Artico Ice Cream di SS15 Courtyard

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu baru ni Nani dengan beberapa orang lagi blogger lain berpeluang ke SS15 Courtyard untuk menikmati kesedapan ice cream di Artico It's Nitro-Cool. Kalau korang nak tahu Artico ice cream ni baru aje memasuki pasaran Malaysia dan cawangan yang ada setakat ni di Subang Jaya aje. Soon akan ada cawangan lain dan masih lagi dalam perancangan. Tapi kalau korang nak pergi SS15 Courtyard ni tak ada lah susah mana pun. Ambil aje LRT ke SS15, lepas tu turun dari stesen LRT tu terus jumpa. Nani kalau bab bab makan ice cream ni memang laju. Hei, who can say no to ice cream? Favourite semua orang tak kira usia. Heheh. Nak tahu apa kelainan ice cream dekat Artico ni, jom baca dekat bawah ๐Ÿ˜‰ 
Artico Ice Cream
Cawangan Artico ice cream dekat SS15 Courtyard ni dekat ground floor aje, memang senang sangat nak cari. Kalau tak tahu nak lepak dekat mana time hujung minggu, boleh lah ke sini makan ice cream. Memang confirm korang akan suka dengan ice cream dekat Artico ni. Sedap sangat dan tempat ni pun sangatlah selesa ๐Ÿ˜Š
Artico Ice Cream
Dekat Artico, konsep dia tiap kali customer oder baru lah dia orang akan buat aiskrim tu. Kira ice cream tu memang freshly handmade lah. Memang lain dari yang lain sangat ice cream dekat Artico ni. Eh, tapi sempat ke ice cream tu nak sejuk? Ha, dekat sini dia orang gunakan kaedah nitrogen untuk sejukkan ice cream tu sebab tu korang boleh nampak kepulan asap. 
Artico Ice Cream
Ini antara jenis ice cream yang ada dekat Artico. Macam macam jenis ice cream ada, pilih aje yang mana satu favourite korang. 
Artico Ice Cream
Ini antara ice cream yang paling Nani suka dekat Artico hari tu, mango yogurt dengan granola parfait. Ice cream tu memang dah fresh dan ada pulak topping cornflakes, granola nuts dengan coklat cair, memang layan lah. Sedap sangat lagi lagi yang mango yogurt tu. Nani minat sangat dengan semua yang berkaitan mango. Bila ada ice cream macam ni, memang tu yang Nani aim dulu. Hahah!
Artico Ice Cream
Ini pulak ice cream chocolate, memang semua orang suka lah kan. Tambah pulak ice cream dekat Artico ni soft sangat. Tak macam ice cream dekat tempat lain. Untuk topping tu boleh pilih yang mana korang nak, ada macam macam pilihan topping. 
Artico Ice Cream
Ice Cream Sandwich, ini memang first time Nani dapat rasa. Sebelum ni penah tengok aje orang share pasal ice cream sandwich ni. Kombinasi cookies dengan ice cream tu memang sedap. 
Artico Ice Cream
Ice cream dalam cone pun ada dekat sini. Apa yang menariknya, dia orang ada pelbagai jenis cone. Macam dalam gambar ni, cone jenis sprinkle rainbow. Ice cream tu boleh pilih nak yang chocolate ke, vanilla ke dan macam macam lagi lah. Nani macam biasa, chocolate jugak jadi pilihan. Heheh. 
Artico Ice Cream
Granola Parfait
Ini antara yang wajib cuba jugak bila korang berkunjung ke Artico ni. Tengok gambar pun boleh terliur, kalau dah makan memang akan menikmati setiap suapan. Hahaha! 
Artico Ice Cream
Mango Yogurt Ice Cream
Nani suka sangat dengan rasa granola nuts tu, sedap! Tak macam kekacang yang lain. Heheh. Memang recommend korang untuk ambil topping granola nuts tu. Serious, korang akan puas hati. 
Artico Ice Cream
Zoom sikit ice cream chocolate yang jadi kegemaran ramai ni. Heheh. Ice cream chocolate ni kira hot flavour jugak lah dekat Artico. Siapa tak suka kan dengan semua yang berkait rapat dengan coklat ๐Ÿ˜†
Artico Ice Cream
Ini pulak ice cream strawberry. Ice cream strawberry ni antara non dairy punya flavour. Memang rasa pure lah strawberry. Mana yang tak suka sangat ice cream yang manis manis, boleh try strawberry flavour. Masam masam manis gitu. Selain daripada strawberry, ada jugak flavour black current. 
Artico Ice Cream
Terliur tak tengok macam macam jenis ice cream yang ada ni? Ha peminat peminat ice cream lepas ni boleh lah berkunjung ke SS15 Courtyard untuk menikmati kesedapan ice cream di Artico. Seriously sedap sangat, Nani ingat nanti nak ke sana lagi. Heheh. Memang puas hati sangat dengan ice cream dekat Artico ni. Lepas ni boleh lah ajak family, kawan kawan korang semua ke Artico di SS15. Nak rasa ice cream yang sedap memang Artico lah tempatnya. Gitu. Jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram Artico okay. Jom ke Artico! ๐Ÿ˜Š

Mr Dakgalbi di Setapak

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas rasanya minggu yang paling banyak makan makanan Korea. Hahah! Dua hari hari berturut turut pulak tu. Nani bukan lah jenis peminat tegar makanan korea ni, tapi kalau orang dah ajak layan jugak lah. Heheh. Mula mula tu ingat tak nak pun join sebab risau tekak tak boleh nak terima. Tapi setelah berkali kali dia orang menghasut, Nani pun on jugak lah. Bila lagi kan nak cuba. Gigih sangat pergi Setapak malam tu semata mata nak makan dekat Mr. Dakgalbi. Mr. Dakgalbi ni ada banyak cawangan sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Kalau tak silap Nani dekat Setia City Mall pun ada jugak. Heheh. Lain lain cawangan Nani tak ingat dekat mana ๐Ÿ˜
Mr Dakgalbi di Setapak
Tak ada lah susah sangat nak cari restoran ni. Kalau ada Waze lagi senang. Heheh. Oh ya, Dakgalbi tu maksud nya ayam. Eh Nani pun baru tahu. Selama ni dengar je diorang asyik cakap Dakgalbi, tapi tak tahu maksud nya apa ๐Ÿ˜†
Mr Dakgalbi di Setapak
Ini lah muka muka yang bertanggungjawab bawa Nani makan dekat Mr. Dakgalbi. Sebab dia orang dah selalu makan sini so Nani ikut je menu yang dia orang pilih. 
Mr Dakgalbi di Setapak
Dekat sini bila kita order memang dia orang akan masak dekat depan kita macam ni. Memang konsep dia gitu lah. Warna merah tu ayam lepas tu ada topoki, kobis dengan apa entah yang hijau tu. Hahah! 
Mr Dakgalbi di Setapak
Yang putih tu bukan bihun okay tapi kobis yang dipotong halus. Memang nampak macam bihun & Nani pun memula tu ingat bihun. Heheh. Lagi dua tu macam biasalah kimchi dengan plain soup. Tapi sup tu macam masin sikit, Nani tak boleh nak terima. 
Mr Dakgalbi di Setapak

Mr Dakgalbi di Setapak
Taraaa ini lah set yang dia orang pilih. Satu set ni dalam RM80++ boleh makan dalam lima orang. Memang banyak sangat. Kawan Nani pilih nasi dengan maggi. Kalau nak pilih nasi je pun boleh. Ada jugak side dish yang lain kalau nak add tapi malam tu kiterang berlima ambil set yang ni aje. Sedaap sangat, patutlah beria dia orang ajak datang makan dekat sini. Kiranya tak sia sia lah ikut. Hahah! Oh ya, dalam nasi dengan maggi tu ada cheese sekali sebab tu harga jadi mahal sikit. Tapi kalau datang ramai macam Nani hari tu, sorang dalam RM15 lepas tu makan lah sampai kenyang. Walaupun ada cheese tapi tak ada lah muak sangat pun. Just nice! Korang dah pernah cuba makan dekat Mr. Dakgalbi? 

Biobax Pilihan Utama

Assalamualaikum & Hello.
Dah dua hari memang tak sempat langsung nak update entry sebab busy sikit dengan komitmen yang ada sampai tak sempat nak buka laptop apatah lagi taip entry. Nanti Nani balas slow slow kunjungan korang okay ๐Ÿ˜Š Bila dah sibuk nak settle kan macam macam urusan memang kadang kadang sampai naik lenguh kaki berjalan. Kalau dekat rumah boleh lah mintak ibu tolong urutkan kaki tapi bila jauh dekat tempat orang ni, mana ada sesiapa nak tolong kan. Heheh. Nasib baik lah ada minyak biobax ni hah, memang membantu sangat di saat perlu. Nani start guna biobax ni dari tahun lepas lagi, memang best sangat sangat. Sejak dah mula guna biobax, memang dah tak cari minyak lain dah. Bukan setakat Nani aje guna sekarang, tapi satu family dah guna sebab best biobax ni.
Best sebab minyak ni macam cooling spray. Mula mula pakai panas sekejap lepas tu lama lama nanti sejuk aje. Best sangat lah sampai tak tahu nak describe dekat korang macam mana. Hahah! Sebotol minyak biobax ni boleh bertahan dalam masa dua ke tiga bulan dengan 500 kali semburan. Tapi kalau Nani dua bulan macam tu dah habis dah guna. Heheh. Memang boleh katakan hari hari guna, maklumlah setiap hari jauh berjalan. Selain dapat menghilangkan lenguh kaki, apa lagi kelebihan Biobax ni? Jom baca dekat bawah ni. 
Biobax Pilihan Utama
 KELEBIHAN BIOBAX 
๐Ÿ’™Menghilangkan lenguh, kebas kaki dan terseliuh
๐Ÿ’šMengatasi masalah sakit pinggang (terutama ibu mengandung)
๐Ÿ’›Mengurangkan sakit belakang dan tengkuk 
๐Ÿ’œMengatasi masalah sakit lutut 
๐Ÿ’™Melegakan selesema dan resdung
Biobax Pilihan Utama
HARGA SEBOTOL BIOBAX :
RM80 / SM
RM85 / SS
Alhamdulillah setakat Nani guna ni memang Biobax salah satu minyak yang boleh memberi kelegaan dengan pantas. Lagi best sebab dengan Biobax ni cuma spray aje dekat bahagian yang sakit. Dah lah bau wangi, tak melekit dan selesa sangat bila guna. Hari tu abah Nani sakit dekat bahagian pelipat kaki sampaikan nak solat pun susah. Setiap malam ibu Nani spray dan sapukan dekat bahagian pelipat tu alhamdulillah dalam masa dua hari macam tu dah okay dah. Sebab tu lah Biobax ni dah jadi pilihan Nani satu keluarga. Korang pun kalau ada mak ayah yang sakit lutut ke, Nani sarankan untuk guna minyak ni. Spray, sapu dan sembuh! InshaAllah ๐Ÿ˜Š
Macam mana nak beli? Hah boleh laju laju WhatsApp nombor telefon Nani dekat bawah ni okay. InshaAllah Nani akan cuba balas selaju mungkin. Hehehe. Cecepat WhatsApp, Nani tunggu ๐Ÿ˜‰
WhatsApp : 014-5439384 (Nani)

Surga Yang Tak Dirindukan 2

Assalamualaikum & Hello.
Dekat seminggu asyik tengok trailer dekat Youtube, akhirnya dapat jugak tengok movie ni Jumaat lepas. Mula mula Nani tak nak pun layan since yang pertama pun tak tengok. Tapi lepas baca sana sini orang cakap cerita ni best, Nani pun terlayan lah jugak. Siap cari lagi okay dekat Internet yang pertama punya. Hahah! Punya lah gigih sangat kan. Hari tu ada jugak tayangan Surga Yang Tak Dirindukan dekat Astro Prima dengan Ria kalau tak silap tapi masa tu macam tak ada jiwa sangat nak layan ๐Ÿ˜†Bila dah tengok yang first lepas tu ada pulak sambungan, dah tentu lah nak tengok lagi kan. Heheh. Sebelum pergi tengok dah macam macam andaian buat, sekali ending jauh sangat tersasar dari apa yang dijangkakan.

Korang kalau tak tengok lagi yang first baik tengok dulu kalau tak nanti tak faham pulak bila terus tengok yang kedua. Heheh. Hari tu Nani tengok dekat web bioskop ke apa entah nama nya. Cerita ni bukanlah totally pasal percintaan, banyak jugak unsur unsur kekeluargaan, pengorbanan yang boleh belajar. Gitu. For me, memang best lah dari yang pertama sampai lah yang kedua ni dan tak rasa rugi langsung tengok. Rasa nak pergi tengok lagi pun hado. Nani bukan jenis minat gila gila dengan movie Indon ni, tapi kalau cerita tu best memang sanggup layan. 
Surga Yang Tak Dirindukan 2
Untuk permulaan cerita ni, memang mula mula tu banyak sangat scene yang kelakar. Gelak aje memanjang dengan watak kawan kawan baik si Pras (Amran dengan apa entah namanya. I is dah lupa) Seronok tengok diorang punya friendship. Rasa macam real sangat dan mana mana pun Pras tu pergi mesti ada dia orang berdua. Hahah! Tapi bila dah sampai dekat tengah dah mula scene yang sedih bila Arini disahkan ada kanser stage empat dan ending dia meninggal. Nani tak expect pun yang jalan cerita dia macam ni. Ingatkan Pras akan ceraikan Meirose dan Meirose kahwin dengan Dr. Syarief tu, sekali lain betul dari sangkaan. Kawan Nani lagi lah tak boleh terima ending dia macam tu. Mula mula movie banyak sangat scene kelakar, sekali ending mengalir air mata. 
Even ending sedih tapi still jugak suka dengan setiap watak dalam cerita ni. Dengan watak budak kecik Nadya tu yang comel sangat, pandai pulak tu berlakon. Memang best lah. Lepas dah tengok movie ni, Nani rasa macam nak masukkan Budapest dalam wishlist tempat nak pergi. Cantik sangat sangat. Masa tengok trailer tu lagi dah tertanya tanya dia orang berlakon dekat mana sebab lawa sangat, rupanya dekat Budapest. Ayuhlah menabung untuk ke Budapest. Eh ๐Ÿ˜† Korang dah tengok movie ni?


Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas gigih Nani dengan kawan ke Wangsa Walk semata mata nak tengok Surga Yang Tak Dirindukan 2. Nani lagi suka keluar time weekdays sebab tak ramai orang. Sebab movie start pukul 12.15 tengah hari so tak sempat lah nak lunch dulu. Breakfast pun tak ambik sebab pagi tu settle kan a few things. So habis je movie dalam pukul 2.30 petang macam tu terus pergi solat dan makan. Macam macam lagu dah keluar masa tu. Hahaha! Faham faham sendiri lah kan macam mana bila tak makan dari pagi. Setakat makan popcorn TGV tu mana lah kenyang sangat. Pusing punya pusing cari tempat makan, sudahnya kiterang ke Campur Campur Kitchen. Sebelum ni asyik baca review orang aje, kali ni kita try pulak sendiri ๐Ÿ˜‰
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Nani baru pertama kali sampai sini so macam blur blur sikit nak makan apa. Banyak sangat pilihan makanan yang ada sampai kan mula mula nak makan menu A lepas tu bertukar pulak yang lain. Hahah! Masalah betul ๐Ÿ˜‚ Nani suka lah konsep restoran ni sebab santai aje. Next time boleh lah pergi sini lagi. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Tea in Thai Style ( RM5.57)
Masa Nani order air ni, tengok dalam menu dia letak dalam gelas biasa tu je sekali sampai big cup. Tapi bukan big cup yang biasa tu, ini lagi besar. Nani dengan kawan terus pandang sesama sendiri. Hahaha! Siapa nak habiskan air banyak macam ni. Ibaratnya satu air tu boleh kongsi dua orang okay. Murah lah air dalam lima ringgit dan tersangatlah banyak. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Campur Belacan Chicken Fried (RM11.23)
Dekat sini memang style diorang semua menu dalam portion yang besar kot. Nasi goreng ni pun banyak sangat. Side dish dekat tepi tu ayam masak sambal,udang kering, telur dadar dengan hirisan mangga. Sedap, bila makan tu ada rasa pedas pedas sikit + masam masam manis dari hirisan mangga.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
 Flying Fish With Hot & Spicy Herbs Rice (RM15.94)
Ini pulak pilihan Nani. Sekali lagi kiterang berdua macam tercenggang. Hahah! Apehal banyak sangat ni. Kalau tahu portion memang banyak dan ikan besar macam ni, memang order satu set aje lepas tu add on nasi lagi semangkuk. Take time jugak lah makan sebab nak habiskan semua ni. Menu yang Nani ambil ni, ada dua side dish yang kita boleh pilih sendiri. Nani ambil chicken wing dengan telur tu. Lagi dua side dish diorang kalau tak silap tomyam dengan salad rasanya. Heheh.
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Lembut sangat ikan ni walaupun digoreng rangup. Sedap sangat, memang fefeeling makan dekat rumah sendiri. Heheh. Ada pulak sambal kicap dengan sambal belacan, memang layan lah. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Free salad of the day. Yang ni korang boleh ambil sendiri, ikut suka nak banyak mana. Heheh. 
Campur Campur Kitchen di Wangsa Walk
Muka kekenyangan memang macam ni. Hahah! Sebab lunch pun dah dekat pukul tiga, portion makanan pulak banyak, malam tu memang tak makan apa apa dah. Puas hati betul makan dekat sini, patutlah ramai yang rekemen makan dekat Campur Campur Kitchen. Kalau cawangan di Wangsa Walk ni memang dari tempat parking kereta tu dah boleh nampak restoran. Dekat bahagian luar tu aje, tak payah masuk sampai dalam. Selamat mencuba! 

Popia Cheese

Assalamualaikum & Hello.
Bila baca tajuk entry ni mesti ada yang ingat Nani dalam cubaan buat makanan jadi hipster. Hahah ๐Ÿ˜† Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa yang sesuai. Eheh. Ini bukanlah spring roll lepas tu letak cheese dalam tu. Apa yang Nani nak kongsikan ni, ala ala kerepek popia cheese. Gasaklah nak letak nama apa pun yang pasti sedap dan nak buat pun tersangatlah senang. Dapur bujang katakan, semua resepi haruslah yang paling simple. Tak gitu? So bahan yang wajib ada mestilah kulit popia dengan serbuk cheese (alah yang selalu makan dengan wedges tu) Heheh. Serbuk cheese tu kalau rasa tak ada jual dekat tempat korang, boleh lah beli online. Dah ramai orang jual sekarang. 
Popia Cheese
Mula mula gunting kulit popia tu ikut saiz yang korang nak dan goreng dalam minyak panas. Nani hari tu sebab nak cepat main gunting aje ikut suka. Ehehe. Mana tak nya, bas pukul 12 tengah hari, pukul 10.30 pagi baru nak buat benda ni. Nasib baik ibu sudi tolong gorengkan, dapatlah jugak bawa balik sebalang popia cheese bagi kawan kawan rasa. Heheh. 
Popia Cheese
Agak agak kulit popia tu macam dah sejuk sikit, taburlah serbuk cheese tu dan gaul sampai sebati. Siap! Sedap tau korang, boleh lah try buat dekat rumah sebab tersangatlah senang. Kalau beli online orang jual RM30 sebalang rasanya. Sebelum ni ada jugak niat nak beli dekat Instagram tu tapi sebab macam mahal sikit, terus datang idea nak buat sendiri. Makan masa tengah layan movie, memang syok. Sedar sedar balang dah kosong. Hahah ๐Ÿ˜† Nani hari tu guna satu paket kulit popia tu dapatlah jugak dalam empat ke lima balang. Abah siap cakap nanti Raya buat aje ni hidang dekat tetamu. Hahah! Kemain sangat abah, puasa pun belum, dia dah cerita pasal Raya. Korang pun jangan lupa tau buat dekat rumah. Heheh. Selamat mencuba!

Asasi Atau Diploma?

Assalamuaalaikum & Hello.
Memandangkan ada dua tiga orang yang pm tanyakan pasal ni, jadi hari ni Nani nak kongsikan sikit pendapat. Macam Nani sendiri dulu ambil asasi bahasa inggeris & kalau tanya pendapat Nani, ofcourse Nani cadangkan untuk masuk asasi. Tapi sebelum buat apa apa keputusan korang sendiri kena ukur kemampuan korang takat mana. Kalau korang jenis yang cepat pick up dalam kelas, tak kisah jadual pack dari pagi sampai petang dan kadang kadang ada jugak kelas malam, boleh lah pilih untuk ambil asasi. Kenapa saya cakap macam ni sebab nya bila masuk asasi, tempoh belajar tak lama. Selalu nya mana mana asasi dan matrikulasi akan habis dalam tempoh setahun. Tapi ada jugak program asasi dan matrikulasi yang sampai dua tahun. Contohnya macam asasi UIA, ada yang extend sampai dua tahun. 
Apa kelebihan masuk asasi? Bila masuk asasi, korang akan dapat elaun setiap sem. So dekat situ macam boleh ringankan sikitlah beban family sebab dah ada elaun. Elaun tu pulak kalau pandai berjimat memang cukuplah untuk satu sem. Kadang kadang boleh simpan sikit bawak ke sem depan. Dah dapat duit tu, jangan lah fikir nak berseronok aje eh. Ingat niat utama datang situ nak belajar. Gitu. Satu lagi bila masuk asasi ni, korang dah memang kena ready fizikal dan mental. Lagi lagi bila dah hujung sem tu. Memang busy gila. Hahah! Mana mana tempat belajar pun, kalau hujung sem memang jadual akan jadi tak menentu. Biasa nya minggu akhir tu lah baru sibuk sibuk lecturer nak buat presentation, nak kena submit assignment, eh macam macam lah lagi. 
Asasi Atau Diploma?
Tapi pada Nani, ok aje ambil asasi. Tak ada lah macam pressure sangat, as long as pandai nak susun masa sendiri. Satu aje pesanan, jangan ikut orang atau kawan. Ikut kemampuan kita sendiri. Kalau rasa boleh bawak, then ambil asasi. Sebab apa Nani cakap jangan ikut orang, takut nanti orang tu memang yakin dia boleh buat tapi tetiba kau give up separuh jalan. Ha dah rugi sikit masa belajar dekat situ. Macam Nani ambil asasi bahasa inggeris dulu, jadi subjek subjek masa asasi tu tak ada lah berat sangat compare to those yang ambil aliran sains. Alhamdulillah boleh score setiap subjek. Kalau kita letak effort sungguh sungguh, niat nak belajar betul betul, Allah akan bukakan jalan ๐Ÿ˜Š
Ini macam sikitlah gambaran macam mana kehidupan masa zaman asasi. Tapi kalau rasa macam tak boleh nak buat asasi atau matrikulasi, korang boleh lah buat diploma. Memang tempoh masa belajar agak lama dan tak ada elaun tapi sekurang kurangnya kau boleh follow apa yang lecturer tu ajar. Memang ada sesetengah orang tak boleh nak catch up belajar laju laju ni, dia nak kena slow slow baru boleh masuk. Ambil asasi kalau tak score tak bagus jugak. Biarlah orang nak cakap ambil diploma nanti lambat habis lah apa lah, tapi yang penting kita boleh dapat ilmu tu. 
Hidup ni jangan terlalu dengar cakap orang. Memang bagus untuk ambil pendapat orang lain and so on tapi biarlah kita yang decide sesuatu keputusan tu. Dengar pendapat dia, then awak decide lah sendiri hala tuju tu. Kalau masih samar samar lagi, doa dan minta petunjuk dari Allah sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Apa apa pun, tak kisah lah asasi ke diploma ke matrik ke, asalkan nak belajar. Lambat atau cepat tamat belajar bukan itu ukurannya. Yang penting boleh follow the flow. Okay ๐Ÿ‘Œ Harap membantu buat yang bertanya tu, kalau ada soalan boleh drop dekat bawah ๐Ÿ˜Š
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page