. Tapi since aku masuk SMKA dulu sikit sikit aku ubah penampilan aku. Tudung yang pendek tu aku mula labuhkan. Alhamdulillah aku kekalkan sampai sekarang. Siapa kata pakai tudung labuh tak boleh nak berfesyen? Boleh je sebenarnya. Sekarang ni pun banyak yang jual wide shawl, tudung sarung labuh kannn.

ni gambar masa raya hari tu. aku pakai wide shawl warna grey. memang selesa dan cantik :)

Sejuk mata memandang wanita yang bertudung labuh bukan? Jika dahulu, masyarakat mempunyai persepsi bahawa ‘wanita yang bertudung labuh semuanya ustazah’. Rasanya, kini tibalah masanya untuk kita menukar persepsi tersebut. Bertudung labuh merupakan alternative bagi para wanita untuk tampil lebih sopan dan menutupi keseluruhan bahagian tubuh. Dengan revolusi fesyen yang semakin berkembang, kini terdapat beberapa cara untuk memakai tudung labuh tetapi masih kelihatan fashionable.





Being fashionable tidak bermaksud kita harus membuka aurat. Dan tidak salah untuk berfesyen jika kita tahu batas-batas yang telah ditetapkan. Tengok gambar-gambar selebriti seperti berikut, masih tampak begitu cantik dan menyerlah walaupun dengan berpakaian Muslimah dan bertudung labuh. 





Apa kata kitacuba variasikan gaya lilitan tudung. Jika kita merupakan penggemar shawl, gunakan wide shawl untuk memastikan lilitan tersebut cukup labuh untuk menutupi bahagian dada.




Kita juga boleh memakai tudung bawal atau pashmina yang berbidang lebar. Selain itu, jika kita lebih selesa dengan pemakaian tudung syria, pastikan kita memakai inner terlebih dahulu di bahagian dalam. Pastikan inner tersebut cukup labuh sehingga melepasi bahagian dada. Kemudian sarungkan pula hoodie atau tudung fullmoon di bahagian luar. Apa pun jenis tudung pilihan kita, pastikan kita selesa memakainya!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page