Domino's Pizza

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Berjalan ke mana weekend baru ni? Heheh. Nani baru dapat rasa 'nikmat' berehat yang betul time weekend. Hahah! Asyik ada program aje bila weekend sampai rasa dah tak ada 'me time.' Puas hati baru ni dapat mengemas bilik, buang segala jenis habuk yang ada. Tenang aje mata tengok bila bilik dah bersih & kemas gila ni. Lepas tu semalam kita reward diri sendiri makan Domino's. Guna khidmat delivery jugak yang senang, punya lah malas nak keluar. Hahah! Lagipun, alang alang sekarang ni Domino's tengah buat promo, wajiblah grab kan. Tak silap Nani promo dia orang sampai hujung bulan ni aje. Korang boleh check it out dekat Twitter okay untuk kod promo tu sebab Nani tengok dekat website tak ada pun. Tak tahu lah kot Nani yang tak perasan kan. Heheh. Jimat banyak jugaklah bila ada promo ni. Ini pun tahu sebab ternampak ada orang share dekat Twitter. Ingat nak beli jugak ayam Haseyo yang buy 1 free1 tu tapi dah tak valid pulak code dia. Sobs. 
Nani guna promo kod FTi18 semalam, so dapatlah tiga keping regular pizza ni dengan satu chicken crunchies tu. Makan empat orang boleh lah beli banyak banyak macam ni kan. Heheh. Ada jugak promo yang buy 1 free 1 pizza sekarang. Yang ni ternampak dekat website dia orang masa nak order semalam. Nanti korang try lah check it out okay! Nani pun tak ingat sangat sebab banyak snagat promo dia orang bagi. Untung betul rasa. Hiks :)
Adaa on Ayam Haseyo ni (RM 13.70) sebekas. Ada dalam lapan ketul ayam bahagian wings untuk satu bekas ni. Sedap rupanya, Nani baru semalam try. Tapi ayam tu dia orang tak goreng lah, rasanya dia orang just grill aje ayam ni. Sedappp, sos tu pun pedas kemain. Next time boleh lah order lagi tapi harga dia boleh tahan jugak lah. Hahahah! Menyesal rasa sebab terlepas yang promo buy 1 free 1 tu. 
Ini lah chicken crunchies yang Nani cakap tadi. Ada dua flavour, original dengan tomyam. Nani pilih yang tomyam, so dia macam masam masam sikit. Dalam bekas kecil tu sos cheesy dengan mayonis kot, tak sure apa exact name untuk sos tu. Hahaha! Nani jarang order side menu dekat Domino's ni, memang selalunya order pizza tu aje lah. Untuk ayam ni dah termasuk sekali dengan tiga keping pizza tadi so Nani tak sure kalau nak beli ayam ni aje berapa ringgit satu bekas. Korang boleh try check it out nanti dekat website dia orang okay and jangan lupa grab promo dia orang sekarang ni. Memang boleh buat pizza party lah dengan kawan kawan cerita dia. Heheh. 

Krunchy Choco Melts

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat coklat dekat sini? Haa kita geng. Hiks. Nani kalau dengan coklat tak kira lah coklat apa pun, memang tak boleh berpisah. Hahah! Kemain sangat kan analogi tu. Tapi memang betul pun, dekat meja kerja memang sentiasa ada stock coklat. Asal stress aje, makan coklat. Hahah! Baru ni tiba tiba tekak mengada nak makan chocolate jar tu. Bila dah teringin tangan pun laju aje cari siapa yang ada jual. Heheh. Sudahnya Nani pun order lah yang Krunchy Choco Melts ni hah. Nak beli yang biasa aje, tapi tinggal yang ada topping aje pulak. Beli lah mana yang ada, jadi lah buat lepas teringin tu kan. Actually dah banyak choco jar macam ni Nani dah pernah try. Paling sedap sekali yang crunchy apa entah nama dia, ada jual dekat dalam tesco IOI Mall. Sorry Nani lupa nama Instagram dia orang, yang tu serious sedap weh, coklat banyak sampai melimpah ruah. Puas hati beli. Sekejap aje makan lepas tu sedar sedar balang dah kosong. Eheh. 
Krunchy Choco Melts ni pulak macam mana? Sedap ke tidak? Pada Nani not bad jugaklah, cuma coklat dekat bahagian atas tu tak banyak sangat. Mungkin Nani kot yang tak gaul dulu bagi rata haritu sebelum makan so coklat tu banyak dekat bahagian bawah, bahagian atas tu rasa sangat. Tapi okay aje, masih sedap untuk dimakan. Heheh. Ini pun antara choco jar yang senang jugakah untuk makan sebab tak payah susah susah nak rendam dalam air panas dulu ke apa. Lepas beli boleh terus ngap!
Kalau tak silap Nani ada banyak jugak topping untuk choco jar ni. Nani haritu beli yang topping Milo Nuggets tu. Harga RM 10 sebalang ni, tapi bukan balang yang tinggi tu lah. Ini balang biasa tu aje. Kalau makan sorang memang cukup aje okay sebalang ni. Hahah! Ada jugak almond sikit dia orang letak as topping. Pada Nani berbaloi lah dia orang jual harga macam ni. 
Untuk peminat coklat macam Nani ni, memang Nani cakap sedap lah choco jar ni. Tapi lagi berganda ganda sedap kalau dia orang letak coklat tu lebih sikit. Hahaha! Demand kemain kan. Korang pun kalau rasa teringin nak beli, boleh lah search Instagram dia orang. Agent pun banyak jugak dia orang ni lagi lagi kalah sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor. Okay dah lepas dah mengidam nak makan choco jar ni. Hahaha! Korang dah pernah try ke choco jar macam ni? Jenama apa yang paling korang suka? Share lah dekat bawah, mana tahu nanti boleh Nani try pulak choco jar yang korang suggest kan. Hiks :)

Richiamo Coffee

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni kawan Nani ajak minum minum dekat Richiamo Coffee milik Raja Ilya ni. Nak sambut birthday orang pun iye jugak. Rasanya baru kali kedua kot Nani datang sini, so blur blur aje tengok dia orang punya menu. Hahaah! Hari tu masa first time datang, memang tak order apa apa pun, kali ni saja lah nak try order menu dia orang. Nak jugak tahu kan apa yang paling menarik dekat Richiamo Coffee ni. Kalau tak silap Nani ada banyak jugak cawangan Richiamo Coffee ni dekat area Kuala Lumpur dengan Selangor tapi Nani tak sure ada dekat mana lagi. Heheh. Nanti korang boleh tanya Mr. Google okay! Nani pergi ni dekat cawangan dia orang yang dalam UIA aje. Dari awal dia orang buka, memang boleh kira berapa kali aje lepak sini. Hahah! Kalau jenis yang banyak duit boleh lah nak duduk minum dekat sini selalu. So, apa yang menariknya dekat Richiamo Coffee ni?
Memandangkan ini pun baru kali kedua Nani datang sini, so kita main redah aje lah order apa yang nampak macam sedap & berbaloi. Heheh. Sebenarnya Nani dah tak ingat nama air yang Nani order ni apa benda, resit pulak dah campak entah ke mana mana entah. Hahaha! For sure, air yang Nani order tu (depan) rasa macam cookies oreo yang diblend sekali dengan susu. Not bad lah rasa dia tapi tak ada lah sedap sangat sangat. Gitu. Satu lagi air tu pada Nani pahit sangat pulak. Mungkin sebab Nani bukan jenis peminat kopi, so tekak tak berapa nak boleh terima sangat. Harga around RM 8.90 macam tu kalau tak silap. 
Kek ni paling sedaaap! Harga standard cafe lah, around sembilan ringgit macam tu. Rasa macam makan kek nutella pun ada jugak. Serious recommended untuk korang try ni. Nani memang suka kek yang ada almond macam ni, so yass berbaloi lah beli. Kita orang hari tu sepotong ni kongsi empat orang okay. Jimat! Hahahaha!
Terserlah kegembiraan tu bila dah kenyang. Hahah! Okay lah kalau sekali sekala nak duduk sini chill chill sambil berborak. Selalu sangat pun tak boleh jugak lah, mahu koyak purse lepas tu sebab duit habis. Hahaha! Tempat selesaa, luas, memang patut pun harga makanan boleh tahan jugak. Tapi standard cafe lah kan, mana mana pun memang macam tu lah harganya, nan hado lah yang murah murah. Nak repeat lagi ke tak? Nakkk! Tapi nak beli kek tu aje sebab sedap sampai terbayang bayang sampai sekarang. Hahaa! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page