#throwback # ulu bendul , negeri sembilan

malam ni den nak share sikit banyak pengalaman den pi nogori sembilan..hihihi.. * macam tak jadi je cakap nogori* hahaha. sebenarnya hari tu den ikut kawan den balik rumah dia. naik keratapi woo.. tapi paling tak syokk masa tu air cond keretapi rosak.. berpanas lah den dengan kawan den selama beberapa jam.. erghhh..
orang cakap jauh perjalanan , luas pemandangan. tak gituu? sekali sekala nak jugak tengok keindahan kampung orang kan.. hihi..rasalah pengalaman bertandang ke rumah orang tiga hari dua malam. dah lama bonar rasonya tak pi nogori sembilan.. paling den tak boleh lupa masa gi ulu bendul.. memang nyaman tempat tu :)
see. jernih gila air sungai dekat sini :)
serius cakap, kalau tengah stress datang tempat nni memang boleh tenang. sangat cantik & indah ciptaan Allah . masa sampai sini mula2 memang teuja. haha. 1st time sampai sini , memang gitu.

sejuk gilosss air sungai ni. den pun pergi sini pagi time tu.hihi.


seronok tengok budak kecik ni main air.kalau ikut hati nak main sekali. tapi maluuu lah den.. hahaha.. dah besau nak main2 air.. tidakk lahh rasanya.. 


ehhhh ehhh . nak jugak menyelit gambar kita :P

hanya mampu duduk atas batu je.. hahaha.. ok lah kann .. even tak mandi tapi dapat jugak rasa air sungai tuu..bukan selalu dapat pergi negeri orang .. dah datang baik kutip sebanyak banyaknya pengalaman kan.hihi . ekcelli kita teman budak kecik tu main air.. =P


yang ni paling den sukaaaa.. padiii.. sepanjang perjalanan nak pi ulu bendul , kiri kanan den semua padi. cantikk sangat.. masa ni ada satu pasangan pengantin tengah photoshoot dekat tengah2 bendang. #aku pulak  masa tu boleh berangan nak bergambar macam tu jugak time kawen nanti .. hahaha. masalahnya dekat pahang tak dok padi . jadi , abaikan angan2 mat jenin tu.. hihi. :D

memang best merantau ke negeri orang ni.. macam2 kita dapat belajar benda baru.. ada rezeki nanti den nak pergi lagi sanaaaa.. nak bergambar kat tengah2 bendang.. ahaksssss ..  :D







welcome to the world :)

alhamdulillah , kita baru timang sepupu baru.. seronok sangat. awal bulan hari tu dapat sepupu ipar baru and now dapat sepupu baru. welcome to the world , princess :) sukanyeee tengok dia.. ^_____^



baby girl ni dilahirkan di Hospital Columbia Asia, Cheras :)



comelnya dia :) 

kalau tak silap aku nama baby ni Suri A'isha. mudah mudahan nanti dah besar jadi anak yang solehah dunia dan akhirat.


lepas ni abang adam ada gang lah nak main dekat rumah.tak dek lah nak kacau kak nani buat kerja dah.
hihihi .. :)

alhamdulillah , lepas ni makin besar Malek's family. mudah mudahan kebahagiaan yang diberi ini kekal untuk selamanya. aminn :)


Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

jom join segmen dekat bawah ni :)

klik SINI untuk join :)

jom sama - sama kita kenali blogger lain & mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin :)




makan , makan , makan dan makannnn :)

yeeepppiiii .. amboi, senang hati betul tuan tanah ni. ahaaa, ofcos ler tuan tanah suka hati. dah lama kot tak balik rumah. hari tu masa sepupu aku kawin pon aku tak balik, sob sob sob.. sedih gilaa time tu , semua orang balik untuk majlis tu then aku sensorang tak balik sebab ada kelas. sedih gilaa .. T ____T
hanya mampu tengok gambar dalam lappy aje time tu.. huwaaaa..
now bila aku dah balik rumah , ibu dengan abah layan aku macam2. sape tak suka oihhh .
semalam ibu dengan abah bawak aku makan western.. saje tau nak kasi berat badan aku naik.miahaha. aku pulak dengan riang ria senang hati order MIX GRILL. ok dapat bayangkan tak berapa banyak kolestrol yang masuk dalam badan aku
hahaha. dalam mix grll tu ado ayam , daging dengan kambing. grrrr . balik rumah memang makan aje kerjanya. hahaha. =P
ni aku memang tak mampu nak habiskan sudahh.. tinggal fries dengan sayur yang kecik2 tu. ( aku tak tahu nama dia apa sebenarnya ) hahaha . =P
pagi tadi pulak ibu cakap ada jeli kelapa dalam peti. guess what? kaki aku laju aje menapak ke dapur. haha. makan lagi :)
& petang ni ibu buat kuih badak berendam. kenapa nama dia badak berendam ? jangan tanya aku sebab aku memang tak tahuu. yang aku tahu , balik ni aku banyak gila makann.oh myy, hancusss dietku . hahaha . nampak gayanya kena lari keling padang petang ni. hohoho. buleh ko tu ? jeng jeng jengg.
apa apa pun , terima kasih ibu & abah sebab layan anak ibu dengan abah macam ni. suka sangat2. nanti bila dah balik confirm HOMESICK. kahkahkah. dah besor panjang pun nak ngada2 jugak lagi dengan ibu & abah. hihihi. :)

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

jom join segmen ni :

klik SINI kalau nak join ,,


kenduri kenduri kenduri ^ ^

semalam lepas habis je majlis merisik sepupu aku ,terus bergegas balik kampung..penatnya jangan cakap lah..hoho.sampai kampung tepat pukul 12.. sebenarnya aku tak banyak sangat gambar majlis merisik semalam.dekat bawah2 ni aku tunjuk sikit gambar kenduri dekat kampung. :)

hehe.ni tuan tanah masa majlis mersisik semalam :)

ni antara desert yang ado.hihi..banyakk kann..


ni kek puding kalo tak silap aku.. :)


ni pulak red velvet..


ni pulak ciskek leleh & kek biasa hihi :)


ni pulak puding cendol 
ni puding keladi. * gambar agak kabur.. hehehehe.
banyak kan desertnya? hihi.sebenarnya mak cik den ado bakery..dia lah yang buat semua ni.den tolong tengok je sambil2 tu belajar.haha. nak tolong lebih2 tak reti.hikhik. 
p/s : in sha allah bakal meneruskan kembara mencari dan menimba ilmu.. semoga dipermudahkan segala.
rabbi yaasir wala tua'sir.rabbi tham - min bil hairi :)

2014 Bloglist Blog Celoteh Cik Yaya

hihi..jom join segmen bloglist ni :)

KLIK SINI kalau nak join :)



Pencarian Bloglist Bulan Februari / Mac 2014

join segmen ni. :) siapa ada kelapangan tu jom join :)


~ salam jumaat ~

hari ni bangun awal dari biasa sebab tak bolehh nak tidur..hoho.. now tengah bersiap - siap nak ikut ibu pergi pasar.kejap lagi adik - beradik abah nak makan dekat rumah.. kali ni sebab pergi pasar memang tangan aku takkan ambik macam2.bukan macam entri sebelum INI .aku ni bukannya kaki masak pon nak ambik macam2 dekat pasar tu..hewhewhew..
before keluar kena sarapan dulu..hihi..terliur?okay, pi cari cepat.. :P

dah berdoa ke belum?hari ni hari jumaat, banyak waktu2 yang in sha allah dikabulkan doanya.jom doa banyak2..tapi sebelum tu, dhuha dulu :)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w menyebut tentang hari Jumaat, baginda bersabda 
"Di har Jumaat ada satu ( waktu ) kalau bertepatan dengan muslim
yang mengerjakan solat, dia memohon sesuatu kepada Allah
melainkan dipenuhi permintaannya.
Hadis Sahih Muslim

Resipi : Kek Gula Hangusss

sejak bila rajin buat kek ni? sejakk ada orang risik2 nk buat aii jadi menantu dia..hahaha..praktis awal2 baru jadi menantu kesayangan..miahahaha..merapu sudahh.. sebenarnya buat kek lagi senang kauu dari masak gulai.. hihihi.. tadi tengok bahan2 nak buat ada , maka terjadi lah kek gula hangus..buat minum petang hari ni

mula - mula goreng gula sampai hangus.. pastikan api sederhana tau.



 kemudian letak air panas & kacau sampai gula cair + butter. cik manis lupa nak ambik gambar yang dah dicampur dengan butter.hihi.

pecahkan telur.ikut berapa banyak nak buat.cik manis pakai tiga biji aje..


pukul telur tu sampai kembang


bila telur dah kembang letak tepung gandum + soda bikarbonat = jdilah seperti dia atas


bakar dalam ketuhar 30 minit suhu 150 darjah


HANGUS???????!!!!!!!!!luaran je..dalam okay apa.. h0h0.. =P

 tengokk. ok kan dalam dia. gebu lagi tau..
hahaha.selamat mencuba resipi kek gula hangus ni..try & error je ni tadi.tup tup jadi.sukanya kita..hihihi..now bersiap - siap nak pi hantar kek ke rumah bakal mak mentua..eh , bukan rumah mak sedara.hihi.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page