Review : Arabian Bay Suites Gambang Resort


baru hari ni aku nak update tentang family day yang aku pergi hari tu :) actually ni kali ketiga aku sampai sana. tapi sebelum sebelum ni tak bermalam pun dekat situ. memang lawa lah resort dekat sini. kalau nak bercuti ke nak release tension ke boleh laa datang sini. 

#ENTRI ini penuh dengan gambar :) harap mak long. 


dekat sini ada dua resort. yang aku duduk Arabian Bay Suite. satu lagi kalau tak silap aku Carribean Bay Suite. yang Arabian ni baru sikit daripada yang Carribean tu :)


dah siap landing landing baru teringat nak ambik gambar. Ahaaa :P
bilik aku menghadap ke jalan utama so tak berapa best sangat. kalau dapat bilik yang mengadap ke kolam renang tu baru awesomeee :D


dekat situ ada jugak aktiviti luar. sesiapa yang berminat nak naik kuda, main flying fox boleh la datang sini. naik kuda RM 10 seorang ( dua kali pusing ). syratnya berat paling MAKSIMUM 85 kilogram. cuma yang aku tak berapa suka tempat nak beli tiket untuk naik kuda ni jauh sikit dari tempat nak naik kuda. kena jalan kaki pulak tu. maka aku pun tak naiklah kuda ni T__T




suasana dalam Grand Ballroom Arabian Resort. aku suka dekorasi dia . Cantik. Ada sorang staff ni cakap dekat aku "nanti kahwin buatlah dekat sini, barulah grand sikit." Eh memang nak pun aku buat dekat situ, siapa yang nak datang. jauh oiiii . 


makanan dekat situ ada yang boleh diterima oleh tekak tapi aku ada jugak yang aku tak boleh terima. ehhhh jujur gila aku ni. HAHAH.. haruslahh. jujur itu perlu. 


aku paling suka dessert dia yang ni. sebab dia masam masam manis gituu.  :D



ni tiket nak masuk Waterpark dekat situ. sebab tidur dekat resort diorang so dapatlah top up RM 12  untuk beli apa apa dekat dalam tu. Nasi Kukus RM 10 sebungkus. Air tin satu RM 3.40  burger dalam RM 4.80 sebijik . Peh. So, kalau datang sini bawak pulak family topup lah dalam RM 50 ke atas. 


ni antara tempat mandi dekat itu. sebiji pelampung untuk disewa RM 20. sebab tu aku cakap tadi kena top up RM 50 ke atas. 



dekat dalam ni jugak ada disediakan tempat untuk main bola tampar. dapatlah feeling feeling tepi pantai gitu. gazebo yang dekat tepi tu kalau nak duduk kena tambah RM 50 untuk sebijik gazebo. :D


Erkkk. tuan tanah memikirkan masa depan. hahahah :P


inilah pintu gerbang utama resort ni. ambik gambar dari bilik aku :D

cuma aku nasihatkan kalau nak pergi sini musim musim cuti sekolah, bila turun nak sarapan jangan pergi waktu puncak. maksud aku turun awal ke kafe diorang. kalau tak nanti kena beratur panjang dekat luar macam aku kena. hahaha :P sebab bila ruang kafe dah penuh dia akan tunggu ada meja kosong dulu baru dia bagi masuk. memang stress jugak  lah menunggu. 






Terima Kasih Nuffnang



alhamdulillah. rezeki awal disember ^__^ terima kasih encik Nuffnang 
jom klik klik :)





Disember 2014 ^__^


baru sedar dah tiga hari blog aku tanpa entri baru. hahah. last entri pasal ROTI yang tak berapa nak gebu tu. hahaha :P aku pergi bercuti hari tu & sebelum pergi tu lupa nak buat entri auto publish.. maka hadaplah korang entri roti crusty aku tuu berhari hari. hahah :P 


pejam celik pejam celik dah masuk disember pun kita ni. alhamdulillah , masih lagi diberi pinjaman naywa oleh Allah ^__^  Dear Disember, please be nice to me. :) moga moga segala urusan pada bulan ni dipermudahkan oleh Allah :)



nahhhh. belanja sekeping gambar Big Apple versi awal Disember.. hahahah :P









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page